Panggilan Telefon Percuma!

(Saya tidak ditaja oleh mana-mana pihak untuk entri ini – Afyan)

Tahukah anda, ada cara mendapatkan panggilan percuma?

Batul, saya telah gunakannya kira-kira setahun, bersama-sama isteri, ibu dan adik saya. Kalau masih sangsi, boleh tanya En Magnet Sdr Amin, dia juga guna kaedah yang sama 🙂

Begini, Celcom mempunyai satu pakej khas unuk pengguna korporat yang dinamakan pakej ”Power Tools”. Pakej ini adalah salah satau pakej yang disediakan oleh Celcom sebagaimana pakej ”Minutes Plan”. Berbeza pakej ”Minutes Plan” untuk pengguna umum, pakej Power Tools ini hanya untuk pengguna korporat.

(Sekali lagi dimaklumkan, saya tidak ditaja oleh Celcom untuk entri ini)

Bagaimana ia berfungsi?

Pakej Power Tools ini berfungsi begini; Celcom akan menawarkan kepada syarikat-syarikat korporat untuk mengambil pakej ini kepada pekerja-pekerja mereka. Kemudian, mana-mana pekerja mereka yang mengambil pakej ini, akan menerima satu nombor Celcom, dan apabila mereka membuat panggilan sesama mereka, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Contoh; Syarikat MAS mengambil pakej ”Power Tools” dengan Celcom. Pekerja-pekerja di MAS mengambil pakej ini untuk telefon mereka. Maka, pekerja-pekerja MAS ini boleh membuat penggilan sesama mereka tanpa sebarang caj dikenakan!

Bagaimana untuk dapatkannya?

Jadi, bagaimana untuk kita menggunakannya sedangkan kita bukan pekerja MAS?

Adakah kita perlu bekerja dengan mana-mana syarikat korporat yang mengambil pakej ini untuk mendapat keistimewaan ini?

Begini; salah satu syarikat korporat yang mengmbil pakej Power Tools ini adalah syarikat MLM Sure Return Company atau SURECO, dan keistimewaan pakej ini boleh diguna oleh ejen-ejen MLM syarikat ini.

(Sekali lagi; saya tidak ditaja oleh SURECO untuk entri ini)

Tidak seperti MAS atau mana-mana syarikat korporat lain, pakej Power Tools ini hanya untuk pekerja mereka sahaja, tetapi di SURECO anda hanya perlu menjadi ejen MLM syarikat ini yang memerlukan yuran RM 28.00 sahaja! Dan sebenarnya ada beberapa syarikat MLM lain yang menggunakan pakej ini untuk ejen-ejennya.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan, hanyalah menjadi ahli/ejen kepada SURECO (tidak perlu menjadi ahli aktif), dan kemudian pergi ke mana-mana cawangan Celcom untuk daftarkan pekej Power Tools ini. Kemudian, ajak ahli keluarga atau isteri atau kawan-kawan untuk mendaftara sekali, supaya kita dapat membuat penggilan percuma sesama mereka!

P/S: Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada pakej ”Minutes Plan”, yang hanya memerlukan komitmen RM 38.00 + RM 10.00 (untuk panggilan percuma) sebulan.

P/SS: Walaupun tiada caj untuk panggilan, namun SMS dikenakan caj RM 0.05. Kalau tak, macam mana Celcom nak untung kalau semua free 🙂

11 thoughts on “Panggilan Telefon Percuma!”

  1. aku memang teringin sekali mendaftar celcom power tools nih, under company aku. tp nak menukar nombor lagi sekali tu yg sekali leceh sekali.

    terpaksalah berpuas hati dengan minutes plan, lagipun ia dah cukup bagus untuk saya.

    Afyan: Saya dulu pun guna nombor yang sama tapi pakej minit plan semenjak ogos 2004. Tahun lepas masa nak apply tu, memang mula-mula staf celcom kata tak boleh kekalkan nombor sama. Tapi saya kata “tak logik la tak boleh sebab nombor asal celcom punya, nak tukar pakej yg celcom jugak; takkan tak boleh”. Lepas tu saya dirujuk kepada staf atasan, staf atasan tak kata apa-apa pun. Senang je di akata boleh. Sekarang saya guna nombor yang sama, dengan pakej yg berbeza!

    Reply
  2. kalu guna prepaid bleh join jugak ke?..a.afyan, beso kan lah sket font..saya ni dah cukup rabun..x mo tambah power lg.. 🙂

    Afyan : Saya pernah tanya dulu masa saya nak kekalkan nombor yang sama dengan pakej minit plan, diorang kata tak boleh. tapi saya tak tanya lanjut sebab nak tumpu penukaran pakej minit kpd power tool dgn nombor sama. Tapi, kalau ikut logik, boleh la. tapi kena usaha bseket la.

    Nak besakan font; pegi ke toolbar>view>text size. Lepas tu pilih saiz yg kita nak 🙂

    Reply
  3. Hahaha, I agree with En Amin…apakah yg mereka akan lakukan ya?

    By the way, the package does help u save money. My friends benefitted a lot from it. But I’m not a subscriber even though I’m in one of the mentioned corp. Lihat kesesuaiannya dengan cara penggunaan kita…different package suits different people. It depends on who are the group of people u usually call. Are they the same package users too? Nilaikan dulu…

    Afyan: Saya ada buat perbandingan Power Tool (PT) dengan Minit Plan (MP);

    1. MP memerlukan komitmen bulanan sekurang-kurangnya RM 50.00 sebulan sedangkan PT RM 38 sahaja.
    2. Komitmen MP banyak kepada perbualan; jika kita banayk SMS berbanding call, kita tetap kena bayar sekalipun penggunaan panggilan tidak melebihi minit percuma yg diberikan. Tapi komitmen PT RM 38 untuk SMS dan panggilan! Malah jika kita hanya guna untuk SMS sahaja kita bayar utk SMS shj!
    3. kadar panggilan utk MP RM 0.20 seminit tapi PT RM 0.15 utk sesama celcom dan RM 0.20 utk selainnya!

    Reply
  4. Ilmu baru untuk hari ini. Rasa nak cuba tapi dalam hati memang tidak ingin mendaftar dengan mana-mana syarikat MLM. Takaful tidak mengambil pakej inikah? 😀

    Afyan: Setakat ni takaful belum lagi la….

    Reply
  5. Assalammu’alaikum…hmm, this is becoming very interesting…

    Benar apa yg Encik Afyan nyatakan. But like what I said, different package suits different people. PT is very good if it really SUITS you.

    PT’s Office Pax free calls can only be enjoyed IF it is made to ppl whom are in the SAME organization AND are also under the same package. There’s also 8Pax where u can select 8 telco C numbers but there are charges for calls made to these 8 numbers.

    Lets view Office Pax…
    Items
    1. PT Commitment fee: RM38
    2. Office Pax fee: RM10
    3. Panggilan kpd PT user (MESTI dlm organisasi yg SAMA): FREE!!!
    4. Panggilan kpd PT user (organisasi lain): RM A
    5. Panggilan kpd telco C users ttp adalah non PT user:RM B
    6. Panggilan kpd non telco C users: RM C
    7. SMS kpd PT user (organisasi sama): RM D
    8. SMS kpd PT user (organisasi lain): RM E
    9. SMS kpd telco C user ttp adalah non PT user: RM F
    10. SMS kpd non telco C users: RM G

    *nilai sebenar kos ABCDEFG bergantung kepada penggunaan masing-masing

    Fixed cost: RM 48
    Bila sahaja anda mengguna item 4,5,6,7,8,9,10…amount phone bil anda akan bartambah.

    Therefore, Total cost: RM 48 + A+B+C+D+E+F+G

    Jadi, nilaikan dulu, kategori manakah yg mendominasi penggunaan kita. Jika anda mahu PT memberikan anda ‘real value for money’, then pls ensure that u minimize your item 4 -10 usages and MAXimize your item 3 (it’s free!!!).

    >>>(Lg satu, as a PT user, kalau sekadar guna ~240 minutes call of item 3 per month, you are still not getting your money’s worth kerana RM 48 yg anda bayar hanya anda guna untuk membeli 240 minute calls, therefore nilai 1 minit adalah RM0.20. (RM 48/240= RM 0.20). Sama sahaja dgn MP 250 user where 1 minute = RM 0.20.

    Jadi, as a PT user, semakin banyak penggunaan minit dari panggilan item 3, maka semakin rendah kadar per minit…lihat ya…Katakan anda guna 500 minit item 3 calls…RM 48/500 minutes = RM 0.096! ……..9.6 sen shj seminit! ) Tapi, awas n ingat, assumption ini adalah berdasarkan nilai minit untuk panggilan PT user to PT user saja. MP user boleh call sesiapa shj dgn nilai RM 0.20 itu! PT user to others…additional RM 0.20/minute on top of your RM 48 tadi.) Jadi, fikir-fikirkanlah)

    Afyan: Betul, different package suits different people. Saya membandinkan Power Tools denan pakej Minite Plan RM 50 dan RM 80 sahaja. Power Tools ini sesuai intuk pengunaan RM 50 – RM 100 shj. Jika penggunaannya sekitar 150 – 250 mungkin tidak sesuai pakej Power Tools ini. lagi satu ia seuai untuk pasangan atau kumpulan kecil yang tidak mampu untuk mengunakan pakej Minit Plan family. 🙂 Betul tak Sdr Sh?

    Reply
  6. Eh, ada a few items tak termasuk sekali bersama response saya tadi, pjg sgt agaknya. By the way, it’s good that En Afyan is sharing the info about Power Tools with all kerana ada juga yang masih belum sedar kewujudannya, cuma sebaiknya kita faham how it really works and how it gives value to us.

    (I’m not a Minutes user either) and am not a telco employee juga.
    Maaf ya En Afyan, agak lengthy sikit my response, penuh pula page encik ni.

    Afyan: Sdr Sh ada blog? Kalau belum, saya syorkan baut la satu. Saya yakin Sdr ada idea-idea bernas untuk diisi di dalam blog Sdr nanti 🙂

    Reply
  7. saye nak daftar powertolls..camne ek..

    Afyan: Senang je. Mula-mula jadi ahli SURECO. Bawa kad ahli SURECO tu ke mana-mana cawangan Celcom. Kalau di KL ni, baik di HQ Jalan Semarak. Isi borang, pergi ke kaunter untuk mengambil nombor dan bagitau nak regis Power Tools under SURECO. Isi satu borang lain, daftar dan selesai!

    PS?: Kalau nak jadi ahlio SURECO under saya, boleh kontek 019.277.8810

    Reply
  8. askum… saudara… ada lg ke PT ni? nk join cmne? byk ke faedahnya? cuba terangkan lagi… kurang faham le… cmne yg rm18 pulak tu?

    Reply
  9. sila lawati laman web kami: http://www.rumahamalbelaiankasih.com sedang beroperasi dgn mengendalikan 2 buah asrama anak2 yatim, fakir miskin seramai 20-23 org putera & puteri di peringkat sek ren sgt mengalu2kan sumbangan dana utk membiayai segala kos keperluan bulanan seperti sewaan asrama, kenderaan, brngan dapur, duit belanja sek, elaun guru/warden dsbnya

    Reply
  10. Salam…

    Terjumpa plak blog nie diskus celcom PT…justeru, izinkan saya me’war-war’kan pada saudara semua, ingin memaklumkan saya ade membuat khidmat PERCUMA untuk membuat pendaftaran Telekom fixed line, tmnet streamyx, celcom power tools, celcom broadband + usb modem, izzinet, astro, voip postpaid plan (cost saving up to 80% your TM fixed line bills) dan MBF credit card. Jika ade yang rasa takde masa nak pi daftar…boleh email asri@mibo2u.com atau surf website http://www.mibo2u.com untuk terima bantuan saya…TK..

    Reply

Leave a Reply