Alhamdulillah, berita baik.
Berdasarkan notis dari Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) ini, semua operator takaful dan syarikat insurans di Malaysia akan memberi coverage bagi penyakit Novel Coronavirus kepada pemegang polisi.
WHO baru sahaja isytiharkan ia sebagai darurat kesihatan global.
Selalunya, dalam mana-mana polisi takaful kesihatan, wabak yang diisytiharkan darurat dikecualikan dari dilindungi.
Tapi dengan pengumuman ini, kita boleh menarik nafas lega.
Satu perkara yang perlu diambil perhatian, jika kes Coronavirus, pesakit akan terus dirujuk ke hospital kerajaan, bukan hospital swasta untuk tujuan kuarantin. Jika hospital kerajaan, selalunya tidak memerlukan kepada polisi medical card.
Apapun, perlu perlu rujuk kepada terma dan syarat setiap kompeni takaful dan insurans.
Tapi bagi yang tak langgan sebarang polisi, memang tak cover juga la. Atau pun jenis polisi yang masih dalam bentuk quotation yang belum tandatangan sebab nak fikir dulu dan nak bincang dengan isteri di rumah sejak 15 tahun dahulu dan apabila ejen mesej selalu reply dengan blue tick.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP