Pengalaman Menguruskan Claim Kematian – Bah 1

[ INSURANCE / TAKAFUL DAN POST MORTEM / BEDAH SIASAT ] di petik dari FB Aziz Riadi

Dulu-dulu, kalau saya share dengan bakal client atau orang ramai masa buat awareness campaign berkenaan insurance atau takaful, antara favourite questions adalah kerisauan dengan syarat “post mortem” atau “bedah siasat” untuk process claim insurance.

And ada jugak masa tu, agent takaful yang jadikan selling point yang kalau conventional insurance nak claim kematian memang kena post mortem dan takaful tidak.

So, saya nak share sedikit info berkenaan dengan issue post mortem ni sepanjang 16 tahun penglibatan saya dalam bidang insurance / Takaful.

So kena fahamkan beberapa point kat sini.

1- Proses Post mortem dijalankan bergantung kepada keadaan kematian.

Sekiranya kematian TIDAK melibatkan unsur-unsur jenayah atau mencurigakan, BUKAN mati mengejut dan kalau mati mengejut pun umur simati lebih dari 55 tahun. Kebanyakkan case post mortem tidak diperlukan. Maybe certain2 kes je perlu.

Dan kalau process post mortem dibuat pun, ia sebelum process tuntutan takaful dibuat. Maksudnya, kalau si mati takde sijil takaful pun, kalau procedure post mortem diperlukan, ia tetap akan dilakukan walau pun waris tak setuju.

2- Kenapa perlukan post mortem dan kenapa ada case tak perlu post mortem?

Sefaham saya dan berdasarkan pengalaman, sekiranya berlaku kematian, waris perlu dapatkan PERMIT menguburkan mayat. Permit tersebut pihak polis yang akan keluarkan. So, sebelum dapat permit tersebut, pihak polis perlu dapatkan maklumat mengenai mayat dan punca kematian. Dan punca kematian boleh disahkan melalui post mortem. Kenapa perlu permit? Sebab takut2 kematian disebabkan unsur2 jenayah seperti kes bunuh sebagainya.

Sebagai contoh gambar kat bawah ni, tetiba meninggal mengejut. Kena bawak ke hospital untuk “post mortem” atau “bedah siasat”. Sebab umur 45, meninggal dunia tepi jalan, so tak tahu sebab sakit atau sebab kecederaan atau benda2 lain. Untuk sahkan, kena la bawak ke hospital untuk bedah siasat. Tak boleh waris terus ambil bawak balik rumah dan uruskan untuk kebumi. Perlu ikut procedure.

So, dalam keadaan ni, katakan si mati ada policy insurance atau sijil takaful, kalau pihak syarikat perlukan post mortem report, just dapatkan report yang dah dibuat oleh pihak hospital. Tak perlu la sampai nak bedah balik jenazah dan seksa jenazah. Seperti yang ramai beranggapan. Jadi takde timbul issue claim tak dapat sekiranya waris tak benarkan buat post mortem.

3. Kisah pengalaman Arwah client saya mati mengejut di rumah beliau di Pahang ketika tidur.

Untuk kes Arwah client saya ni, waris beritahu yang Arwah meninggal dunia selepas pengkebumian. Maksudnya dah settled semua baru beritahu saya. Then tanya macam mana nak buat claim.

Jadi saya pun visit keluarga Arwah dan buat fact finding bagaimana Arwah meninggal dunia.

Saya diberitahu, Arwah meninggal dunia semasa tidur, dan disedari oleh isteri Arwah ketika ingin kejutkan untuk solat subuh. Panggil-panggil tak menyahut, bila kejut dah meninggal dunia.

Waris terus buat call kecemasan dan polis dari balai berdekatan datang bersama dengan pegawai pembantu perubatan (untuk mengesahkan kematian).

Menurut waris, setelah process pengesahan dibuat, pihak polis terus keluarkan permit kebumi dan terus diuruskan dan kebumi.

Saya pun pelik, saya tanya waris. Meninggal dunia sebab apa? Dan tak bawak ke Hospital utk post mortem ke? Saya pun minta salinan surat kematian. Terkejut saya bila tengok punca kematian disebabkan sakit buah pinggang. Saya tanya waris, setahu saya Arwah takde sakit buah pinggang, cuma pernah claim sakit batu karang kat Ampang Puteri Specialist. Untuk pengetahuan semua, umur Arwah 60 tahun.

Waris cuma jawab, tak tahu, sebab itu yang pembantu pegawai perubatan yang buat laporan. Jadi, saya ok je lah. Saya teruskan isi form claim semua, dapatkan details apa yang patut dan siapkan document.

Lepas 14 hari submit, keluar requirement macam-macam dan termasuklah laporan post mortem (jika ada). Yang paling tricky, questionnaire pasal sakit buah pinggang ( sebab punca kematian dalam surat mati) oleh Doktor yang merawat Arwah. And the best part adalah, Arwah tak pernah ada history sakit buah pinggang, kalau ada dah sure ada record dialysis, tapi takde record….so macam mana nak buat tu?…..Saya pun gunakanlah pengalaman dan connection yang saya ada untuk selesaikan claim tu…apa yang saya buat?
.
.
.

 

Bersambung…..

P/S : Panjang lagi cerita ni, and memang tricky…since kisah ni adalah dari kisah benar saya, saya tak nak skip cerita nak bagi pendek, sebab setiap process mungkin boleh jadi reference orang lain pada masa akan datang.

Sesiapa yang nak tahu sambungan, sila like, share and baca di sini

Aziz Riadi
Shariah RFP
Pendidik Kewangan
azizriadi.com

 

Sumber Oleh Tuan Aziz Riadi (PruBSN Takaful)

Leave a Reply