Takaful Untuk Kakitangan Kerajaan

Tulisan di bawah adalah dari FB Tuan Aiman Zaki Salleh mengenai Takaful yang sesuai untuk kakitangan kerajaan.

Apa takaful yang sesuai untuk kakitangan kerajaan?

1. Takaful adalah perlindungan dari kematian awal/luar jangka, ketidakupayaan dan penyakit.

2. Tiada jaminan kakitangan awam boleh terkecuali dari 3 keadaan di atas.

3. Namun kakitangan awam boleh utamakan takaful perlindungan pendapatan berbanding takaful kad perubatan jika mahu-kerana kelebihan GL kerajaan di hospital awam.

4. Jika mahukan perlindungan tambahan untuk perubatan, kakitangan awam ada pilihan untuk pelan CUEPACSCARE ataupun MAKSAK yang lebih murah. Jangan pilih insurans, takaful itu fardhu.

5. Ini contoh klien saya hari ini. Kakitangan awam di Hospital Kuala Pilah. Wanita berkahwin 36 tahun. RM160 sebulan terima manfaat.

– Kematian Semulajadi/Kemalangan/Penyakit – RM200,000.00

– Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh Semulajadi/Kemalangan/Penyakit – RM200,000.00

– Perlindungan Penyakit Kritikal Komprehensif (Tahap AWAL) dan 36 Penyakit Kritikal (Tahap Akhir) – RM100,000.00

– Pengecualian Sumbangan sekiranya disahkan menghidap 36 penyakit kritikal.

– Tempoh sehingga umur 100 tahun dan boleh diHIBAHkan.

6. Ya agak mahal kerana caj tabaru’ yang meningkat kerana faktor umur. Manfaat yang sama seperti ini untuk wanita umur 31-35 tahun adalah seperti berikut

31 tahun – RM110
32 tahun – RM110
33 tahun – RM120
34 tahun – RM130
35 tahun – RM140

7. Yang penting untuk sign up takaful kena jaga CASHFLOW sebelum nak ambil dan selepas ambil takaful. Bayar takaful bukan macam bayar loan kereta atau loan rumah.

8. Ini sekadar cadangan. Keperluan dan kemampuan sebenar adalah bergantung pada sesi konsultansi secara berdepan. Saya tak buat konsultansi atas talian. Paling rendah dengan perlindungan RM200,000 boleh dapat RM42 sebulan. Banyak lagi boleh cadang. Kalau tak jumpa tak tahu mana yang sesuai.

9. Rujuk aimanzaki.com untuk lebih faham apa itu perlindungan pendapatan/income protection.

10. PM tepi untuk set temujanji bersama perunding INFAQ Consultancy paling kacak. Terus bagi cadangan tarikh, masa dan lokasi. Kena masa saya terus muncul.

http://aimanzaki.wasap.my

‘Rancang kewangan, ubah kehidupan’

Aiman Zaki Salleh,
X-gomen.

011-28088282

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply