Medical Card Dengan Annual Limit VS Medical Card TANPA Annual Limit

Perbandingan Medical Card dgn annual limit & TANPA annual limitContoh simulasi perbandingan di antara;

a. Medical card dengan annual limit, dan
b. Medical card TANPA annual limit.

Contoh di atas, lifetime limit kedua-dua kad adalah sama iaitu RM1 JUTA. Satu jumlah yang tinggi.
Yang membezakan kedua-duanya ialah ANNUAL LIMIT.

Satu mempunya limit RM100,000 manakala satu lagi TIADA LIMIT TAHUNAN.

Contoh situasi di atas, memerlukan kos rawatan kanser sebanyak RM300,000, akan memberi perbezaan pada berapa yang perlu ditanggung oleh pelanggan.

Bagi medical card dengan annual limit RM100,000, maka hanya RM100,000 sahaja yang ditanggung oleh medical card.

Manakala baki lagi RM200,000 ditanggung oleh peserta – satu jumlah yang besar.

Berbeza dengan medical card TANPA annual limit;
+ RM100,000 ditanggung oleh medical card sepenuhnya, dan
+ baki RM200,000 ditanggung secara bersama (co-payment) sebanyak 20% atau RM3000 oleh pelanggan.

Maka, pelanggan hanya perlu membayar maksima RM3000 sahaja bagi kes ini.

Ada juga medical card yang tanpa annual limit, dalam masa sama tiada sebarang ko-payment – ini lebih menguntungkan.

Sebabnya, dengan adanya co-payment, sekiranya kos RM300,000 itu akibat kemasukkan hospital melebihi sekali, maka jumlah ko-payment akan melebihi RM3,000. Sebab co-payment RM3,000 maksima itu hanya untuk sekali kemasukkan.

Contoh situasi;

  • Kemasukkan pertama kos RM50,000 – ditanggung sepenuhnya sebab bawah RM100,000.
  • Kemasukkan kedua kos RM50,000 – masih ditanggung, sebab di bawah RM100,000.
  • Kemasukkan ketiga kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000.
  • Kemasukkan ke-4 kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000
  • Kemasukkan ke-5 kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000.
  • Kemasukkan ke-6 kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000

Dalam situasi di atas, jumlah kos keseluruhan adalah RM300,000 dalam masa setahun, dan ko-payment dari peserta hanya RM12,000. Masih rendah berbanding keseluruhan bil yang perlu ditanggung oleh pemegang medical card yang mempunyai annual limit.

Contoh Medical Card tanpa Annual Limit

Contoh produk medical card tanpa annual limit seperti di atas adalah produk medical card Mediplan Takaful IKHLAS.

Baca juga penerangan di Panduan Memilih Medical Card Terbaik.

[Kami di INFAQ Consultancy menawarkan produk bagi kedua-dua jenis medical card di atas]

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?

Isi borang dibawah (Hanya untuk sekitar Lembah Klang sahaja)

5 thoughts on “Medical Card Dengan Annual Limit VS Medical Card TANPA Annual Limit”

  1. Salam tuan Afyan, saya ada 2 soalan.

    1) Untuk medikal kad mediplan takaful ini, adakah mempunyai ko-payment 20% bagi kemasukan yang melebihi rm100k?

    2) atau bayaran ko-payment 20% hanya perlu bayar jika lebih limit rm650k?

    Mohon jawapan tuan Afyan.

    Fadzil.

    Reply

Leave a Reply