Ini adalah tips-tip tambahan ketika membuat laporan polis selepas terlibat di dalam kemalangan. Seeloknya, ia dibaca bersama 3 tulisan saya sebelum ini yang bertajuk: Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans:
1. Bahagian 1: http://afyan.com/ver1/?p=858
2. Bahagian 2: http://afyan.com/ver1/?p=869
3. Bahagian 3: http://afyan.com/ver1/?p=890
Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.
- Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, apabila mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya, akan membawa kepada implikasi saman
- Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
- Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
- Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
- Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah! 🙂
Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak
- Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai “yang dilanggar†dan kenderaan di belakang sebagai “yang melanggarâ€, kecuali dibuktikan sebaliknya
- Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana “bersalah†melanggar kenderaan hadapan.
- Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang “bersalah†adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati “bersalahâ€, kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Maka, “pihak yang bersalah†akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
- Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!
Kisah Benar 1:
Ibu saya mengalami kemalangan, dan membuat laporan polis. Ketika laporan polis dibuat ibu saya mengatakan bahawa ia berpunca daripada mengantuk. Namun pegawai yang menerima laporan tersebut mengesyorkan agar tidak dinyatakan perihal mengantuk. Maka dengan bantuan polis yang baik hati tersebut, maka laporan polis tersebut tertulislah kemalangan kerana “kambing melintas jalanâ€. Maka terselamatlah ibu saya daripada disaman.
(Nota; Tuntutan insurans tidak boleh dibuat ke atas kambing ataupun pemilik kambing)
Kisah Benar 2:
Seorang pemilik kenderaan mengalama kemalangan. Kemudian apabila dilaporka kepada polis lalu mengatakan bahawa dia mengantuk ketika memandu. Lantas, tanpa banyak soal polis tersebut mengeluarkan saman maksimum. Disebabkan perkara tersebut, dia tidak layak membuat tuntutan daripada pihak insurans.
Nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kemalangan, kemudian disaman pula. Selepas ditimpa tangga, terkena pula tahi ayam. Selepas dikenakan saman, dia tidak layak pula membuat tuntutan insurans dan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kenderaan yang kemalangan.
(Nota; Sebarang pengakuan kesilapan diri sendiri atas sesuatu kemalangan, akan membawa implikasi saman)
Kisah Benar 3
Seorang pelanggan saya mengalami kemalangan. Di membawa kereta dan terlanggar sebuah motosikal atas kecuaian penuggang motosikal membuat pusingan U-Turn. Kedua-duannya membuat laporan polis, dan penuggang motosikal mengaku bersalah. Maka, polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motorsikal.
(Nota; Sebenarnya dalam situasi di atas, sekiranya pemilik motosikal tidak mengaku bersalah, maka pemilik kereta mesti membuktikannya. Tapi selalunya amat sukar untuk membuktikan keadaan itu)
Kisah Benar 4
Seorang peguam mengalami kemalangan jalan raya tetapi di tidak mengaku bersalah. Polis mengeluarkan saman, dan dia enggan menerimanya atas alasan dia tidak bersalah. Beberapa bulan selepas itu, apabila dia memperbaharuinya cukai kenderaannya dengan saya, didapati namanya disenaraihitamkan oleh polis. Rupa-rupanya dia dikenakan saman sebanyak RM 600 atas dua saman. Saman pertama kerana menjadi punca kemalangan. Saman kedua kerana tidak mahu menerima saman pertama.
(Nota; Ini kira tak makan saman la…)
Salam,
Ni kira tipu sunat ke saudara afyan, dalam kes mengantuk tu?
Afandi
Assalamualaikum wa rahmatullah…
Ana tweet-kan post ni kat twitter dan masuk dalam FB. Dan ada satu komen yang perlu dikongsi di sini.
?? ????? ???? ??? ???? ? ??? ???? ???? ??? ????? ? ??? ????? ????? ??? ???? ????? ? ??? ????? ???? ??? ?????? ? ??? ?????? ???? ??? ????? ? ??? ????? ????? ? ??? ???? ??? ???? ????? .
maksud hadis lebih kurang begini:
“Sesungguhnya kebenaran itu memberi petunjuk kepada kebaikan dan kebaikan akan memberi petunjuk ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu sentiasa benar hingga dia ditetapkan (di sisi Allah) sebagai orang yang benar. Dan sesungguhnya dusta itu memberi petunjuk kepada kekejian dan kekejian itu memberi petunjuk kepada neraka. Sesungguhnya seseorang sentiasa dusta hingga dia ditetapkan sebagai pendusta di sisi Allah.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Ya, setuju!
Saya meng’edit’ sedikit entri saya di atas bagi mengelakkan ia ditafsirkan saya mengajar ‘tipu sunat’ atau ‘menipu’.
Terima kasih semua!
Assalammualaikum,
Afyan,
Baru-baru ni, isteri saya telah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan tersebut terjadi apabila seorg penunggang motosikal melanggar belakang kereta isteri saya yang sedang berhenti di tepi jalan (krn masalah teknikal pada kereta). Penunggang itu patah tgn dan isteri saya sendiri yang menghantarnya ke hospital. Kerana kerosakkan belakang kereta yang amat teruk dan mungkin sukar bagi penunggang itu untuk menggantikannya, jadi isteri saya bersetuju untuk membuat laporan polis dan akan ‘claim’ under third party. Tetapi, penunggang tersebut telah membuat laporan palsu dgn menyatakan isteri saya tiba2 keluar dari bahu jalan dan menyebabkan penunggang itu melanggar keretanya. Saya menelifon penunggang tersebut dan penunggang tersebut mengaku ada seseorg menyuruhnya berbuat demikian. Jadi isteri saya hanya boleh claim under OD (Own Damage) yang akan menyebabkan NCD dipotong.
Adakah apa2 cara untuk isteri saya claim tanpa NCD dipotong?
Terima kasih.
@ Hafizi,
Jika begitu, seeloknaya isteri Tuan membuat laporan polis terhadap perkara tersebut. Kes di atas jika dibiarkan akan menyebabkan isteri Tuan akan disaman dan boleh dibawa ke mahkamah sekiranya hanya berpandukan kepada laporan palsu tersebut.
Berdasarkan situasi kerosakan kereta tersebut, saya kira ia akan berpihak kepada isteri Tuan kerana kerosakan di belakang kereta, dan bukan di hadapan.
Jika ia sudah berlaku selepas 24 jam, agak sedikit sukar proses tersebut.
Ataupun cuba berunding balik dengan penunggang motor tersebut untuk menarik balik laporan polis beliau
saya telah mengalami kemalangan jalan raya.saya menaiki moto. ini terjadi apabila saya nak keluar simpang. sebaik saja saya keluar simpang, ada motor laju dan terus langgar saya.walau pa pe pun, salah saya kerana saya tidak melihat moto itu dengan jelas. jadi, orang itu mengalami kecederaan. dalam kes polis, ayah saya, tidak membabitkan nama saya. kerana saya berlesen “p”. jadi, ayah saya meletakkan namanya. ayah saya sudah pun membayar duit saman. akan tetapi, beberapa hari yang lalu, ayah saya menerima surat untuk ke mahkamah pada bulan yang akan datang. saya takut orang yang saya langgar itu menuntut ganti rugi yang melampau. jadi, apa yang saya perlu buat sekarang ni?
Kepada En/Puan Niniel,
Sebaiknya terus sahaja ke mahkamah untuk mendapatkan penjelasan.
Sekiranya terdapat tuntutan, ia akan dibayar oleh syarikat takaful/insurans motor tersebut, bukan pemilik mmotor.
Ia adalah prosedur biasa apabila kemalangan yang melibatkan kecederaan fizikal.
Usah bimbang tentang tuntutan melampau.
terima kasih atas nasihat.
tetapi ayah saya membabitkan namanya walaupun saya yang melanggar orang tu. ayah saya membabitkan namanya setelah mendapat persetujuan dari pihak yang saya langgar. persoalan saya, adakah pihak yang saya langgar itu akan mengatakan saya yang melanggar? nanti peguam pening lak, sebab saya yang langgar, tapi di dalam keterangan, ayah yang langgar.
seperkara lagi, apabila kes ini membabitkan mahkamah, adakah lesen ayah saya digantung?
Oh, kalau begitu kena dapatkan nasihat daripada pihak peguam.
Saya agak kurang arif dalam situasi seperti itu.
Jika ingin teruskan juga, ayah kena mengaku sahaja, atau mengubah pengakuan.
Cuba berbincang dengan pihak satu lagi.
slm. kwn saya terlanggar sebuah kereta di hadapan kerana kereta d hadapan brek secara mengejut. kereta itu pula terus meninggalkan kwasan kemalangan dan membuat aduan polis tanpa berunding dengan kawan saya. kawan sya pula mendapat nasihat dari rakannya untuk memalsukan punca kemalangan (mengelak anjing melintas, lalu terbabas ke longkang), jadi kerosakan ditanggung oleh insurans. sekiranya kereta yang membuat aduan polis itu mengecam plat kereta kawan saya dan meminta insurans kawan saya untuk menanggung kerugian keretanya, adakah kawan saya akan dikenakan apa2 tindakan undang2 oleh syarikat insurans tersebut?
Berdasarkan situasi tersebut, umunya pihak yang melanggar akan dikenakan sama, serta NCD akan ditarik balik menjadi 0%
salam…ingin bertanya….saya dh buntu…
baru2 ni kereta saya di langgar belakang oleh motorsikal…..jenis kawasaki 250….
memang teruk belakang kereta saya….
persoalan saya…
adakah kos baik pulih saya boleh ditanggung oleh insurans motor yang melanggar belakang kereta saya tu….
saya ada menelefon pihak insuran saya…mereka berkata memang tidak boleh tuntut insurans dari pihak motorsikal tersebut……hanya boleh tuntut guna insurans sendiri….ini boleh menyebabkan ncb saya hilang…
saya menjadi bingung dan rasa tidak puas ati atas pekara ini…..
sahabat2 saya disini ada yang boleh bantu saya dengan beri pendapat….
tima kasih….
Assalamualaikum En Afyan,
Saya ingin bertanya, baru-baru ni saya kemalangan, ada sebuah kereta melanggar saya dari tepi sebelah kiri kerana kami memasuki simpang yang sama. tapi simpang 3 itu mempunyai susur tepi untuk org dari arah bertentangan dengan saya membelok.pihak tersebut ingin setel dan membayar perbelanjaan membaiki kereta tapi perlu di buat di bengkel yang mereka selalu pergi…tapi, disebabkan kereta tersebut adalah kereta tunang saya, dan dia tiada semasa kejadian, tunang telah membawa saya untuk membuat laporan polis kerana takut pihak tersebut menipu. Dan saya juga telah memberitahu pihak tersebut untuk membuat report juga… tapi pihak tersebut tidak membuat repot polis hingga tamat tempoh 24 jam…dan kes saya juga masih KIV kerana pihak tersebut tidak membuat laporan, dan polis penyiasat mengatakan berkemungkinan saya membuat laporan tipu. Tolong lah saya Encik Afyan, apa yang patut saya buat sekarang. Apa tindakan polis sekiranya pihak tersebut tidak membuat repot. Apa kah pula tindakan yang dikenakan ke atas saya. Bagaimana saya ingin membaiki kerosakan kereta saya sekiranya pihak polis mengatakan ianya salah saya…
kerana pihak tersebut hingga ke hari ini tidak menghubungi saya langsung…
salam..anak kawan saya telah dilanggar kereta semasa pulang dari sekolah..kawan saya ingin membuat tuntutan insurans keatas kereta tersebut. Tetapi orang yang melanggar memaksa untuk memberikan 50%-75% tuntutan berkenaan kepadanya dengan alasan dia tidak bersalah semasa melanggar kanak- kanak berkenaan..Soalannya, adakah patut kawan saya menyerahkan wang tuntutan berkenaan kepada pemandu tersebut dan apakah tindakan yang boleh diambil untuk menghalang daripada berbuat demikian kerana pemandu itu mengatakan jika terpaksa melawan di mahkamah beliau yakin akan menang kes..
Tidak patut.
Beliau takkan menang kes ini.
Saya mengalami kemalangan pada 3/3/2014 di highway mhala ke utara..saya berada di laluan tengah,dihadapan saya tdapar sebuah kenderaan dan dhadapan knderaan trsebut tdapat kenderaan yg mgalami kerosakan tetapi tidak diletakkan kon or lampu isyarat pada kenderaan yg rosak itu.kenderaan dhadapan dpt mgelak dh masuk k line kanan tpi saya tidak dapat mgelak kerana tdapat kenderaan lain d kiri dan kanan saya.semasa dtempat kejadian pemandu kenderaan tsebut ada mgatakan kenderaan dia hampir break down dan dia ingin himpit ke kiri tpi bila buat report dia mgatakan saya tiba2 mlanggar dia dan dia lgsg x ckp psl kete dia yg rosak tue..kenapa ye ada manusia yg jenis busuk hati sggup mgada2 kn cerita hanya utk mlepaskan tekak sndiri..kereta saya mgalami krosakan d bahagian kiri hadapan kereta..knapa polis trafik nie jenis tgk kete,trus wat andaian dan ckp sy slh 100% dan saya dsaman..knapa x g siasat betul k kenderaan tue masih okey masa d atas jalan..tgk keadaan fizikal dh tau kete tue uzur dh mmg akan ada masalah enjin tpi tetap xnk terima pakai ckp org or org tue dh byr polis trafik tue?..kalo hidup ddunia hanya tau guna cable,mulut manis bbicara so dh mgaburi mata tok mjalankan tugas dgn b’integriti..saya sedih dperlakukan begini hanya kerana saya wanita dia nk slh kn 100%..sedih dgn polis trafik mcm nie..
Saya nak tanya pendapat..kawan saya xde lesen motosikal..ade orang langgar dia n orang yg langgar tu injurt..kawan saya buat laporan dilanggar tetapi orang yg dilanggar telah hantar surat peguam utk bayar ganti rugi 7k..macamane ye??kesian kawan saya ni..
salam. saya ingin bertanya, kawan saya meminjam motosikal saya di dalam u dan mengalami kemalangan (tidak melibatkan pihak lain) kerana terlanggar tebing. Namun dia memerlukan report polis untuk claim insuran u. jadi, adakah saya sbg owner moto perlu terlibat dalam report polis? sebab saya tidak mahu ibu bapa terlibat dalam hal ini.
Assalamualaikum , saya ingin memberi satu situasi . Ini terjadi kepada rakan saya, dia telah melanggar lampu isyarat di round board dan melanggar seorang auntie tua yang baru hendak bejalan kerana traffic light sudah hijau . apabila dibuat aduan di polis trafik, didapati kawan saya telah bersalah kerana melanggar auntie tersebut sehingga kakinya patah dan melanggar lampu isyarat . kini auntie tu telah dirawat di sebuah hospital . apakah tindakan atau denda yang boleh dikenakan kepada kawan saya . harap tuan dapat memberi kerjasama mengulaskan permasalahan kawan saya . terima kasih
Penulis,
Saya terlibat kemalangan motosikal khamis 3july,Saya langgar motosikal depan sebab ade motor besar himpit saya dari tepi dilaluan motor, tapi masih belom lodge polis report.
Antara sebab nye collar bone saya fractured dan tissue pipi terkoyak sampai muka bengkak. Saya tinggal rumah sewa kene minta tolong kawan serumah masa diorg free.
Inspektor polis di tempat kejadian ada call saya minta buat report tapi kawasan balai polis saya eksiden agak jauh dari tempat tinggal dan saya susah nak bergerak sbb bahu kiri berdenyut bila bergerak bnyak. Pagi tadi saya da ok dan nak buat laporan tapi inspektor tu suruh datang besok sebab dia tiada di balai.
Saya takot claim insurans akan susah.
Apa yg patut saya masukkan dalam polis report besok?
Assalamualaikum.
Jika accident kereta melanggar pokok dan kereta itu total lost, nak claim insurans takaful lesen mati 1minggu. Adakah pihak takaful bertolak angsur?
Tuan afyan,
Saya baru mengalami kemalangan 15/9/14 dimana kereta sy dilanggar dr belakang. sy telah membuat laporan polis dan pemilik yang melanggar kereta saya masih belum membuat laporan polis. Skrg hanya saya yang membuat laporan. Hasil siasatan awal polis, cukai jalan kereta tersebut telah tamat pada 6/9/14 dan ini menyebabkan saya tidak boleh claim insuran dia walaupun pemilik tersebut membuat laporan.
saya mohon pandangan tuan afyan untuk langkah yang seterusnya supaya saya dapat claim kerosakan kepada pemilik kereta itu.