Panduan Ringkas Memilih Medical Card

Panduan Ringkas Memilih Medical Card

Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan medical card, antaranya;

“Apa medical card paling bagus?”

“Medical syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada medical card Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”

“Apa beza Medical Card stand alone dengan medical card sebagai rider?”

Secara umumnya, untuk membuat perbandingan medical card, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan.

Dengan perbandingan adil ‘apple to apple’ perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.

Berikut adalah factor-faktor yang perlu diambil kira dalam perbandingan medical card.
A) FAKTOR PRODUK

  • Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza.,
  • Ko-takaful atau tidak – ada produk medical card yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
  • Sebagai rider atau stand alone – medical card sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.

B) FAKTOR PELANGGAN

  • Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga RM1juta?
  • Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan, tapi ada yang tidak.
  • Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada medical card daripada syarikat.

Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil.

Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW.

Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namun dengan mengambil faktor harga kereta, harga insurnas, harga roadtax, penggunaan petrol, kos penyelengaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW.

BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun, Kancil pun ada classnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan lain!

Jadi, kesimpulan yang boleh kami buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!


Baca juga Panduan Lengkap Memilih Medical Card

12 thoughts on “Panduan Ringkas Memilih Medical Card”

  1. bole buat kan quotation utk saya mengenai Medical card Takaful ikhlas sera benefit kad ini.
    Umur 39 tahun,tak merokok

    Reply
  2. adakah tuan juga merupakan ejen utk MXM..sbb skrg byk betul promotion diorg utk takaful ikhlas..katanya x payah jadi pure ejen insurans tetapi hany sekadar jual insurans dan komisen berlipat kali ganda..

    Reply
  3. Assalamu’alaikum Wrmbth, satu analogi yang menarik digunakan untuk membuat perbandingan antara medical card dipasaran. Menarik dan boleh diterima pakai.

    Persoalannya, medical card mana kereta kancil dan yang mana BMW? Nak buat perbandingan pun susah juga, lebih baik saya tanya terus pada ahlinya kan.

    2 mingu lepas laman web ni down. Terkejut juga sebab tak habis baca lagi kandungan laman web ini. Terima kasih tuan afyan. Banyak maklumat berguna tentang takaful

    Reply
  4. Assalamu’alaikum Wrmbth,

    Apa perkara penting yang perlu di bandingkan semasa memilih medical card yang sesuai? .

    Selalunya kedengaran isu selepas masuk hospital. Tak cover dan sebagainya.

    Reply
  5. Assalamu’alaikum WrmbthMedical card takaful anda untuk pelan individu atau keluarga? Saya bekerja sendiri di sektor perladangan. Jika ada yang cover keluarga, boleh hantarkan quotation untuk suami 29 isteri 30 dan anak 2

    Hantar ke emel ya untuk semakan saya. Saya sedang mencari wakil ejen takaful shah alam atau berdekatan. Jauh sangat susah nak tolong masa emergency. Tq

    Reply
  6. assalamualaikum….

    psl takaful ni mmg sy berminat..tapi,org kata kalo nk amik takaful,amik dengan agen dari kalangan sedara mara kita…sbb,yelahkan,pyh nak percayakan org….5 tahun pertama mungkinla agen selalu tanya khbr kita…sebab ada dpt benefit dari kita..tp lepas tu kalo ada mslh,nak claim pun pyh….

    Reply
  7. Assalammualaikum,

    Boleh minta panduan berapa banyak medical card yang ada di pasaran. Saya hanya mahu ambil medical card sahaja contohnya IMAT sahaja tanpa IST.

    Saya bersetuju dgn TI sebab polisi Hibah, IMAT & Tiada Co-Takaful.

    Reply

Leave a Reply