FAQ Takaful (5) : Kenapa “Rahsia Takaful”?

Soalan daripada Tuan Dr Ahmad Amin Mohamad di FB https://www.facebook.com/RahsiaTakaful

“kenapa dinamakan rahsia takaful? kenapa perlu berahsia? bukan kah sudah ada hitam putih mengenai takaful (T&A). atau adakah ini berkenaan perkara2 yg disalah guna oleh pengendali/org yg dilindungi?”

 

Jawapan:

Kerana banyak kali saya berjumpa dengan prospek, apabila saya terangkan beberapa perkara, ada yang bertanya balik “Eh, kenapa ejen yang saya jumpa sebelum ini tidak ceritakan?”.

Daripada situ, saya terfikir untuk membina website khusus dengan tagline “Membongkar rahsia takaful…yang mugkin tidak diceritakan oleh ejen takaful anda!”.

Pembayaran takaful merupakan komitmen jangka masa panjang. Walaupun ia serendah RM100 sebulan, untuk tempoh 20 tahun, peserta kan membayar RM24,ooo! Justeru, pemilihan produk yang tepat dan bersesuaian dengan protfolio pelanggan amat penting.

Tambahan pula, sepanjang pengalaman saya di dalam industri ini, amat kurang sumber-sumber rujukan untuk mendalami pengetahuan tentang takaful, lebih-lebih lagi dalam bahawa Melayu secara online. Jika ada pun website-website tentnag takaful, selalunya lebih kepada promosi produk dan syarikat, jarang sangat tentnag pandangan secara menyeluruh tanpa bias kepada mana-mana produk dan syarikat.

Sebab itu ia adalah RAHSIA!


Leave a Reply