Tiga Abdul dan Faraid : Ilmu Yang Semakin Dilupakan

www.afyan.com

Ketika saya belajar di UIAM suatu ketika dahulu, salah satu subjek yang dipelajari adalah ”Probate and Sucession”. Subjek ini mengajar tentang proses pentadbiran dan pewarisan harta pusaka untuk orang Islam dan bukan Islam.

Subjek ini diajar di dalam dua semester atau setahun, bersama subjek-subjek lain.

Dalam subjek ini, saya belajar satu hadith Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, yang bermaksud; “Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”.

Pada waktu itu, saya tidak berapa jelas akan maksud kata-kata Rasulullah“…yang mula-mula dicabut dari umatku”.

Apa yang diterangkan oleh pensyarah saya maksud hadith Nabi tersebut, ialah sekarang proses pengiraan faraid dilakukan menggunakan kalkulator khusus. Jadi, proses pengiraan tidak dilakukan secara kiraan manual. Semuanya menggunakan kalkulator. Maka, sekarang orang Islam sudah tidak lagi mempelajari ilmu perkiraan untuk mengira bahagian-bahagian hak ahli waris.

Kini, selepas kira-kira 6 tahun graduate, dan berkecimpung di dalam bidang perundingan takaful dan kewangan Islam, barulah saya nampak kebenaran kata-kata Rasulullah tadi.

(Nota: Siapa kata kalau hendak menjadi ejen takaful, tidak perlu belajar tinggi-tinggi?)

Kalu kita tengok dram-drama dan filem-filem Melayu yang mengisahkan cerita tentang perebutan harta pusaka, semuanya membelakangi keperluan ilmu faraid. Dalam musim raya baru-baru ini pun saya terperasan beberapa drama dan filem yang mempunyai konflik perebutan harta pusaka, tetapi saya tidak ingat apakah tajuknya.

3 abdul

Tiga Abdul dan Faraid

Malah, jika kita lihat cerita-cerita P. Ramli yang mengisahkan perihal harta pusaka, turut berlaku perkara yang sama. Contohnya di dalam filem Tiga Abdul.

Di dalam cerita tersebut, sebenarnya ketiga-tiga Abdul memiliki hak yang sama ke atas harta ayah mereka Ismet Ulam Raja. Baik harta di dalam Isketambola dan di luar Isketambola.

Di dalam cerita tersebut, Abdul Wahab selaku anak sulung membahagi harta-harta Ismet Ulam Raja yang berada di dalam Isketambola secara “demokrasi terpimpin”.  Dia mendapat segala estet-estet, kebun-kebun dan tanah-tanah yang bernilai 5 juta pound sterling, manakala adik kedua Abdul Wahib pula mendapat segala wang di dalam bank-bank Ismet Ulam Raja yang berjumlah 4 juta pond sterling. Manakala adik bongsu mereka Abdul Wahub pula hanya mendapat rumah pusaka “yang hampir hendak roboh”.

Ia menimbulkan konflik kerana ketidakadilan yang dilakukan oleh pemegang amanah, iaitu Abdul Wahab. Lantaran itu, Abdul Wahub mengambil keputusan memutuskan persaudaraan dengan mereka berdua.

Jika faraid digunakan, ketiga-tiga Abdul tidak perlu putus saudara. Peguam si mati, Sulaiman Akhlaken patut memainkan peranan dalam hal ini.

Apapun, ia sekadar cerita jenaka. Mungkin yang tersirat di sebalik itu, P.Ramlee ingin mengingatkan kita tentang keperluan ilmu faraid.

Hikmah Faraid

Di dalam satu kursus penerangan tentang harta pusaka, seorang bukan Islam memuji konsep faraid ini di dalam Islam, kerana ia memberi keadilan kepada para isteri.

Dia memberi contoh tentang seorang suami yang bermain kayu tiga, dan mewasiatkan keseluruhan hartanya kepada perempuan simpanan tersebut. Selepas lelaki itu mati, isteri dan anak-anak lelaki itu tidak mendapat satu sen pun daripada harta suami dan ayah mereka.

Di dalam Islam, ia tidak akan berlaku sama sekali. Seandainya berlaku kes seperti tadi, isteri atau anak-anak boleh mencabar kesahihan wasiat tadi, dan faraid akan sah.

(bersambung…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Yati says

    Salam Saudara Afyan,

    Bagaimana dengan harta yang dimiliki oleh isteri yang sedang menuntut perceraian dari suami? Adakah sekiranya isteri tersebut meninggal semasa proces perceraian dijalankan, si suami berhak untuk menuntut harta si isteri ini? Contoh harta ialah seperti harta pusaka, wang EPF, wang insurans, rumah + kereta + semua kelengkapan rumah (yang juga dibeli oleh si isteri tanpa bantuan si suami walau sesen pun). Bagaimana dengan hak abang kepada isteri dan saudara sebelah isteri atau suami? Boleh kah si isteri itu sendiri menetapkan pada siapa untuk diberi atau dihadiahkan semua harta-harta si isteri sekiranya berlaku kematian pada si isteri contohnya kepada badan-badan kebajikan atau rumah anak-anak yatim? Kalau boleh, bagaimana kah cara atau kaedah yang perlu di lakukan?

    Pandangan dan nasihat saudara Afyan amat dihargai.

  2. says

    Salam,

    Ilmu faraid ini amat penting untuk memastikan pembahagian harta pusaka secara betul, kalau tidak, ada yang termakan harta orang lain secara tidak halal nanti.
    Juga untuk buat wasiat bagi tujuan amal jariah atau untuk bukan pewaris.
    Yang paling penting adanya wasiat dibuat sebelum mati, dengan pengurus pusaka berdaftar, agar cepat harta tersebut diserahkan kepada yang berhak, terutama anaik isteri.

    Boleh mengelakkan naik turun court nanti

  3. Yati says

    Salam Saudara Afandi,

    Terima kasih kerana membalas email saya. Tetapi sepengetahuan saya yang cetek ni, sesebuah wasiat hanya boleh dibuat oleh kaum lelaki kepada isteri atau anak atau ibu bapa atau sesiapa juga mengikut pembahagian harta secara faraid. Tetapi, pertanyaan saya adalah sekiranya seorang perempuan yang ingin untuk membuat wasiat ke atas harta yang dimiliki oleh nya seperti apa yang saya utarakan di email saya. Harap saya mendapat penjelasan yang sewajarnya.

    Wassallam,
    Yati

  4. says

    Salam Pn Yati,

    Harta tersebut tertakluk kepada harta sepencarian.

    Sekiranya harta tersebut milik penuh puan, boleh masukkan dalam dokumen wasiat untuk tujuan amal jariah (1/3 max)

    Bagi memberi harta tersebut semasa hidup, boleh guna Hibah, yang mana hak milik akan bertukar apabila kita meninggal, dan harta tersebut tidak lagi tertakluk kepada pembahagian secara faraid.

  5. says

    Terima kasih kepada Tuan Afandi yang menjawab soalan yang dikemukakan oleh Puan Yati.

    Saya cuba memberi respon kepada soalan yang dikemukakan oelh Puan Yati tadi;

    1)
    “Bagaimana dengan harta yang dimiliki oleh isteri yang sedang menuntut perceraian dari suami? Adakah sekiranya isteri tersebut meninggal semasa proces perceraian dijalankan, si suami berhak untuk menuntut harta si isteri ini?”

    Setakat ilmu cetek yang saya ada, apabila si isteri meninggal dunia, si suami adalah salah seorang pewaris kepada harta tersebut. Malah dia juga berhak menuntut harta sepencarian sekiranya perlu. Dalam hal ini, proses tuntutan penceraian tidak memberi kesan kepada tuntutan tadi, kerana mahkamah masih belum mengisytiharkan penceraian tersebut. Sekiranya sudah bercerai, ia mungkin berbeza.

    2)
    “Bagaimana dengan hak abang kepada isteri dan saudara sebelah isteri atau suami?”

    Bagi abang si isteri pula, dia juga mempunyai hak ke atas sebahagian harta tersebut sekiranya mereka tiada anak lelaki. Jika ada anak lelaki, maka abang si mati (isteri) tidak berhak.

    3)
    “Boleh kah si isteri itu sendiri menetapkan pada siapa untuk diberi atau dihadiahkan semua harta-harta si isteri sekiranya berlaku kematian pada si isteri contohnya kepada badan-badan kebajikan atau rumah anak-anak yatim? Kalau boleh, bagaimana kah cara atau kaedah yang perlu di lakukan?”

    Boleh, tetapi mesti dilakukan semasa hidup. Untuk wasiat, beliau boleh mewasiatkan kepada bukan waris maksimum 1/3 daripada hartanya. Kepada ahli waris pula, sebaiknya terus menukar namannya kepada orang yang dikehendaki sewaktu hidup.

    Wallahua’lam.

    Respon daripada pembaca lain yang lebih arif juga dialu-alukan.

  6. says

    salam en.afyan,

    buleh tak tuan jelaskan fungsi “nama perwaris”?
    a) sebagai pewaris,..sah terima harta yang telah diwasiatkan
    b) sebagai pentadbir ,..menguruskan harta untuk dibahagikan kepada yang layak menerima harta..

    Wasalam,.

    noure

  7. says

    Di dalam borang penama, selalunya orang yang layak untuk dijadikan penama adalah pewaris atau yang mempunyai talian kekluargaan seperti pasangan, adik beradik, anak, dan ibu bapa.

    Maka dalam situasi tadi, maksud penama dan pewaris adalah sama dan berfungsi sebagai pentadbir harta pampasan.

  8. says

    selalunya dalam penama, biasa diletak nama orang.
    boleh ker kalau kita nak letak atas nama organisasi ker
    atau amanah raya???

    ada masalah ker dari sudut undang-undang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *