8 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Ambil Takaful

Sekarang, kesedaran untuk mengambil takaful hayat atau takaful medical card sudah makin meningkat. Mungkin kerana tahap pendidikan zaman sekarang sudah makin tinggi, dan pertambahan bilangan agen takaful juga sudah makin ramai.

Jadi ramai pihak yang bercerita mengenai kepentingan takaful.

Jika ditanya dalam ofis, 1 daripada 3 rakan pasti sudah ada plan takaful sama ada untuk diri sendiri atau juga untuk satu famili.

Walau bagaimanapun, menurut Malaysian Takaful Association (MTA) jumlah caruman yang dimiliki oleh kebanyakan pencarum takaful adalah di bawah standard perlindungan yang sepatutnya.

Rata-rata pencarum memiliki perlindungan kewangan selama 1 tahun gaji sahaja. Sepatutnya kita perlu ada perlindungan kewangan selama 10 tahun gaji.

Baca lanjut mengenai perlindungan kewangan di sini.

Ramai agen takaful hanya berfungsi sebagai jurujual. Sepatutnya agen takaful berfungsi sebagai pembimbing atau pembantu kita untuk merangka pelan takaful yang betul.

Kami senaraikan 8 perkara yang perlu kita tahu sebelum kita carum takaful.

1. Ada banyak produk untuk keperluan berbeza

Ada pelbagai jenis produk di bawah satu payung syarikat takaful. Dan ia dipanggil sebagai rider.

Ada rider untuk wanita, rider kemalangan, rider critical illness, rider medical card dan pelbagai lagi.

Sekarang ada pula yang promo hibah takaful. Ini sebenarnya bukan produk tetapi boleh diambil menggunakan produk investment linked atau term.

Setiap satu direka untuk memenuhi keperluan berbeza. Pilih mana yang kita perlu sahaja.

2. Anda perlu melalui proses application

Selepas bertemu agen, permohonan anda akan diproses untuk menentukan samada syarikat takaful ingin menerima atau menolak anda sebagai pencarum.

Jika anda ada masalah kesihatan yang besar sebelum ini, anda wajib beritahu supaya tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari.

3. Bukan semua orang akan diterima

Ya, mereka yang sudah ada masalah kesihatan yang besar sebelum ini berkemungkinan besar juga permohonan mereka bakal ditolak.

4. Tugas agen hanya bimbing kita untuk memilih pelan takaful

Tugas agen hanyalah membantu kita memilih pelan takaful terbaik spesifik mengikut keperluan untuk diri kita.

Selepas itu, sebarang urusan kita boleh terus hubungi syarikat takaful.

5. Income Protection atau Takaful Medical Card?

Jika kita tahu lagi 3 bulan kita bakal menghidap penyakit merbahaya, maka medical card adalah pilihan terbaik. Begitu juga jika kita tahu lagi sebulan kita bakal mati, maka Income Protection adalah paling baik.

Tetapi sudah tentu kita tidak tahu.

Cara paling selamat sekiranya kita adalah penyara keluarga, maka utamakan Income Protection. Jika ada bajet lebih barulah lihat kepada keperluan Medical Card.

6. Baca polisi

Polisi adalah dokumen rasmi yang lengkap mengenai apa yang kita dilindungi dan apa yang tidak.

Jangan percaya pada agen bulat-bulat.

Kena tahu apa itu hibah takaful, apa yang medical card cover.

7. Berapa kerap saya perlu review polisi?

Jika boleh kita review setiap 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun, gaji kita juga sudah naik maka keperluan kewangan kita juga sudah berubah.

Sebagai contoh hari ini kita bina plan Income Protection sewaktu gaji RM3,000. Lagi 5 tahun mungkin gaji sudah naik RM5,000. Maka plan Income Protection juga berubah.

Malah kadar Room & Board untuk medical card juga berubah. Kalau 5 tahun dulu RM100 sudah cukup untuk dapatkan bilik di hospital swasta. Sekarang RM150 baru dapat bilik.

8. Anda ambil insurans atau takaful?

Industri takaful baru saja meningkat di Malaysia dengan penawaran produk yang sudah lebih baik daripada produk insurans.

Pastinya ada beza antara insurans dengan takaful (islamic insurance). Ia bukan sekadar cop islamik sahaja. Malah cara produk dibuat dan segala aqad yang ada semuanya dibuat berlandaskan hukum syarak.

10 tahun sebelum ini masih ramai agen muslim yang promosi insurans konvensional. Jadi elok tuan semak polisi adakah polisi tuan itu polisi insurans konvensional atau polisi takaful?


Adakah tuan mencari perlindungan takaful untuk Income Protection? Baca terus di sini –> Ikhlas Link Secure Takaful

Atau tuan mencari takaful medical card untuk anak serendah RM93 sebulan? Baca terus di sini –> Medisavers Takaful

Leave a Reply