Takaful Hanya Untuk Orang Sihat

Satu perkara yang saya tak suka takaful, ia hanya untuk orang sihat.

Jika sudah ada penyakit dan baru nak apply takaful, takkan sama caruman dan coverage dgn orang yang sihat.

Sebab, takaful ialah entiti bisnes dan bukan badan kebajikan.

Apabila orang yang sakit diterima sebagai pelanggan tanpa sebarang perbezaan dengan orang sihat, kompeni akan mengalami risiko tabungan takaful berkurangan sebab orang sakit confirm-confirm akan claim.

Apabila claim tinggi, tabungan takaful akan berkurangan. Apabila tabungan berkurangan, kompeni takaful tak dapat lagi beroperasi dengan baik.

Jadi, bagi orang yang mempunyai penyakit ada beberapa kemungkinan

  1. Reject, permohonan ditolak terus sekiranya memang sedang mengalami penyakit kritikal dan penyakit-penyakit lain.
  2. Loading, diterima dgn bayaran tambahan. Contohnya kes berat badan yang tidak ideal.
  3. Exception, diterima dgn beberapa syarat dan pengecualian tambahan. Contohnya, kalau pelanggan dah ada penyakit asma, maka mereka tak dpt coverage utk penyakit tersebut.
  4. Loading + Exception. Kombinasi no 2 & 3.

Kesimpulannya:

Langgan takaful waktu sihat.

Ada takaful untuk orang sakit? Pasti tak sama terma dan syarat dengan polisi biasa.

Akhir sekali ia bergantung kpd underwiting syarikat.

Belajar ilmu kewangan di www.bukuBMW.com

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

 

Leave a Reply