3 Fungsi Utama Takaful

 

1) INCOME PROTECTION (PERLINDUNGAN PENDAPATAN)
Fungsi ini menggunakan life takaful & hibah takaful untuk menggantikan pendapatan sekiranya berlaku musibah yang dipanggil sebagai 3D (Death, Disable dan Disease)

Apabila berlaku musibah, pampasan takaful boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yabg terjejas akibat musibah tersebut.

Contohnya, seseorang yang berpendapatan RM5,000 sebulan, disahkan menghidap kanser dan tidak mampu bekerja lagi. Jadi, dengan pampasan penyakit kritikal RM300,000, pampasan takaful tersebut boleh menggantikan pendapatannya selama 5 tahun.

Polisi takaful untuk penyakit kritikal RM300,000 hanya perlukan RM150++, dan tidak sampai 5% drp pendapatannya RM5,000 tadi, jika berusia sekitar 30 tahun.

2) ASSET PRESERVATION (PENGEKALAN ASET)
Inilah fungsi medical card supaya ia dapat digunakan tanpa perlu menggadaikan aset atau mengeluarkan simpanan untuk menanggung kos hospital.

Apabila terjadi musibah, aset-aset tidak perlu dicairkan.

Contoh apabila ditimpa penyakit dan dimasukkan ke hospital disebabkan kanser, memerlukan kos rawatan sebanyak RM100,000 ke RM200,000 setahun. Jadi dengan adanya medical card takaful tanpa had tahunan, boleh digunakan untuk menampung kos tersebut tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan, jual rumah, keluarkan KWSP dan sebagainya.

Polisi medical card tanpa had tahunan hanyalah sekitar RM150++ sebulan bagi umur sekitar 30 tahun.

3) DEBT SETTLEMENT (PENYELESAIAN HUTANG)
Ini pula fungsi MRTT / MLTT untuk menyelesaikan hutang yang ditinggalkan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh dan sakit kritikal.

Apabila berlaku musibah, pampasan takaful boleh digunakan untuk membayar hutang piutang.

Contohnya, apabila menghidap kanser dan terpaksa berhenti kerja, bank akan tetap membuat tuntutan hutang rumah. Jadi, dengan adanya MLTT yang dilanggan ketika sihat, dapat digunakan untuk membayar ansuran bulanan atau melangsaikan hutang tersebut.


Fungsi simpanan? Fungsi pelaburan? Itu bukan fungsi utama takaful. Anda boleh maksimakan simpanan dan pelaburan melalui instrumen kewangan lain. Tapi bukan melalui takaful.

Tapi 3 fungsi di atas, anda tidak boleh dapat melalui instrumen selain takaful.

Adakah polisi-polisi takaful anda mempunyai fungsi-fungsi di atas?

Jika ya, Alhamdulillah. Anda seorang pemegang polisi yang cakna terhadap polisi takaful anda.

Jika tidak, masih belum terlewat untuk review polisi takaful anda dan keluarga. Boleh isi borang dibawah untuk dapatkan servis ini daripada perunding terlatih kami di INFAQ Consultancy.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

 

Berminat untuk mengetahu lebih  lanjut tuan puan boleh isi borang dibawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

1 thought on “3 Fungsi Utama Takaful”

Leave a Reply