Berikut adalah tulisan dari FB Tuan Rashid Mohaimin mengenai persoalan yang sering timbul mengenai takaful
Takaful ni penting ke?
====================
Rejection biasa yang ejen takaful dapat bila jumpa prospek:
1. “Rilek la masih muda lagi…”
– Takaful paling baik diambil ketika muda. Caruman lebih rendah dengan tahap kesihatan yg optimum. Bila dah tua harga akan jadi mahal dan penyakit sedia ada tidak akan dilindungi.
2. “Duit tak cukup la.. banyak nk pakai…”
– Tetapkan perbelanjaan bulanan (makan, pakai, tempat tinggal, parking kereta dan sebagainya). Cuba semak semula jika ada kebocoran di mana-mana. Cekalkan hati untuk asingkan 5% daripada gaji khas untuk takaful. Kesihatan takkan kekal. Apabila ditimpa musibah belum pasti ada orang sudi tolong kita bayar bil hospital.
3. “Syarikat dah cover, buat apa nk ambil takaful lain??”
– Ya ada sesetengah syarikat cover tip-top untuk setiap pekerja. Tapi adakah kita akan kekal selamanya bekerja dengan syarikat tersebut? Adakah syarikat tersebut dijamin stabil sampai bila-bila? Adakah kita yakin performance kita mampu capai KPI syarikat tersebut?… Sediakan payung sebelum hujan..sediakan takaful sebelum diberhentikan kerja..
4. “Kalau ambil takaful tak dapat balik duit walaupun tak sakit…”
– Konsep takaful ialah sumbangan dalam erti kata membantu sesama ahli demi kebaikan bersama. Bukankah amal jariah ialah salah satu peninggalan anak Adam setelah meninggal dunia?
5. “Buang masa la nk kena isi borang, leceh…”
– Takaful sekarang dah pakai Ipad je, tak tahu ke? ??
Marilah bertakaful untuk kepentingan bersama.
Sekian,
Rashid
INFAQ Consultancy.
Dari FB Afyan Mat Rawi