Jangan Ambil Polisi Takaful / Insurans Pendidikan!

Jangan Ambil Polisi Takaful / Insurans Pendidikan! www.afyan.com Takaful pendidikan bertujuan untuk menabung bagi memastikan simpanan universiti anak-anak berterusan sekalipun musibah berlaku ke atas ibu / bapa. Ia adalah extension kepada perlindungan untuk kategori perlindungan kematian, lumpuh dan penyakit kritikal. Dalam masa sama ia turut memberi sedikit perlindungan kepada anak. Namun anda masih belum perlu … Read more

Apakah Takaful / Insurans Yang Anda Ambil?

“Sungguh banyak produk takaful di pasaran!” Ada pelbagai produk takaful di pasaran; Takaful Simpanan (Saving Takaful), Takaful Pendidikan (Education Takaful), Takaful Kesihatan (Medic Takaful), Takaful Penykit Kritikal (Critical Illness Takaful), Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Special Tekaful), Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful), Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful), Takaful Kemalangan Peribadi (Personel Accident Takaful) dan … Read more

ASB dan ASN Tidak Halal? Suruhanjaya Sekuriti VS Majlis Fatwa

Fax bertarikh 12 Februari 2009 ini saya terima melalui pada 13 Februari 2009. Kepantasan teknologi memungkinkan segala-galanya serba kemungkinan. Maka dengan kepantasan teknologi juga, saya meng’upload’ fax ini ke dalam blog saya 🙂

Jelas, isi kandungan fax berkenaan menegaskan tentang pendirian Suruhanjaya Sekuriti untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung keharusan ASN dan ASB.

Polemik ASN dan ASB ini menjadi polemik yang tidak sudah-sudah sejak dahulu sehingga sekarang. Kalau tidak silap saya sejak tahun 80-an lagi isu ini sudah dibangkitkan,.

Tahun lalu, menjelang PRU 12, tiba-tiba Majlis Fatwa mengumumkan ASN dan ASB harus atas kemaslahatan orang Melayu Islam yang benyak mencarum di dalamnya. Dari cakap-cakap politik, keputusan ini ada pengaruh daripada pihak-pihak tertentu.

Read more

Alahai Buluhmas…. (Update)


Kali pertama mendengar nama Buluhmas adalah kira-kira beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lalu.

Dengan motto “biar di manapu, kami iklankan”, Buluhmas bergerak mengrekrut promoter-promoter untuk mempromosi stiker Buluhmas.

Daripada bulan Ramadhan hingga ke Syawal, rasanya tidak kurang 10 orang yang bercerita tentang skim “pelaburan” Buluhmas ini.

Malah ia menjadi topik perbahasan hangat ketika sanak saudara berkumpul dalam bulan syawal lali.

“Syarikat ini membantu bumiputera Muslim”, kata seorang ahli saudara.

“Ia mempunyai rangkaian kedai dan merancang untuk membina sebuah hyper-market di setiap negeri”, tambahnya lagi.

“Untuk permulaan kita perlu membayar RM 15 sahaja untuk mendapat upah RM 1 setiap bulan. Duit ini akan diperolehi sampai bila-bila! Lagi banyak kita laburkan, lagi banyak kita dapat. Ia boleh mencecah 20% sebulan!!!”

“20% sebulan? Maknanya 120% setahun”, balas saya.

“Ya, betul”, katanya tanpa ragu-ragu.

“Maknanya lebih hebat daripada ASB, dan Tabung Haji. Malah lebih hebat daripada pakar pelaburan dunia Warren Buffet?”, saya menduga.

“Ya. Ia membantu produk bumiputer Muslim. Banyak syarikat IKS yang menghantar produk ke Buluhmas untuk dijual”, katanya penuh yakin.

Saya hanya menggeleng-geleng kepala.

Read more