Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM?

Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM?

Emel Mengejutkan Tentang MCIS

Pada 1 Jun lalu, saya menerima emel daripada seorang rakan Facebook, Tuan Helmi Hassan yang bertajuk ”MCIS”, yang kandungannya agak mengejutkan.

Emel berkenaan mengandungi brosus tentang MCIS yang saya kira amat kontraversial tentang status hukum insurans konvensional.

Dalam brosur bertajuk ”PANDANGAN AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH”, yang membuat kesimpulan ”Aktiviti MCIS Zurich Insurance Berhad tidak menyalahi pandangan Syarak”.

Untuk bertindak adil, saya sertakan brosur tersebut;

Selepas meneliti hujah-hujah yang dikemukakn, saya termenung sejenak kerana saya amat pasti bahawa ia amat bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, berkenaan hukum insurans konvensional.

Sebelum ini, saya pernah mendegar dakwaan tentang MCIS yang mengatakan bahawa syarikatnya mempunyai Majlis Penasihat Syariah, dan ia pernah diluas oleh Ustaz Zaharuddin di blognya beberapa tahun lalu.

Penjelasan yang diterima ialah, majlis pengawasan tersebut hanyalah mengawal selia pelaburan yang dibuat oleh MCIS, tapi bukan memantau produk insurans syarikat berkenaan. Justeru, status insurans konvensional tetap sama sahaja sekalipun pelaburannya mematuhi syariah, jadi tidak menjadi isu sangat tentang perkara itu.

Namun kali ini lebih memeranjatkan kerana di dalam tulisan berkenaan, Majlis Pengawasan Syariah MCIS mengesahkan status halal pada produk-produk insurans konvensional MCIS, dan ia bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

 

Rujuk Bank Negara

Lantas, saya mengambil langkah pro-aktif untuk mendapat pengesahan daripada Bank Negara yang mengawalselia instituti perbankan serta syarikat-syarikat insurans dan takaful di Malaysia.

Saya hantarkan emel ke bnmtelelink@bnm.gov.my, bertajuk ”Status Insurans MCIS”, dengan persoalan;

Assalamualaikum,

Saya ingin mengetahui status MCIS yang mempunyai Penel Syariah yang mengatakan ia adalah harus – dilampirkan dokumen berkaitan perkara ini.

Jika benar, adakah ia bermakna MCIS dan insurans lain sebagaimana takaful – yang tiada unsur gharar, judi dan maisir?

Saya keliru akan perkara ini kerana yang saya faham hukum insurans adalah berbeza dengan takaful.

Wassalam.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu, saya mendapat jawapan yang memuaskan daripada Bank Negara iaitu Majlis Pengawasan Syariah oleh MCIS tidak pernah dirujuk dan diluluskan oleh Bank Negara.

Berikut jawapan penuh daripada Bank Negara;

Encik Afyan,

Kami merujuk kepada kiriman e-mel tuan bertarikh 1 Jun 2011 dan ucapan terima kasih kami atas kesabaran tuan menunggu maklum balas mengenai perkara di atas.

Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan di bawah Akta Insurans 1996 dan bukannya di bawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah sebuah syarikat pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (Bank) untuk memasarkan produk-produk takaful berlandaskan Syariah.

Sebagai sebuah syarikat insurans, tidak terdapat keperluan untuk MCIS mematuhi dasar Bank bagi melantik jawatan kuasa Syariah. Pelantikan jawatan kuasa Syariah MCIS adalah merupakan inisiatif syarikat tersebut dan tidak pernah dirujuk atau diluluskan oleh Bank.

Syarikat insurans dibenarkan memasarkan produk insurans berkaitan pelaburan (investment linked), yang mana pelanggan boleh memilih untuk melabur dalam dana pelaburan berlandaskan Syariah. Dalam situasi ini, walaupun pelaburan produk insurans tersebut adalah berlandaskan Syariah, tidak bermakna produk insurans tersebut menepati peraturan Syariah sepenuhnya atau menjadi produk takaful.

Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk berkenaan adalah berlandaskan Syariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan Syariah. Memandangkan kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan Syariah.

Bank telah mengeluarkan pekeliling kepada semua syarikat insurans bagi menegah penggunaan terminologi-terminologi yang mengambarkan maksud pematuhan Syariah di dalam produk-produk mereka. Syarikat insurans hanya dibenarkan untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka bahawa dana yang dilaburkan dalam pelaburan insurans adalah patuh Syariah. Syarikat insurans juga dikehendaki memaklumkan bahawa produk tersebut bukanlah produk patuh Syariah.

Harap penjelasan di atas dapat membantu.

Kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
Ketahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my

Terima kasih.

Noor Azlina Hj Jamari
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

 


Kenapa Bank Negara?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya terus bertanya dengan Bank Negara? Ia kerana Bank Negara adalah badan yang mengawal selia syarikat-syarikat insurans dan takaful, dan mempunyai Majlis Penasihat Syariahnya tersendiri untuk membuat pemantau terhadap Majlis-majlis Penasihat Syariah syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.

Justeru, kawalan daripada Majlis Penasihat Syriah Bank Negara amat penting dalam hal ini. Dengan adanya kawalan daripada Majlis Penasihat Syriah Bank Negara, panel syariah bank-bank Islam dan pengendali takaful akan diaudit dan dipantau dari masa ke semasa. Ia penting bagi memastikan perjalanan syariah setiap bank dan syarikat takaful berjalan mengikut standard yang ditetapkan oleh Bank Negara.

Semoga dengan tulisan ini dapat memberi penjelasan sewajarnya tentang isu ini.

45 thoughts on “Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM?”

  1. Assalam saudara Afyan…

    Saya tertarik dengan artikel saudara. Terdapat beberapa persoalan yang timbul dalam pemikiran saya, pertama, Adakah artikel ini dikemukan bagi menaikkan nama Takaful Ikhlas? Kedua, sekiranya anda ikhlas, anda tidak akan menuduh tanpa bukti yang 100% kukuh. Fakta anda tidak lengkap. Anda beranggapan bahawa dengan email dari bank negara, adakah sudah memadai? Adakah anda mengkaji latar belakang setiap ahli majlis syariah tersebut? Adakah ada anda bertanya pada setiap ahli majlis syariah kenapa mereka kata halal? Apakah hujah mereka? harus bersyarat, anda tahu ape syarat2 yang digariskan? Adakah anda tahu bahawa perjalanan MCIS diperbaiki dari semasa ke semasa dan sedang menuju ke landasan takaful juga? Adakah kelima2 ahli majlis syariah itu begitu jahil mengenai Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Sedunia? Adakah anda/norazlina jamari lebih tinggi ilmu berbanding Sohibus Samahah Dato’ Ismail bin Yahya dll.

    Jelasnya, dari segi etika, anda kurang sikit sebagai muslim dan warga Takaful yang baik. Sedangkan Imam Ahmad Hanbali amat takut untuk menuduh seorang pendusta. Saya pernah minta Ustaz Zaharudin bertanyakan kepada Ahli Majlis tersebut, Ustaz kata, tu bukan kerja dia…Saya harap saudara bolehlah bertanya pada ahli majlis syariah tersebut. Itu baru dinamakan ADIL. bukan sekadar bubuh brosur da dinamakan tindakan adil. salah tu.

    Harapan saya, jawapan daripada saudara bukanlah seperti jawapan Ustaz Zaharudin “bukan kerja saya”. Wallahua’lam.

    Reply
    • Saudara sudah bertanya persoalan-persoalan yang Sdra kemukakan?

      Nampaknya saudara juga membuat tuduhan / tanggapan tanpa bukti.

      Saudara membuat tuduhan “artikel ini dikemukakan bagi menaikkan nama Takaful IKHLAS” – tanpa bukti.

      Tuduhan-tuduhan lain -, sekiranya anda ikhlas, anda tidak akan menuduh tanpa bukti yang 100% kukuh. Fakta anda tidak lengkap. Anda beranggapan bahawa dengan email dari bank negara, adakah sudah memadai? Adakah anda mengkaji latar belakang setiap ahli majlis syariah tersebut? Adakah ada anda bertanya pada setiap ahli majlis syariah kenapa mereka kata halal? Apakah hujah mereka? harus bersyarat, anda tahu ape syarat2 yang digariskan? Adakah anda tahu bahawa perjalanan MCIS diperbaiki dari semasa ke semasa dan sedang menuju ke landasan takaful juga? Adakah kelima2 ahli majlis syariah itu begitu jahil mengenai Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Sedunia? – pun tanpa sebarang bukti. Saudara tidak dapat membuktikan keihklasan saya. Saudara tidak membuktikan latar belakang mereka. Saudara tidak membuktikan kejahilan saya.

      Aduh, Sdra pun nampaknya menuduh tanpa bukti.

      Untuk makluman Sdra, jawapan tersebut daripada panel syariah Bank Negara dan diemelkan melalui emel di atas. Panel Syariah Bank Negara mengawal selia syarikat-syarikat takaful yang bernanung di bawahnya.

      Malah saya pun sudah emelkan kepada MCIS Zurich, dan masih menunggu jawapan. Terima kasih atas cadangan Sdra.

      Beginilah Sdra, Sdra kemukakan hujah-hujah Sdra, kemudian saya akan respon.

      Wallahua’lam.

      Reply
  2. Salam,

    Kepada saudara sufian.. Jangan sekali-kali kita menghalalkan yang haram.. Tindakan Panel Syariah MCIS Zurich jelas sekali cuba untuk menghalalkan yang haram dan boleh membahayakan industri takaful di negara kita. Tindakan ini sepatutnya boleh dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

    Dipetik daripada brochure yang dilampirkan..
    “Sekalipun terdapat sedikit unsur riba di dalamnya, tetapi ia dalam bentuk yang terkawal dan sedang diusahakan oleh syarikat untuk menggantikannya dengan sistem yang lebih sesuai dengan Hukum Syarak”

    Ini merupakan bukti jelas yang MCIS Zurich tidak patuh syariah.. Walaupun sedikit, Riba tetap Riba!! Dalam Islam semuanya perlu jelas. Black or white. Sekiranya terdapat keraguan iaitu Grey Area atau syubhah, maka hendaklah kita jauhi kerana dibimbangi jatuh ke dalam hukum haram.

    Wallahualam.

    Wassalam.

    Reply
    • Assalamualaikum,

      Persoalan saya, adakah seseorang yang mempunyai nama islam betul2 menjalankan syariat islam? dan orang sekeliling tidak boleh mempertikaikan apa2 sebab telah mempunyai label islam. contoh mcdonald yg ada label halal

      kedua, adakah orang yang mahu mendalami islam, mahu mengikut ajaran islam, mengikut landasan islam tetapi tidak mempunyai nama islam dan tidak menukar nama islam di anggap kafir dan tidak di terima masyarakat.? contoh kedai burger melayu yg bersaing dgn magdonald tp takde logo halal

      beberapa ustaz yg saya rujuk ada yg mengatakan haram,ada yg kata halal. bagi saya ia dikatakan haram hanya kerana LABEL takaful yg tidak ada pada mcis. mcis adalah syarikat insurans koperasi.sejak ada panel majlis syariah segala produk, pelaburan,perjalanan syarikat semua nya dilakukan dengan bantuan nasihat ahli panel tersebut. mereka juga telah kaji seperti dlm brosur yg dinyatakan itu, riba, gharar dan maisir tidak ada. jika ada yg mengatakan ada riba jika pemengang polisi melakukaan pinjaman polisi, pada pandangan sy dalam takaful juga mempunya perkara yg sama cuma faedah yg dikenakan dipanggil caj perkhidmatan.

      begitu juga dengan bank konvensional dan islamic bank. segala term interest pada konvensional bank di tukar kepada caj perkhidmata/caj pengurusan/keuntungan oleh islamic banking.

      sekadar pendapat saya. mcis insurans sentiasa memperbaiki produk dan merusaha mendapatkan lesen takaful yg dikawal bank negara.
      ya, saya mmg agen mcis seperti yg semua boleh jangka. sy masih di sini bukan sebab komisyen,(komisyen pon masih tak seberapa) tapi sy tidak was2 ttg hal ini. setiap org boleh bagi pendapat.terpulang pada individu itu.

      iya, mcis bawah akta insurans1996, tidak ada dalil dlm alquran yg menyebut akta insurans itu haram, selagi perjalanan syarikat itu mengikut landasan yg betul. ya, syarikat takaful itu di bawAh akta takaful, pd penelitian sy tidak nmpk beza dlm kedua-dua akta tersebut selain penggunaan terma islamic dlm takaful. sekian.

      Reply
  3. salam. sekadar untuk memberi response, Dalam soal menuju ke arah takaful (sekiranya benar) maka jual la banyak mana pun produk setelah mendapat lesen takaful dan menepati semua requirement yang ditetapkan oleh syarak. Ianya sangat positif.

    sekali pun produk berkenaan “dikatakan halal” ia tetap dilihat sebagai “tidak beretika”. Memang bagus untuk menawarkan produk yg menepati shariah tetapi ia tidak kena pada tempatnya. Malah menyebabkan masyarakat menjadi konfius dengan isu soal halal haram.

    Reply
  4. Assalam,

    Ngapa nak pening-pening, kan dh banyak produk Takaful di pasaran, pilih aje mane yg berkenan. ngape perlu risau pilih yg samar2 hukumnya, atau beria-ria nak mempertahankannya?
    Kecualilah bagi agen melayu (Islam?) yg dok jual produk insurans, akan cuba sedaya upaya untuk menegakkan benang yg basah, sebab lebih sayangkn komisen insuransnya berbndg muamalat islam.
    Kalau anda faham konsep rezeki yg berkat dlm islam, anda akan tahu apa jawapannya apabila anda menepuk dada & tanya iman…wallahua’lam.

    Reply
  5. Salam..
    Tuduhan saudara Sufian bahawa artikel ini dikemukakan bagi menaikkan nama Takaful Ikhlas adalah tidak benar. Setakat pembacaan saya, tidak ditemukan promosi agar mencarum dalam Takaful Ikhlas. Artikel ini sekadar pandangan Afyan berkenaan produk insuran dari syarikat MCIS, di mana ia didapati meragukan.
    Pandangan Afyan berdasarkan brosur yang diedarkan. Jika pandangan ini salah, maka salahkan juga brosur tersebut.
    Dan, memang bukan kerja sesiapa pun (ustaz Zaharuddin, Afyan dan saya sendiri) untuk berjumpa dengan ahli Panel Syariah MCIS dan bertanya lebih lanjut. Sepatutnya mereka sendiri yang bertanya kepada yang lebih pakar sebelum mengeluarkan sebarang produk kewangan.
    Sesiapa yang membaca brosur di atas juga akan berasa ragu-ragu apabila membaca “Sekalipun terdapat sedikit unsur riba di dalamnya, tetapi ia dalam bentuk yang terkawal dan sedang diusahakan oleh syarikat untuk menggantikannya dengan sistem yang lebih sesuai dengan Hukum Syarak”.
    Sedikit dari yang haram tak bermakna ia halal. Minum arak sedikit tetapi tidak mabuk? Ia tetap haram. Diusahakan untuk digantikannya dengan sistem yang lebih sesuai dengan hukum syara’ pula, bukan tiket untuk menghalalkannya.
    Jika ia haram, jangan gunakan alasan tinggalkan ia sedikit demi sedikit. Apabila diketahui ia haram, tinggalkannya terus.

    Reply
  6. kenapa harus menegakkan benang yang basah en Sufian? Melainkan jika tuan sendiri ada terlibat secara langsung dgn Mcis? Maaf kalau tersalah teka

    Sebagai orang awam bukankah lebih mudah memililh mana yang jelas harus berbanding yang syubhah, dalam kes ini, banyak sahaja produk2 takaful, kenapa harus memilih yang ragu-ragu lagi.. ini bukan zaman dahulu kala,di mana produk takaful tidak begitu banyak

    Reply
  7. Mungkin sebenarnya memang betul tanggapan Bank Negara adalah bahawa produk yangdijual oleh MCIS Zurich ini adalah haram, akan tetapi harus diingatkan bahawa Bank Negara bukan penentunya Haram dan Halal di dunia ini. Anda rasa produk yang dikatakan halal di Malaysia ni, di Saudi halal tak? TIDAK! Tiada satu badan yang menentukan bahawa halal atau haramnya sesebuah produk itu.

    Saudara Afyan ini mempunyai niat tersembunyi. Tahukah saudara Afyan betapa besarnya kes ini sudah terjadi? Tahukan Saudara Afyan beberapa orang telah hilang kerja dengan website awak ini? Mahukah saudara Afyan bertemu dengan keluarga mereka yang telah diberhentikan kerana perkara ini?? Mahukah saudara Afyan memberitahu isteri isteri mereka yang kini perlu mencari kerja menjual nasi lemak di luar sekolah kerana suami mereka telah kehilangan kerja kerana Bank Negara telah memberi bantahan yang keras kepada MCIS Zurich??

    Oh saudara Afyan, niat awak memang untuk memusnah kan competition. Kerana ini, ramai yang susah.

    Bertaubatlah wahai saudara Afyan. You have destroyed many families with this statement.

    Reply
  8. Terima kasih saudara Afyan. Berkenaan dengan riba, Haram tetap haram walaupun sedikit. Buat saudara Sufyan semoga Allah merahmati awak.

    buat saudara @Gary (bukan nama sebenar). Apalah susah sangat. Kan boleh beralih kepada takaful daripada insurans? Kamu tuhankah nak menentukan rezeki hamba-hambaNya? Apakah sekiranya meninggalkan insurans tidak boleh join takaful?

    Reply
  9. Saya pun nak buat tuduhan tanpa bukti jugak;

    Sebenarnya saya menuduh tanpa bukti yang Afyan ni sengaja nak cari populariti yang tak berapa murah, tuduhan Afyan sudah menyebabkan orang tahu produk semi takaful MCIS tersebut dan meningkat populariti produk tersebut, mungkinkah Afyan nak menjatuhkan syrkt Takaful Ikhlas..
    Bertaubatlah sdr Afyan, kembalilah ke takaful ikhlas tersebut, nanti ada orang kena berenti kerja di TI sebab artikel sdr ni.

    Reply
  10. To sufian: anda penah makan ayam? Tahu ke dari mana ayam tu datang? Tahu ke sape yang sembelih? Orang yang sembelih tu islam ke? Kalau islam, solat ke? Ayam tu pulak, tau ke diberi makan ape? Makanan tu plak dibuat dari ape? Sape plak yang buat makanan utk ayam tu? Islam ke die? Solat ke die? Sampai bile2 tak habis tanya daa…

    Yang penting kene yakin.

    To isma: first time dengar term semi takaful. Hahaha…

    Kalau kita pandang sesuatu tu buruk, buruk lah jadinya. Kalau kita pandang sesuatu tu baik, baiklah jadinya. Allah lebih mengetahui. Yang penting, jangan emo. KALAU en afyan ada niat tersembunyi (saya tak tuduh), adalah bahagian die nanti di sana kelak. Apepon, memaafkan orang lebih baik. InsyaAllah selamat!!

    Reply
  11. Assallam, rasa2 MO MCIS ini sama spt MO yg digunakan oleh Allianz dimana ramai agen2 bumiputera begitu yakin bahawa Allianz ini patuh syariah harap En Afyan dpt buat pencerahan Terima Kasih

    Reply
  12. Orang yang beria-ia mempertahankan MCIS insurans adalah agent2 insurans konvensional yang sayangkan komisyen nya shaja. percaya lah… sufian salah seorang agent insurans konvensional yang dah dan sedang mengecapi komisyen dari syarikat insurans konvensional. halal haram tolak tepi, asalkan fulus masyuk.

    Reply
  13. Asyik bertelagah je korang..ilmu bru stahun jagung…..jom kiter pegi bertelagah pasal rokok pulak…..rokok pun xder lam alquran…tp bahaya jugak tuk kesihatan.

    saper isap rokok tu?

    Reply
  14. Assalam semua teman2..
    Janganlah kita bertelagah sesama kita tentang isu yang diperdebatkan… Setelah ketiadaan Nabi Muhammad s.a w. dan Para Sahabat, mereka2 yang dilantik seperti Majlis Fatwa dan Para Ulama’ lah yang perlu kita rujuk. Siapalah kita untuk menentukan hukum Halal atau pun Haram. Telah diputuskan oleh mereka lengkap dengn firman Allah dan Hadis…
    Saya ingin berkongsi sedikit tentang Produk Pelaburan yang mengikut Syariah dalam Syarikat Insurans Konvensional. Panel Syariah tu memanglah wujud dan mereka sememangnya pakar dalam muamalat Islam. Apa yang diputuskan mereka itu ialah Produk Pelaburan dengan Dana2 yang tertentu sahaja yang melalui proses2 penapisan sebelum dihantar ke BNM(Yang biasanya dikenali sebagai Pelan Asas dikalangan agen Konvensional).Tetapi bagi agen pula untuk menjadikan produk tesebut lengkap dengan pampasan kemalangan, pampasan penyakit kritikal, kad perubatan dll, maka ia telah dicampur adukkan dengan pelan asas tadi…Bagi produk2 yang lain, kesemuanya seperti produk konvensional yang biasa dipasaran…disitulah yang jadi isunya…
    Bagi agen Konvensional, saya amat percaya selagimana kita boleh mengucapkan kalimah syahadah..tetap terdetik didalam hati untuk berhijrah…tetapi mungkin disebabkan komisyen ataupun susah nak hidup jika berubah arah…tepaksa hukum ditolak tepi…ketahuilah teman2 semua Allah sentiasa bersama kita dalam keadaan apa sekalipun..Bagi yang belum nak berubah saya doakan mudah2han Allah beri petunjuk dan hidayah…. Dengan kepakaran dan ilmu yang ada saya amat yakin anda akan lebih berjaya sekira ianya dilaksanakan mengikut jalan yang tidak diragui dan setiap langkah itu diiringi dengan keberkatan…

    Reply
  15. Assalamualaikum saudara afyan!!!

    Saya berharap saudara afyan tidak akan serik utk menulis artikel2 yg maragukan umat islam,sekurang2nya maklumat/usaha ini akan membantu semua agent2 dan pengguna islam diluar sana membuat perbandingan diantara TAKAFUL & KONVENSIONAL,harapan saya jgn kita jadikan medan ini sebagai medan tempur sesama islam sehingga menyimpan perasaan dendam.Semoga usaha murni ini akan berterusan utk mengangkat martabat MUAMALAT ISLAM…….secebis doa dr saya utk pejuang TAKAFUL…..YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM lindungilah WAKIL2 TAKAFUL DAN PELANGGAN2 TAKAFUL dari ditimpa sebarang musibah dan segala fitnah dajjal…AMIN YA RABBAL ALAMIN…

    Reply
  16. Allahhuakbar…..
    maha suci bagi Allah tuhan sekalian alam….
    Untuk renungan dan peringatan bagi saya sndiri dan saudara2 islam yg lain…
    First of all sya tidak mnyebelahi mna2 pihak…
    ulasan ini adalah dtang drpada pndapat dari lubuk hati saya sndiri…
    Soal Hukum Halal dan Haram adalah teramat pnting yang perlu di titikberatkan lagi2 bagi individu yang bergelar muslim.
    Seperti mna yg kta thu sejak di bangku sekolah lagi,sumber mahupun unsur yang tidak halal akan menjejaskan keperibadian dan sahsiah sebagai seorang muslim.
    Begitu juga dgan perasaan was2 terhadap sesuatu.Misalnya kita digalakkan untuk mengambil semula wuduk sekiranya kita berasa was2 akan wuduk itu!
    Dan untuk titipan buat semua,silalah luangkan masa untuk membaca dan menelaah tentang KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW yang perlu kita tahu.
    Insyallah dgan izin Allah,semua persoalan,tanggapan mahupun tuduhan akan terjawab sekiranya mata hati kita di buka semasa menelaah tentang KHUTBAH RASULULLAH ini….
    Dan kpada semua,cukuplah AL-Qur`an sebagai panduan dan pegangan hidup kita hingga ke akhir hayat……
    Sekali lagi sya mhon maaf jika mnyinggung mna pihak,hanya bertujuan untuk kita beringat sahaja……
    Akhir kata,tpuk dada tanya iman……
    Assalallmmualaikum……………..

    Reply
  17. Salam Afyan,
    Encik sepatutnya ceritakan kebaikan produk takaful, bukan mencari keburukan produk lain..
    Memang tak dapat dinafikan MCIS ni lebih kepada konsep konvensional sebab Zurich pun dari Eropah..
    Sama-samalah kita muhasabah diri…

    Reply
    • Alhamdulillah, memang blog saya menceritakan tentang kelebihan takaful dan mengajak pembaca berhijrah dari insurans konvensional yang haram.

      Reply
    • Saudara, kalau tuan nak tahu satu2 barang itu baik atau tidak, perlukah saudara membuat perbandingan?

      Misalnya,
      1. anak tuan mintak ayam goreng yang sedap dari KFC sedangkan tuan berada depan kedai McD… tuan tanya tak anak tuan kenapa tak nak yang McD?

      2. Emak Tuan ajak beli ikan kembung di kedai A tak mau di kedai B, sedangkan Tuan berdua betul berada di depan ikan kembung kedai B, Tuan tanya tak kenapa tak nak kedai B?

      3. Tuan jual Kasut Nike yang tuan kata lebih baik.. lebih baik dari kasut apa?
      Bolehkah Tuan kata kasut Tuan lebih baik dari TUUUTTTT…(TUTTT tu boleh jadi Kasut, atau periuk, atau ubi kentang, atau kobis bunga… atau apa????) …boleh kah tuan cerita kasut Nike tuan lebih baik dari kasut..tuuuuttttt…(sensor)? Kasut Tuan boleh terbang tapi kasut TUUUTTTTTT… tak boleh terbang… Kasut Tuan murah, tapi aKasut TUUUUTTTTT… murah..

      BOLEH????????

      Ok contoh lain…

      Tuan nak mengajak pemabuk todi tinggalkan minuman haram itu, dan beralih kepada minuman halal seperti Orange Juice….

      Adakah tuan akan hanya kata tentang kebaikan orange juice sahaja???
      Adakah tuan tidak akan katakan todi tu HARAM??
      Adakah tuan tidak akan beritahu kenapa Todi tu diharamkan?

      BOLEH…??

      Tuan, yang Haram tetap Haram…tak perlulah kita berdebat…

      Kalau kita tak mau ikut ulama kita, bolehlah nanti kita Raya Aidil Fitri sewaktu mak kita masih lagi berpuasa hari terakhir kerana belum di istiharkan raya lagi…sebab, tuan ikut ulama hong kong raya….

      atau..mungkin kita bayar zakat guna beras, sebab zakat dulu tak guna duit…tapi ulama kita memutuskan boleh guna duit bagi menggantikan beras… tuan zakat je lah dengan beras….

      Yang dah jelas, tak perlulah kita persoalkan lagi.. baca buku pun belum sampai muka surat 4 dah tertidur, kita nak halalkan yang haram… menghalalkan yang Haram termasuk dalam perkara yang WAJIB BERTAUBAT….

      sekian

      Reply
  18. dlm islam yg halal n haram jelas..
    Ekonomi dunia x bgus pun sbb conventional pny kewangan system.. Even uk n other european countries pun byk dah dah apply islamic financial, banking n takaful
    Diaorg dh kaji n tau betapa bagusnya islamic financial,,
    Its never too late to convert frm insurans to takaful ppl
    Both costumers n advisors, agents..

    Insurans=haram
    Pelaburan islamic=halal
    Both combined=haram JELAS

    Reply
  19. Assalamualaikum buat semua.
    Pertamanya ingin saya kongsikan bahawa muamalah islam bukan mudah untuk ditafsirkan.kena gunakan ilmu mantik.pandangan dari saudara semua ada betulnya dan ada juga salahnya. Insurans konvensional tidak halal dan tidak haram.hukumnya harus.sama juga dengan takaful.tidak haram dan tidak halal.kerana kedua2nya tiada dlm al-quran dan hadis.Rasulullah dah pesan, baginda tinggalkan 2 perkara ini dan jika kita ikutinya nescaya tidak sesat dunia dan akhirat.fatwa daripada majlis fatwa hanya sebagai rujukan utk golongan atas pagar.utk elak perpecahan.akta insuran benda lama,akta takaful benda baru.tak guna nak gaduh…..akta ni manusia yg buat….bila2 mssa boleh ubah….yg penting implement nya kepada umat islam.kalau kita lihat pun sekarang sistem islam banyak dipraktikkan di negara kafir berbanding islam.fikir-fikirkanlah wahai sahabat semua..anda semua bertelagah berpecah disebabkan nak tegakkan halal haram…orang islam diluar yg susah…ekonomi islam jatuh…jatuh hukum haram jika dua perkara disatukan dan boleh dipisahkan..contohnya suasa…perak dan gangsa kalau tak salah saya

    Reply
  20. Jatuh hukum halal jika dua perkara di satukan dan boleh di pisahkan…pembetulanuntuk pos sebelumnya…contohnya suasa….boleh dipisahkan….tapi jika disatukan dan tak boleh dipisahkan jatuhlah hukum haram iaitu kari dan daging khinzir…tp dlm bidang muamalat islam lain caranya kena gunakan ilmu mantik iaitu ilmu logik akal.jadi untuk memberikan pandangan perlu mendalaminya terlebih dahulu.tahu pasal ilmu islam tidak semestinya tahu pasal ilmu kewangan….dalami dulu ilmu itu baru buat keputusan.InsyaAllah hidup anda akan mendapat Rahmatnya.

    Reply
  21. saya setuju dgn saudara arif?
    saudara semua berkelahi kerana duit bkn kerana islam sbnrnya.
    itulah hakikat.kata2 lawak
    walharammu walhalalku
    msk je halal klu xmsk haram

    Reply
  22. ASSALAMUAILAIKUM SAHABAT YANG BAIK HATI…SABAR TAK LAMA LAGI MCIS ADA LA LESEN TAKAFUL TU.SEKARANG CEO PUN BEKAS CEO CIMB AVIVA TAKAFUL..LEPAS ADA TU NAK CAKAP APA LAGI..CUMA LESEN TAKAFUL MCIS SETAKAT INI BELUM ADA..HONG LEONG PUN ADA TAKAFUL,EJEN CINA JUAL PRODUK TAKAFUL JUGA NAK CAKAP APA LAGI..SUMA TU BERGANTUNG DENGAN ORG YG NAK AMBIL…
    ADA MUFTI MENYATAKAN JUGA YG MENYOKONG TAKUFUL TAK SEMESTINYA 100% HALAL..CUMA ITU HANYA JALAN ALTERNATIF UNTUK ORG ISLAM MELABURKAN DUIT MEREKA…
    SEKARANG INI PUN ORG ISLAM ASIK LOAN KERETA BAYAR RIBA LAGI KAT BANK..BAYAR RIBA KAD KREDIT LAGI,MACAM MACAM LAGI LA..MANA DA SEMUA ORG MAMPU NAK BELI CASH..
    SELAMA 10 TAHUN JUAL PRODUK MCIS TAKDE MASALAH PUN..CUMA YG MASALAH NYA AGENT SELALU BUAT UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI …LAGI PUN MANA ADA SETIAP HARI ORG BERBARIS DI KAUNTER NAK BELI PRODUK INSURANS & TAKAFUL….APA2 PUN BUAT KERJA..HUKUM ALAM ITU ADA..ALLAH MAHA ADIL DENGAN USAHA KITA SELAMA INI..SAMA SAMA LA KITA BEREBUT REBUT BUAT KEBAIKAN…JANGAN PULAK BEREBUT REBUT MENJATUHKAN SESAMA ISLAM..
    MINTA MAAF SAHABAT SAHABATSEKALIAN…

    Reply
    • Tak betul pendapat you ni… u ingat agama ni pakai logik ke?
      You ingat yang dalam pinggan u ni babi, lembu ada banyak keliling u tapi tahun depan baru lembu u boleh dapat..teruskan makan babi ni dulu boleh jadi halal ke? Agama Islam mana yang kata boleh?
      You ingat dulu dia bela lembu tapi sekarang dia join ladang babi u, sementara dia nak bawak lembu, u bela je lah babi dulu..income u tu halal?

      Pls bro… agama bukan barang niaga. yang hukumnya berubah ikut kepentingan u.. ok

      Reply
  23. jage je kerja masing2 bia je lah halal ke haram…kalau haram nape takde larangan dr mana2 pihak…kenape banyak agen melayu..cemburu lah tu….macam lah baik sangat..

    Reply
    • awak, mana bole orang larang MCIS buat insurans. Diorang buat kerja baik. Tolong orang. Tapi come back kpd perkara usul,. Solat tu wajib, tapi kenapa org yg x solat xde sape larang or amek tindakan, sepatutnya perlu amek tindakan.. So, saya encourage semua agent MCIS utk beralih ke syarikat takaful yg sah. BUkan semi takaful atau apa2 istilah lainnya. Rezeki Allah yg tentukan. Artikel ni tahun 2011, sekarang dah 2014 kenapa masih belum ada lesen takaful lagi?

      Reply
  24. Salam,
    Saya adalah salah sorang yang telah membeli insurans MCIS Zurich akhir tahun 2013 untuk diri, isteri dan anak saya dengan membuat potongan gaji sebanyak RM 750 sebulan. Saya amat mengambil berat tentang halal dan haram sesuatu produk. Apabila saya ditanya tentang hala haram, agen berkenaan mengatakan halal dan ada panel syariah. Tetapi selepas menandatangani insuran tersebut baru saya bertanya dengan beberapa orang rakan megatakan tidak halal. Jadi saya sebagai orang awam merasa tertipu. Saya tidak mahu terlibat dengan sesuatu yang haram untuk masa yang sekejap, inikan pula 30 tahun. Jadi sekarang ini saya telah membuat keputusan untuk berhenti segera walaupun akan mengalami kerugian. Dan saya minta sangat pihak agen jangan memikirkan komisyen sahaja, sedangkan apa yang dibuat adalah perkara yang haram dan akan ditanggung oleh pengguna dan dirinya sepanang hayat.

    Reply
  25. Sye pun SME dgn mursyid…sye posting gaji rm284 utk sye suami n anak..dh mlm ni sye nekad utk stop. Ya Allah ampunilah aku…ya Allah bukakanlah pintu2 rezeki yg halal utk kami

    Reply
  26. Assalamualaikum…
    Saya baru shj memutuskan hubungan dgn MCIS Zurich..chek pun dah dpt…
    Sy carum tak lama..2thun lebih
    Sy nak tanya ..adakah duit yg saya dpt itu mengandungi duit riba?
    Apakah yg patut saya buat dgn duit riba itu?
    Berapakah ratio duit riba dlm nya yg harus saya keluarkan?
    Kalau tuan2 dapat duit riba…kemanakah harus digunakan?
    Mohon saudara2 yg arif mencadangkan kpd saya…
    Terimakasih.
    Wassalam.

    Reply
    • Waalaikumsalam Tuan ZK,

      Saya ucapkan tahniah kerana Tuan diberikan kesedaran utk berhijrah.

      Jika duit yang tuan terima tidak melebihi duit caruman, maka itu adlah hak Tuan.

      COntohnya jika Tuan membayar RM200 sebulan dan sudah membayar sebanyak RM4800 selama dua tahun dan terima nilai tunai RM3000, maka itu adalah duit Tuan.

      Jika jumlahnya ialah RM5000 yg diterima, maka hanya RM4800 sahaja duit Tuan dan selebhnya Tuan perlu serahkan kpd baitul-mal atau surau di bawah klasifikasi duit haram.

      Wallahua’lam.

      Reply
  27. Alhamdulillah, sedikit sebanyak penerangan dari rahsiatakaful ni dapat saya faham perbezaan antara Takaful dan Konvensional. Tahniah en.Afyan, semoga dapat beri kesedaran terhadap orang ramai tentang unsur-unsur Syubhah dalam sesuatu perkara.

    Yang penting dijauhkan dari Riba’, Maisir, dan Gharar. Dan hukum RIBA’ itu jelas, seumpama siapa yang mengamalkan, dia telah mengisytiharkan perang terhadap Allah.

    Reply
  28. Assalamualaikum..
    saya hairan knp agen2 melayu yg beragama ISlam yg mewakili Sykt2 Insurans KONVENSIONAL masih buta hati dan jiwa.Masih menegakkan perkara yg salah, ibarat menegakkan benang yg basah. Niat x menghalalkan cara. Sekian banyak syarikat Takaful diwujudkan di Malaysia ni, knp kalian x berhijrah?
    Saya ada ramai kawan2 yg mana drp ins konvensional yg tekad berhijrah ke sykt takaful..wp mrk kembali bermula dengan 0, ttp alhamdulillah berkat rezeki yang halal, mrk cepat dapat kembali apa yg mereka tinggalkan di konvensional, malahan mendapat lebih lagi.Ada yg sudah mendapat komisen 5 angka pun, tp krn niat nak meninggalkan bisnes yg x halal dn mencari yg halal, mrk diberi rezeki oleh Allah S.W.T.
    Saya tahu kalian sdr keliru, apabila kalian berada dlm company trsbt, pastu anda ‘ditarbiah’ macam2 supaya anda terus menjual, dn membuat anda yakin bahawa INSURANS KONVENSIONAL yg anda jual tu HALAL wp hakikatnya tidak..
    Wallahuaklam..

    Reply
  29. Saya simpati dengan mereka yang kehilangan pekeraan seperti didakwa oleh Mr Gary.. tp bukankah itu juga satu rahmat buat mereka….daripada terus terjebak dan bergelumang dengan yang HARAM, kan lebih baik berniaga nasi lemak? dan ..oh ya seorang lagi yang komen tentang kerja di TI…ya betul, bukan lebih baik bekerja di TI berbanding bekerja di syarikat insuran konvensional?

    Bank negara confuse??? Retorik dan kelakar….
    Arab Saudi??? Retorik….
    Hilang pekerjaan???.. Retorik..
    Hak menentukan Halal Haram ialah Allah??? Retorik
    …dan banyak lagi yang saudara boleh gunakan sebagai alasan untuk menghalalkan Insuran Konvensional….retorik!!! Saya ada banyak senarai yang Tuan Gary dan rakan yang sewaktu dengannya boleh gunakan untuk dijadikan alasan… hanya perlu tick’ alasan2 yang nak digunakan…….dan yang saya paling hairan ialah…apa kelulusan Gary serta kawan kawan yang menentang hukum Allah di dalam ni?

    Berapa buku saudara dah baca?
    Berapa hadis berkaitan yang saudara dah hafal?
    Apakah ilmu2 atau bidang pengajian yang saudara dah hadiri sampai sanggup MENGHALALKAN yang HARAM..?????

    Sebelum saudara minta sdr afyan bertaubat dan sebagainya, bukankah lebih baik saudara yang bertaubat, bersihkan rezeki, bagi anak bini makan yang halal, bagi mak bapak duit yang halal… kenapa nak bertekak perkara yang jelas HARAM..??? Sebab duit??? Duit dari siapa??? Rezeki dari siapa???

    Saudara Gary dan sesiapa sahaja yang masih mempersoalkan hukum insuran halal haram ini, TANYAKAN DIRI ANDA DENGAN JUJUR…..

    ADAKAH ANDA MENENTANG HUKUM INI KERANA $$$$$, ATAU KERANA ALLAH…?

    JAWAB SECARA JUJUR…

    Saudara tak menentang sehebat ini kalau komisyen saudara baru RM13.00..saya pasti saudara akan cuba cari kebenaran saudara afyan…

    Moga saudara dibukakan hati, sama sama bebaskan Malaysia dari insuran konvensional….buka minda, lapangkan dada….

    Reply
  30. Nak tanya….bagaimana status yg ambil polisi dr sykt konventional (khasnya sykt asalnya bkn dr Msia) yg kini sykt yg sama tlh dpt lesen Takaful. Ada kah polisi sy dahulu halal? Jika tdk perlukahbatal kan polisi tersebut sdgkan sy tlh sakit & pernah buat tuntutan. Adakah sykt tersebut membenarkan sy dgn secara automatik memindahkan polisi konvensional kpd polisi Takaful dr sykt yg sama? Jika sy tlh ada sakit, adakah sykt yg sama atau sykt Takaful menerima permohonan perlindungan Takaful terhadap sy? Harap2 sykt Takaful dpt menerima permohonan perlindungan sy tanpa syarat krn sy difahamkan sykt Takaful berdasarkan konsep tolong menolong & saling membantu. Mohon pencerahan dr yang arif.

    Reply
  31. assalamualaikum..saya ada beberapa soalan..

    1. Sy ada memegang polisi dibawah syarikat konvensional yg kini telah ada lesen takaful.Apakah hukum jika sy meneruskan polisi konvensional sy sedangkan syarikat yg sama telah ada lesen takaful?

    2. Bolehkah sy memindahkan polisi insurans kepada polisi takaful di syarikat yg sama tanpa merugikan caruman yg telah dibuat selama lebih 10 tahun?

    3. Sy pernah membuat tuntutan hospital disyarikat tersebut. adakah syarikat yg sama atau mana-mana syarikat takaful yg sanggup menerima risiko kesihatan sy? saya telah ada sakit..

    4. Jika sy memberhentikan polisi insuran sy(syarikat yg sama ada takaful) atau syarikat takaful yg lain boleh menerima risiko sy kerana sy telah ada penyakit. Sy difahamkan operasi syarikat takaful berdasarkan prinsip kerjasama & saling bantu membantu..

    sekian terima kasih

    Reply

Leave a Reply