Remake: Ibu Mertuaku

Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan.

“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor.

Sabariah teresak-esak.

“Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.

Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya.

“Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor.

“Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.

“Tapi mak…!¦” Sabariah merintih.

“Tak ada tapi-tapi. Sekarang kau pilih, sama ada kau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat” Nyonya Mansor memberi kata dua.

Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak dihempas oleh ibunya.

Fahamlah Nyonya Mansor akan jawapan yang diberikan oleh Sabariah.

Lantas Nyonya Mansor memanggil pemandunya, “lekas kau bawa Kassim Selamat kepada aku sekarang juga”.

Read moreRemake: Ibu Mertuaku

RM 100,000.00?? Berapa lama mau dapat?

Jika anda konsisten mengumpul RM 100.00 sebulan, berapa lama duit tersebut akan menjadi RM 100,000.00? Cara pengiraannya ialah 100 000 dibahagikan dengan 100, jawabnya 1 000. Maknanya, dengan konsisten menyimpan RM 100.00 sebulan, seseorang perlukan masa selama 1000 bulan untuk mengumpul RM 100,000.00. Ini dengan andaian duit tersebut tidak dikeluarkan sepanjang tempoh 1000 bulan tersebut. … Read moreRM 100,000.00?? Berapa lama mau dapat?

Awak ada RM 30,000.00?

Andaikan, datang seorang teman seraya berkata; “Awak, awak ada RM 30,000.00 tak?” Saya kena kanser. Saya perlukan RM 30,000.00 untuk pembedahan mengeluarkan kanser saya. Dalam masa sama, saya perlu meneruskan hidup saya. Doktor mengesahkan, selepas pembedahan, saya kena berehat sekurang-kurangnya 3 bulan. Selepas 3 bulan, saya tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Tentu saya akan diberhentikan … Read moreAwak ada RM 30,000.00?