Tiada Lagi Medical Card Full Cover?

Beberapa rakan pelanggan malah ada juga ejen yang bertanyakan saya tentang, berita yang mengatakan bahawa selepas 1 Julai tiada lagi medical card full cover.

Selepas diselidiki, sebenarnya ia hanya berlaku kepada satu syarikat sahaja.

Apabila ia berlaku pada syarikat berkenaan, tidaklah ia akan berlaku kepada syarikat-syarikat takaful lain sebab setiap syarikat ada pengurusan risiko dan dana masing-masing.

Lainlah jika ia peraturan baru yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia yang akan memberi kesan kepada semua syarikat takaful.

Contohnya, seperti penyelarasan jumlah penyakit kritikal kepada 36 jenis penyakit, ia diselaraskan oleh BNM. Sebelum itu, semua syarikat bebas menyenaraikan jumlah penyakit kritikal yang mereka lindungi. Ada 36, ada 40 dan ada 46 jenis penyakit. Tapi apabila BNM sudah mengeluarkan arahan untuk penyelarasan, semua syarikat wajib akur untuk letakkan 36 sahaja penyakit kritikal bagi mengelakkan kekeliruan.

Berbalik kepada perkembangan tiada lagi medical card full cover, ia hanya terkesan kepada satu syarikat sahaja. Bukan semua syarikat takaful yang mempunyai lebih 10 buah di Malaysia.

Ia mirip isu pemansuhan elaun hospital pada tahun 2015, diuar-uarkan bahawa sudah tidak ada lagi coverage elaun hospital ketika itu. Walhal ia hanya memberi kesan kepada kompeni berkenaan. Kompeni-kompeni lain tidak terkesan malah masih ada manfaat elaun hospital sehingga sekarang, 2018.

Sebenarnya ia berkaitan dengan pengurusan risiko sesuatu syarikat takaful menerima pembayaran sumbangan peserta takaful dan mengendalikan tabungan tersebut untuk tuntutan.

Sesetengah syarikat terpaksa mengetatkan proses permohonan dan proses claim adalah untuk mengawal dana tabung tabarruk yang dikumpul dari sumbangan peserta takaful.

Sebagai contoh, ada kes bagaimana ejen berpakat dengan klien dan doktor, untuk memalsukan laporan hospital untuk tujuan membuat tuntutan palsu.

Perkara itu “kantoi” apabila pihak syarikat melalui bahagian claim mereka perasan ada klien berkenaan akan masuk hospital setiap kali cuti sekolah. Hendak dijadikan cerita, pada satu kali pihak claim menerima report klien tersebut masuk hospital, terus mereka buat “spot-check” ke hospital berkenaan dan mendapati klien tiada di hospital!!!!

Bagi kes tersebut, claim yg dilakukan bukan oleh seorang tapi satu keluarga! Mereka sebenarnya pergi bercuti setiap kali cuti sekolah dan kemudian palsukan laporan kemasukan ke hospital. Jadi mereka bercuti menggunakan duit claim palsu menggunakan takaful. Kreatif kan?

Rujuk tulisan lama https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10214377241655598

Jadi, pemansuhan produk medical card dengan full coverage dan digantikan dengan medical card co-takaful adalah bertujuan untuk mengawal tuntutan. Bermakna, setiap kali kemasukan ke hospital, pelanggan perlu membuat sedikit bayaran minima. Jadi, pelanggan akan lebih berhati-hati untuk admit ke hospital.

Dari satu sudut, selalunya produk medical card yang ada ko-takaful lebih murah berbanding yang full coverage.
Namun dari sudut bisnes, produk tersebut agak sukar dipasarkan memandangkan mentaliti masyarakat melayu kita lebih gemarkan medical card yang full cover. Orang kita, kalau boleh, nak yang paling murah tapi nak manfaat yang paling besar. Baca http://afyan.com/medical-card-impian-orang-kita.html/

Dalam mana-mana syarikat, produk medical card adalah produk yang paling tinggi claim berbanding produk lain. Dan harga medical card sangat mudah untuk berlaku kenaikan apabila saban tahun kerana claim yang tinggi dan kos perubatan meningkat.

Secara peribadi, saya melanggan medical card dengan fokus kepada manfaat limit yang tinggi dan caruman yang rendah dengan membandingkan limit yang sama produk lain di pasaran. Ini produk medical card yang saya langgan. http://afyan.com/medicalcard-terbaik.html/

Apapun, harus diingat bahawa takaful bukan sekadar medical card. Jangan abaikan income protection. Ini sama penting dan sama utama dengan medical card. Untuk menjawab persoalan mana yang lebih penting, rujuk http://afyan.com/antara-medical-card-dengan-income-protect…/

Afyan Mat Rawi,
Ejen cabuk

(Klik follow dan see first. Jangan lupa sertai Channel Telegram t.me/tipsRM)

Wassalam.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply