Oleh: Afyan Mat Rawi, IFP (Islamic Financial Planner)
SOALAN CEPU EMAS:
Dalam banyak-banyak MAKSIAT dan DOSA yg ada di dalam Islam, maksiat dan dosa apakah yg;
+ dijalankan di Malaysia secara sah,
+ diinstitusikan,
+ tidak boleh dibawa ke mahkamah,
+ dikomersialkan,
+ diiklankan di televisyen, radio,
+ terpampang di billboard, akhbar + diniagakan,
+ ramai ejen mempromosikannya,
+ banyak cawangannya, dan
+ dilakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa…?
… walhal ia adalah;
+ sebesar-besar dosa di dalam Al-Quran,
+ salah satu dari 70 dosa besar,
+ sama dengan berperang dengan Allah,
+ seolah-olah berzina dengan ibu bapa sendiri,
+ lebih teruk daripada berzina 36 kali,
+ hilang keberkatan hidup,
JAWAPANnya ialah dosa RIBA.
Sebab apa?
+ Iklan bank dan insurans RIBA merata-merata,
+ Bank dan insurans RIBA mendapat lesen dari kerajaan untuk dijalankan secara sah,
+ Promoter-promoter bank dan insurans RIBA berbangga, mempromosi produk RIBA mereka,
+ Iklan-iklan insurans dan bank RIBA terpampang di kaca-kaca TV, disiarkan di radio dan akhbar,
+ Ejen-ejen syarikat insurans RIBA seronok mempromosikan kerjaya mereka mempromosikan produk RIBA,
+ Pekerja-pekerja institusi RIBA memberi makan anak isteri tanpa rasa berdosa,
+ Pejabat-pejabat cawangan bank dan insurans RIBA terdapat merata-merata di sekitar kita.
+ Tidak ada mahkamah yang boleh menjatuhkan hukumam atas dosa RIBA, termasuk mahkamah syariah.
Cuba BANDINGKAN dengan dosa dan maksiat lain, seperti RASUAH, MENCURI, MEROMPAK, ZINA, ROGOL, BUNUH dan sebagainya;
+ Tidak ada pelaku maksiat ini yang mengiklankan secara terbuka maksiat mereka sebagaimana pelaku maksiat dosa RIBA,
+ Kegiatan maksiat dan dosa mereka dijalankan secara tertutup tanpa mahu diketahui oleh orang awam,
+ Tidak ada iklan TV mempromosikan orang ramai menjalankan rasuah, mencuri, berzina, merogol dsb sebagaimana iklan mengajak orang ramai melanggan produk RIBA.
+ Pernah lihat iklan pelacur mempromosikan kerjaya sebagai pelacur, sebagaimana iklan ejen insurans RIBA mempromosi kerjaya sebagai ejen insurans RIBA? Tentu tidak.
+ Pencuri, perompak dan peragut menjalan kegiatan dosa maksiat mereka secara tersembunyi, menutup muka, kerana bimbang orang lain tahu, tapi tidak bagi promoter-promoter dan ejen-ejen produk RIBA.
Sebab itu di dalam Islam, dosa RIBA balasannya adalah sama dengan dosa SYIRIK, iaitu KEKAL DI DALAM NERAKA SELAMA-LAMANYA, sekalipun orang itu solat, puasa, berzikir, qiyamullail dsb.
Naudzubillah-minzaalik, semoga ALLAH menjauhkan kita semua dari dosa RIBA.
Assalamualaikum. Saya pun sgt setuju dgn penulisan saudara.. tp nk buat mcm mana, pihak yg bertanggungjawab terikut2 dgn sistem kapitalisma. Tp soalan sy, mcm mana pula dgn rate yg dikenakan oleh Bank Islam or perbankan islam yg lain?
Sebab pd pengetahuan sy yg cetek ni, riba’ dari segi hutang adalah riba’ al-duyun. Dan jika seseorg yg cas lebih dr apa yg dipinjamkan, itu adalah riba’ al-duyun al-qardh. So boleh tak saudara terangkan apa yg menyebabkan pinjaman dr institusi perbankan islam itu adalah halal?
https://rahsiatakaful.com/v1/perbankan-islam-tidak-islam.html
https://rahsiatakaful.com/v1/perbankan-islam-tidak-islam-2.html