Batal Takaful Sebab Nak Ambil ASB Loan?

Batal takaful sebab nak ambil ASB loan?

Seorang rakan konsultan menerima satu mesej dari prospek dan kongsikan kepada saya;

“Suami pernah ambil takaful / hibah Prudential dalam RM200+ sebulan tapi dah berenti. Sebabnya nak ambil ASB loan (and ASB loan dah ada hibah)”

Respon saya;

“Perbandingan yg tak tepat utk membandingkan ASB Loan dengan takaful income protection & hibah takaful.

ASB loan bernilai RM200,000 memerlukan installment RM1000++ sebulan.

Tapi dgn takaful, caruman RM1000++ boleh dpt coverage boleh cecah RM2,000,000!

Utk hibah takaful RM200,000 hanya perlukan RM50++ sahaja sebulan.

ASB loan ada nilai tunai yg tinggi berbanding takaful.

Selepas 5 – 10 tahun boleh dpt RM30,000 ke RM50,000 lebih kalau terminate.

Tapi kalau takaful tadi dapat ciput je cash value kalau terminate. Mungkin juga tiada.

Ia bukan satu perbandingan yg adil.

ASB loan bukan alternatif kepada hibah takaful & income protection. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi dengan fungsi berbeza-beza.

ASB loan untuk pelaburan, manakala takaful untuk perlindungan.

Takaful dan pelaburan ni macam baju dgn seluar. Saling lengkap-melengkapi.

Mana boleh kita cakap “saya taknak pakai seluar, sebab dah pakai baju”?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply