Setiap kali Ramadhan saya akan terkenang perjalanan hidup saya.
Sebab, kehidupan saya yang sebenar bermula pada bulan Ramadhan tahun 2003, sebaik sahaja grad dari UIA.
Ketita itu saya layak dikategorikan sebagai asnaf zakat.
Ya. Saya pernah menjadi asnaf zakat. Saya tahu betapa peritnya menjadi asnaf zakat (selain asnaf zakat sebagai pelajar).
Menganggap asnaf zakat pemalas atau tidak mahu berusaha adalah satu sangka buruk dan penghinaan kepada asnaf zakat. Ia soal rezeki.
Ketika itu saya baru sahaja grad dan mula berjinak-jinak berniaga.
Sebaik sahaja saya grad, saya cuba-cuba berniaga dan hasil awal sangat-sangat tidak membanggakan sehingga layak menerima zakat. Ini pernah saya kongsikan di dalam artikel yang diterbitkan oleh MajalahNiaga.com bertajuk “Haluan Yang Berbeza”.
Sewaktu itu saya tinggal menumpang (merempat) di sebuah markaz. Tinggi sedikit kedudukan daripada hidup gelandangan, hehe..
Alhamdulillah, dengan sokongan beberapa pembayar zakat, dalam masa beberapa tahun saya dapat keluar daripada status asnaf kepada pembayar zakat.
Dalam zaman asnaf, memang perit. Berniaga kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi.
Sehinggalah saya serius dalam bidang yang saya ceburi ini dan mendapat pulangan yang lumayan, memungkinkan saya upgarade diri ini daripada status asnaf zakat kepada pembayar zakat.
Oh ya, ketika itu saya menerima zakat terus daripada pembayar zakat individu, bukan daripada pusat zakat. Saya tidak memohon kepada pusat zakat atas faktor individu, bukan kerana pusat zakat tidak berfungsi dengan baik.
Ia adalah faktor peribadi dan tidak ada kaitan dengan tanggapan bahawa pusat zakat tidak menjalankan tugas. Saya kira ramai lagi yang lebih susah, fakir, miskin dan memerlukan daripada saya yang mempunyai sijil ijazah tapi memilih hidup bersusah melalui berniaga.
Alhamdulillah, dalam masa beberapa tahun saya dapat melepaskini diri dari status asnaf dan tidak perlu lagi mengharap wang zakat, seterusnya menjadi pembayar zakat apabila berrkelayakan.
Dan kini, saya lebih selesa membayar zakat secar terus kepada asnaf.
Saya kira ia lebih tenang kerana dapat menjaga niat supaya tidak mengharapkan duit zakat yang dibayar dapat mengelakan diri dari cukai.
ya allah..terkesan…saya juga perlu baharui niat..bayar zakat untuk dapat pelepasan cukai ;-((
tolong kupas lebih lanjut pasal ni, tuan.
jazakkallah..
Dari sudut syarak, tiada masalah insyaALLAH.
Zakat tetap sah 🙂