Salah Faham Mengenai Takaful
“Encik Afyan, maaf. Saya tidak jadi nak langgan takaful Encik”, kata seorang prospek.
“Sebab….”, dia menarik nafas panjang.
Saya hanya diam menanti respon beliau.
Dia menyambung,
“Sebab nanti apabila mati kelak, isteri saya akan dapat duit dan kawin lain”.
Oh, itu rupanya yang bermain di fikirannya.
“Encik…”, giliran saya pula untuk menarik nafas panjang.
“Encik benar.
Sama ada Encik ada takaful atau tidak, jika isteri Encik mahu berkahwin lain, dia akan kahwin lain jika dia mahu.
Lebih-lebih lagi jika dia perlukan sumber kewangan yang kukuh selepas kematian Encik untuk membesarkan anak-anak.
Mungkin dia mendapat seorang suami yang menyayanginya sebagaimana Encik menyayangi isteri Encik sekarang.
Tapi…..”,
Sekali lagi saya menarik nafas panjang, sebelum menyambung;
“Tapi percayalah, belum tentu suami baru isteri Encik kelak menyayangi anak-anak Encik sebagaimana Encik menyayangi mereka sekarang.
Namun, apabila Encik menyediakan plan takaful yang secukupnya untuk kegunaan isteri selepas Encik meninggal dunia kelak, mungkin dia tidak perlu berfikir untuk mencari suami baru kerana kewangan yang Encik sediakan sudah cukup untuknya.
Tentu isteri dan anak-anak Encik akan mengenang Encik sebagai suami bertanggungjawab kerana menyediakan plan takaful sedari awal”.
Semoga ALLAH bukakan hatinya.
Untuk mengetahui mengenai Takaful dengan lebih terperinci boleh sertai program bulanan kami Klnik Takaful di INFAQ Consultancy
Maklumat lanjut berkenaan Klinik Takaful sila klik disini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi