Dipetik dari FB Ajian Kamarudin
Teringat..
Dulu masa mula-mula berkerja. Sangat muda dan kacak lagi masa tu.
Rakan-rakan ada bagi nasihat. Apply lah Kad Kredit.
Nanti senang kata mereka. Kalau ada apa-apa kecemasan boleh guna dulu kad kredit.
Saya percaya dengan nasihat mereka.
Memang mudah. Bila tengah bulan jalan-jalan di kompleks, tiba-tiba terjumpa jualan murah terus swipe kad kredit je.
Sekarang baru saya tahu kalau nak buat persediaan jika ada kecemasan, perlu buat simpanan.
Bila baru berkerja. Masa belum ada banyak komitmen, kita kena siapkan simpanan sebanyak mungkin.
Sebaik-baiknya kena ada antara tiga hingga enam bulan gaji. Lebih pun tak apa. Lagi bagus.
Jika ada kecemasan seperti anak sakit, kereta rosak, paip bocor, dompet kena curi dan sebagainya bolehlah kita gunakan dana dari simpanan kita tersebut.
Barulah kecemasan sebenar namanya.
Bukan kecemasan nak beli baju baru.
Rasionalnya perlu dana simpanan antara tiga ke enam bulan gaji ialah, kita kena fikirkan the worse scenario.
Katakan tiba-tiba kita diberhentikan kerja atau syarikat tempat kita berkerja terpaksa menutup operasi. Maka, kita masih boleh survive lagi untuk beberapa bulan sementara nak dapat kerja baru.
Atau pun bila tiba-tiba berlaku PKP macam baru-baru ni. Kan susah kalau tak ada simpanan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi