Malang Tidak Berbau.
Ketika itu lewat malam. Kira-kira jam 11.30 tengah malam. Saya dalam perjalanan daripada selatan tanah air, menuju ke pusat bandar.
Di tengah perjalanan (sebenarnya tidaklah di tengah sangat), masih di lebuh raya utara selatan, tiba-tiba tayar kereta saya meletup.
Mujurlah saya dapat mengawal pemanduan. Kalau tidak silap saya, saya memandu dalam kelajuan yang agak laju kira-kira 120 km/j. Maklumlah, di tengah-tengah lebuh raya.
Oh, ya. Ketika itu saya masih menggunakan Merc Kanc. Kelajuan 120 km/j rasanya sudah cukup laju bagi kereta dengan keupayaan padu 850 cc.
Mujurlah itu bukanlah pengalaman kali pertama menggantikan tayar kereta. Saya meletakkan kereta di bahu jalan dan keluar untuk menggantikan tayar tersebut.
Saya mulakan dengan mengeluarkan alatan-alatan dari bonet kereta; spanar dan jerk (saya tidak pasti terjemahan kedua-dua perkataan ini di dalam bahasa Melayu). Saya mula mengâ€jerk†kereta untuk mengeluarkan tayar hadapan kiri kereta saya.
Ternyata itu bukanlah cara yang betul. Sepatutnya kereta diâ€jerk†selepas skru tayar kareta telah dibuka atau dilonggarkan. (Oh, mungkinkah spanar boleh diterjemahkan dengan “pembuka skruâ€?).
Maka “jerk†kereta terpaksa diturunkan dan skru tayar dilonggarkan.
Dua kali kereta terpaksa diâ€jerkâ€. Peluh jantan mula mengalir. Dalam kesuraman cahaya lampu neon, bulan dan bintang menjadi saksi nasib seorang jejaka malang di pinggir lebuhraya.
Akhirnya tayar yang pecah tersebut berjaya dikeluarkan.
Betul kata orang tua-tua, malang memang tidak berbau. Tetapi malang yang menimpa diri saya kali ini memang berbau. Tayar kereta yang pecah berbau hangit. Bukan setakat berbau, malah berbunyi lagi ketika meletup tadi.
Selepas itu, bermulalah episod yang kedua kisah malang pemuda berkenaan.