Remake: Ibu Mertuaku

Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan.

“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor.

Sabariah teresak-esak.

“Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.

Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya.

“Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor.

“Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.

“Tapi mak…!¦” Sabariah merintih.

“Tak ada tapi-tapi. Sekarang kau pilih, sama ada kau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat” Nyonya Mansor memberi kata dua.

Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak dihempas oleh ibunya.

Fahamlah Nyonya Mansor akan jawapan yang diberikan oleh Sabariah.

Lantas Nyonya Mansor memanggil pemandunya, “lekas kau bawa Kassim Selamat kepada aku sekarang juga”.

Read more

Derma, Ikhlas dan ….

pengemis_budak.gif
Sumber Foto: http://imp.lss.wisc.edu/~emraffer/083a.htm

Suatu hari di Jalan Masjid India, ketika pulang daripada pasaraya Mydin, di sebuah gerai makan.

Abang, minta derma bang”, tiba-tiba saya disapa.

Saya menoleh ke arah suara tersebut.

Seorang kanak-kanak sekitar usia 8 – 10 tahun, dengan pakaian compang-camping, menghulurkan tangan meminta sedekah.

“Bang, saya lapar. Minta duit nak beli makan”, rayanya lagi. Wajahnya betul-betul sayu mengharap pertolongan.

Saya betul-betul kasihankan dia. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana hidupnya hingga terpaksa meminta sedekah mendapatkan makanan.

Di mana ayahnya? Di mana ibunya? Di mana rumahnya? Di mana adik-beradiknya? Semua persoalan ini hanya bermain di benak saya dan ditelan oleh hiruk piruk orang ramai di situ.

Saya membayangkan adik saya yang mungkin seusianya yang berada di kampung. Sungguh kasihan melihatnya…

“Kalau begitu, apa kata abang belanja adik?”, pelawa saya.

Kanak-kanak itu nampak kaget. Dia gelengkan kepala dan terus merayu lagi…

“Minta duit bang….”, seolah-olah ada rangkap kata yang tidak terkeluar daripada mulutnya.

….. terus sahaja dia berlalu.

Saya menggeleng-gelengkan kepala.

Apa yang saya syaki sedari awal tadi menunjukkan tanda-tandanya.

Read more

Petrol: Drama yang sama, skrip yang sama

Berita dulu-dulu: 21 Feb 2001: Tarif baru air tidak bebankan rakyat 22 Oktober 2001: Kenaikan harga petrol tidak membebankan 31 Julai 2002: Harga petrol dijangka naik — PM beri jaminan kenaikan adalah kecil dan tidak membebankan rakyat 30 April 2004: Kenaikan harga petrol, diesel tidak bebankan rakyat – PM 9 Mac 2005: Kenaikan 80% ditolak … Read more

KHAS PRU 12: Cari duit lebih…

Beberapa peluang bisnes / cari duit lebih di musim pilihanraya:  Ambil upah gantung bendera Ambil upah gantung poster Jual makanan dan miniman ketika penamaan calon Jual makanan dan minuman ketika hari pembuangan undi Jual CD-CD menteri kesihatan ceramah politik Ambil upah edar risalah dan poster Ambil upah edar handbill ceramah politik Jual makanan dan minuman … Read more