Usah Bicara Soal Pelaburan Berjuta-juta Jika Tidak Mampu Memulakan Simpanan

simpanan

Orang yang tidak mampu membuat SIMPANAN dengan baik, tidak akan mampu membuat PELABURAN dengan baik.

Ibarat menunggang motosikal dan menunggang basikal.

Orang yang tidak biasa menunggang basikal, tentu lebih sukar untuk menunggang motosikal berbanding dengan orang yang sudah biasa menunggang basikal.

Menaiki motosikal lebih cepat sampai berbanding menaiki basikal. Tapi ia mempunyai kos dan risiko yang lebih tinggi berbanding menaiki basikal.

Begitu juga dengan pelaburan.

Pelaburan

Pelaburan menjanjikan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan.

Melabur lebih sukar dan susah berbanding menyimpan. Pelaburan ada kos dan risiko, tapi simpanan tiada sebarang kos dan risiko.

Jika tidak berdisiplin menyimpan tentu sukar sekali untuk membuat pelaburan.

Orang yang tidak ada tabiat menyimpan yang baik, mudah terpengaruh dengan skim-skim mengarut.

Umpama orang yang tidak pernah menunggang basikal, tiba-tiba terus bawa motosikal masuk highway. Akibatnya? Tersontot dan tersakiti.

Sebab itu banyak kes orang yang tidak berdisiplin menyimpan tapi boleh tersontot berpuluh-puluh ribu malah beratus-ratus ribu RM.

Bagaimana mereka boleh ada duit sebanyak itu? Melalui pinjaman peribadi dan kemudian melabur dalam skim sontot.

 

Simpanan

SIMPANAN merupakan asas dalam pengurusan kewangan.

Usah bicara soal PELABURAN berjuta-juta jika tidak mampu memulakan SIMPANAN seratus sebulan.

Orang yang kena scam ialah orang tidak bijak kewangan yang tersakiti.

 

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply