Artikel sama diterbitkan oleh MajalahNiaga.com.
Beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan penjelasan saya tentang perbezaan di antara insurans konvensional dengan takaful.
Tatkala saya menerangkan tentang perbezaan kontrak insurans konvensioanl yang menggunakan kontrak jual beli, dan kontrak takaful yang menggunkaan kontrak derma, beliau bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.
Dari bahasa badannya, nampak beliau begitu bersungguh-sungguh inginkan penjelasan tentang perkara tersebut. Ternyata soalan-soalan yang beliau kemukakan menunjukkan kematangannya berfikir, sesuai dengan statusnya sebagai seorang bisnesman.
“Ya En Afyan, saya pun pernah membaca tentang perkara iniâ€, kata beliau merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum insurans konvensional.
Nampaknya sebelum menemui saya, beliau sudah pun membuat sedikit kajian dan pembacaan. Ia memudahkan kerja saya untuk menerangkan perkara tersebut. Tambahan lagi, cafeteria tempat kami bertemu tidak ramai pelanggan mengunjunginya memudahkan saya membuat penerangan dengan jelas.
“Ada sebarang persoalan yang Tuan ingin tanyakan lagiâ€, saya bertanya kepada beliau selepas penjelasan terakhir tentang perkara ini.
“Setakat ini tiadaâ€, kata beliau sambil menyandarkan badan ke kerusi.
“Jika begitu, kita boleh berpindah ke topik seterusnya iaitu keperluan kewangan Tuan sebelum saya cadangkan mana-mana produk takaful yang sesuaiâ€, kata saya.
“Sebenarnya saya sudah memiliki beberapa polisi sebelum iniâ€, kata beliau.
“Alhamdulillah, suka saya mendengarnya kerana Tuan sudah mengambil keputusan yang bijak untuk masa hadapan Tuanâ€, balas saya, menyanjungi kesedarannya untuk memiliki plan perlindungan kewangan.
“Tapi….â€, beliau membiarkan ayatnya tergantung.
INGIN BERHIJRAH, TAPI.,
Saya diam seketika memberi peluang beliau menghabiskan kata-kata.
Saya cuba mengagaknya, mungkin dia tidak berpuas hati dengan polisi sedia ada, atau beliau hanya ingin berjumpa saya sekadar ingin mengetahui perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional, kerana beliau mengetahui saya selepas membaca blog saya tentang isu ini.
“Sebenarnya, saya sudah melanggan dengan insurans konvensionalâ€, kata beliau agak perlahan.
“Oh, itu rupanyaâ€, kata saya di dalam hati. Agak jauh dari tekaan saya sebelum ini.
“Saya sudah mengambil polisi insurans konvensioanal kira-kira sepuluh tahun lalu ketika baru berkahwin. Ketika itu saya tidak tahu insurans konvensional ini haram hukumnya. Dan saya pun baru tahu dalam setahun dua ini bahawa insurans konvensional ini haramâ€, jelas beliau panjang lebar.
“Alhamdulillah, selain daripada mempunyai kesedaran untuk memiliki perlindungan kewangan, Tuan juga mempunyai kesedaran tentang aspek halal haram. Tahniah saya ucapkanâ€, tambah saya lagi, menyanjung tinggi kesedaran beliau. Kali kedua saya ucapkan tahniah kepada beliau.
“Tapi, kalau saya batalkan polisi insurans konvensional saya, saya akan rugiâ€, kata beliau lagi.
Saya diam sebentar.
Saya dapat meneka apa yang bermain di benak fikirannya; beliau bercadang untuk berpindah kepada takaful tapi beliau memikirkan kerugian yang beliau akan alami sekiranya membatalkan polisi insurans konvensional sedia ada.
“Tuan, menjadi tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan berhijrah daripada insurans konvensional kepada takaful yang bebas daripada riba, sebagaimana yang saya kongsikan di awal tadi tentang bahaya riba. Jika Tuan sudah mengambil plan perlindungan takaful dari syarikat lain, saya tidak akan menasihat Tuan untuk batalkan polisi-polisi Tuanâ€, jelas saya panjang lebar.
Kemudian, saya menyambung lagi, “Tapi memandangkan Tuan mengambil plan insurans konvensional, maka adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan keluar daripada sistem kewangan riba dan berhijrah kepada sistem takafulâ€.
UNTUNG RUGI BERPINDAH-PINDAH POLISI
Beliau mengangguk-angguk perlahan sambil berkata “Ya En Afyan, saya tahu bahawa insurans konvensional adalah riba dan riba itu haram hukumnya, tapi saya akan rugi banyak jika saya membatalkan polisi yang sudah saya langgan lebih 10 tahun iniâ€.
Saya tersenyum, apa yang diperkatakannya benar. Membatalkan polisi lama yang sudah diambil bertahun-tahun semata-mata untuk mengambil polisi baru bukanlah satu tindakan bijak. Malah, adalah satu perbuatan yang tidak beretika mana-mana ejen insurans atau takaful yang menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada dengan tujuan supaya pelanggan mengambil polisi baru dengannya.
Sebagai perunding kewangan dan takaful, menjadi prinsip saya untuk menasihati pelanggan untuk kekalkan polisi sedia ada kerana membatalkan polisi sedia ada yang lama dan melanggan polisi baru akan melibatkan kos dan kerugian tertentu yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan atas dua faktor, iaitu;
- Umur; usia pelanggan semakin hari semakin meningkat, justeru kos untuk melangan polisi baru hari ini secara logiknya akan lebih tinggi berbanding polisi yang sama tahun lalu atas faktor umur, dan
- Kesihatan; kesihatan pelanggan hari ini tentu tidak sama ketika beliau melanggan polisi lama dahulu. Situasi akan lebih teruk untuk melanggan polisi baru jika beliau pernah membuat tuntutan.
Atas kedua-dua faktor inilah, berpindah daripada polisi lama kepada polisi baru lebih banyak merugikan pelanggan. Tapi yang paling untung dalam situasi ini ialah ejen! Itulah sebabnya, adalah sesuatu yang tidak beretika bagi mana-mana ejen atau wakil takaful menasihat pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada, kerana ia hanya menguntungkan ejen, bukan pelanggan.
Tidak dapat dinafikan terdapat segelintir ejen yang tidak beretika yang mengamalkan cara ini untuk memperbanyak bisnes mereka. Tapi selalunya mereka tidak kekal lama dalam industri, namun yang menyedihkan, perbuatan mereka sedikit sebanyak merosakkan industri. Bak kata Karam Singh Waliya pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Atas dasar prinsip, ejen-ejen yang beretika tidak sekali-kali menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada hanya semata untuk bisnes. Pengalaman saya, selalunya saya akan mencadangkan untuk menambah jumlah perlindungan yang baru bersesuaian dengan keperluan kewangan semasa. Contohnya polisi lama yang diambilnya dahulu adalah ketika bujang, mungkin bersesuaian ketika polisi tersebut dilanggan, namun sekarang prospek sudah berkahwin dan beranak pinak sudah tentu keperluan perlindungan kewangannya bertambah berbanding dahulu.
Namun, dalam situasi ini, pelanggan yang ditemui sudah pun lama menjadi pelanggan insurans konvensional.
Jadi, juga atas dasar prinsip yang lebih utama iaitu prinsip Islam yang saya pegang, saya akan menasihati pelanggan untuk berhijrah daripada institusi riba kepada alternatif yang bebas riba dan patuh syariah..
Ya, atas dasar prinsip juga kerana insurans konvensional adalah instrumen riba, justeru adalah menjadi tanggung jawab saya untuk menerangkan bahawa insurans yang dilanggan selama ini adalah riba dan alternatifnya adalah takaful.
Kemudian, keputusan terletak di tangan pelanggan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya, di dunia dan akhirat.
“Berapa caruman yang Tuan ambil dengan insurans sebelum ini?â€, tanya saya.
“Saya mengambil tiga polisi untuk saya dan anak sulung saya, jumlahnya dalam RM500 sebulan. Saya ambil pada tahun 1999, ketika awal perkahwinan dan setahun kemudian selepas mendapat anak sulungâ€, jawab beliau sambil menghulurkan satu fail yang terisi polisi-polisi insuransnya.
Saya mencongak-congak jumlah caruman yang sudah beliau bayar selama ini. Sebulan RM500 maka setahun RM6000. Congakan awal saya, polisi-polisi tersebut sudah lebih 10 tahun maka sekurang-kurangnya sudah RM60,000 yang sudah dibayar selama ini.
Ia satu jumlah yang besar. Jadi tidak hairanlah beliau agak ralat untuk membatalkan polisi sedia ada dan berhijrah kepada takaful.
Sambil membelek polisi-polisi insuransnya, beliau berkata kepada saya “En Afyan, saya sudah pun membuat kiraan sebelum saya bertemu dengan Encik. Jumlah caruman yang saya bayar untuk kesemua polisi adalah RM 524.40 sebulan dan jumlah keseluruhan yang saya bayar berjumlah RM71,463.96. Dan saya sudah pun hubungi syarikat berkenaan, nilai tunai insurans saya adalah RM34,356.14. Rugi kalau saya batalkan sekarangâ€.
Perkataan “rugi†diulang lagi, kali ini dengan lebih ditekankan. Sambil itu beliau menunjukkan satu kertas yang bertulisan tangan tertulis jumlah-jumlah yang disebutkannya tadi.
Saya tersenyum, sambil mempelawa beliau minum minuman yang kami order di awal pertemuan tadi, “Minum dulu Tuan, nanti sejuk pulaâ€.
Beliau turut tersenyum, sambil menyedut air minumannya.
Sambil minum, sempat beliau berkata “Jika saya batalkan, saya rugi 50% daripada jumlah caruman yang saya sudah bayar, kira-kira RM40,000. Memang rugi…â€
Nampak semacam beliau cuba menguji saya. Suasana hening seketika.
SANGGUP TERUSKAN?
Saya turut minum sambil saya bertanya kepadanya, “Tuan, bagaimana kalau saya katakan yang air yang kita minum ini sebenarnya tersalah pesan?â€.
“Maksud En Afyan?â€, tanya beliau, keliru tiba-tiba saya berubah topik.
“Maksud saya, andaikata tiba-tiba datang pelayan restoran ini kepada kita dan memaklumkan air yang kita minum ini sebenarnya dipesan ini adalah air minuman beralkohol, tapi kita tidak perasan dalam menunya tadiâ€, kata saya.
“Isshhhh…. saya akan muntahkan balik apa yang saya minum dan minta air baruâ€, balasnya sambil ketawa kecil.
“Tuan tidak berasa rugi?â€, tanya saya, menguji.
“Tidaklah. Apalah sangat rugi sedikit berbanding minuman haram masuk ke perut kita iniâ€, balasnya tegas, sambill mencebikkan bibir tanda jijik dengan air syaitan itu.
“Eh, mahal ni Tuanâ€, kata saya merujuk kepada harga air minuman cafeteri hotel ekslusif yang kami bertemu sekarang. Memang harganya sedikit mahal berbanding restoran-restoran biasa.
“Tak kisahlah. Saya boleh bayar apa yang sudah dipesan dan kita pesan air minuman baru. Jangan risau En Afyan, hari ini saya belanja En Afyanâ€, balas beliau.
“Begitulah juga dengan insurans konvensional yang Tuan langgan selama iniâ€, balas saya, agak tajam.
Beliau terdiam. Nampak agak tersentak berdasarkan kerutan keningnya yang tajam memerhatikan saya.
“Apalah sangat rugi sedikit berbanding dosa riba dan hukuman riba di akhirat kelakâ€, saya menyambung lagi, kali ini menggunakan ayat-ayat yang beliau gunakan tadi dengan sedikit olahan.
Beliau masih terdiam. Nampak ingin berkata sesuatu tapi tidak terkeluar.
“Malah Tuan, balasan dosa riba lebih teruk berbanding dosa minum arakâ€, tegas saya merujuk kepada penerangan awal saya berkenaan dosa-dosa riba yang Allah mengisytihar perang terhadap pelaku riba.
“Begini Tuan, saya tidak nafikan bahawa dalam situasi Tuan sudah tentu Tuan memikirkan kerugian yang bakal Tuan tanggung sekiranya Tuan membatalkan polisi sedia ada dan melanggan polisi baru. Namun, memandangkan polisi yang Tuan langgan selama ini adalah polisi riba dan Tuan sudah pun sedia maklum tentang hukum-hakam riba, maka sudah tibalah masanya untuk Tuan berhijrah. Insya-Allah, apabila Tuan berhijrah kelak, nescaya Allah akan bersama-sama Tuan dengan keputusan yang Tuan lakukanâ€.
Beliau masih diam. Berfikir barangkali. Keningnya masih berkerut seperti tadi.
“Sebagaimana air yang kita tersalah order tadi, kita tidak terasa rugi sekalipun membayar ekstra dua harga untuk satu gelas yang kita patut minum dan satu gelas yang kita tersalah pesan, dan hanya satu sahaja yang kita akan minum sebenarnyaâ€, sambung saya lagi, kali ini menggunakan perkataan “kita†kata ganti diri pertama berbanding .â€Tuan†kata ganti diri kedua.
“Tuan, saya ada satu cara untuk mengurangkan kerugian yang Tuan alami. Caranya ialah dengan memindahkan nilai tunai polisi lama Tuan ke polisi baru yang akan Tuan langgan nanti. Dengan cara ini, sekalipun polisi baru Tuan baru sahaja sebulan, tapi nilai tunainya sama dengan polisi lama Tuan yang sudah lebih 10 tahunâ€, saya memberikan cadangan.
Nampak sedikit sinar di wajahnya, lantas berkata “Oh, begitukah?â€.
BERHIJRAH!
Beliau menyambung lagi “Sebenarnya saya sudah lama memikirkan alternatif terbaik untuk menggantikan polisi insurans saya ini selepas mengetahui tentang hukum haramnya kira-kira dua tahun lalu. Namun, selama ini saya buntu memikirkan kerugian yang bakal saya alami jika membatalkan insurans tersebutâ€.
“Alhamdulillah, hari ini saya sudah nampak jalannyaâ€.
Beliau nampak begitu ceria sekali.
Seterusnya saya mencadangkan agar beliau tidak terus membatalkan polisi insurans konvensionalnya selagi mana polisi takafulnya berkuatkuasa sepenuhnya. Ini kerana setiap polisi baru akan mempunyai tempoh menunggu sebulan hingga tiga bulan bagi mempastikan perlindungan-perlindungan untuk kematian, lumpuh, serta sakit kritikal berkuatkuasa sepenuhnya. Tempoh menunggu ini ada kaitan dengan tahap kesihatan peserta.
Jika polisi lamannya terus sahaja dibatalkan sebelum polisi baru a berkuatkuasa sepenuhnya, risiko kepada pelanggan seandainya ditimpa musibah pada waktu itu. Jika ia berlaku, maka tiada perlindungan kewangan diberi dan saya adalah orang yang paling terkilan seandainya ia berlaku kepada pelanggan saya.
Justeru itu, saya mengesyorkan agar polisi lama dibatalkan hanya selepas polisi takaful yang baru dilanggan melepasi tempoh menunggu yang selalunya 90 hari atau 3 bulan. Sebaiknya selepas setahun untuk memastikan keadaan kesihatan peserta benar-benar sihat.
“Alhamdulillah, tahniah kerana Tuan berani mengambil keputusan untuk BERHIJRAH!â€, kata saya. Kali ketiga saya ucapkan tahniah, dan yang paling bermakna kerana dalam masa sama saya bersyukut kerana menyelamatkan seorang lagi muslim daripada bahaya dan bahana riba.
Oh, bukan seorang, termasuk juga anaknya 🙂
salam, info sangat berguna,.
InsyAllah bila kita ingat Allah, Allah lagi ingat kt kita.
bila kita tolong agama Allah,. Allah lagi permudahkan kita semua..
Syukran,. wassalam
Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’…pusing la kot mana sekalipun jika ada unsur2 riba’, ia tetap HARAM!
As salam, boleh saya tahu Bijak Malaysia termasuk dari halal kah? Saya ambil insurance ni drp CIMB aviva.
Saya baru melanggan pada bulan 9 yg lalu, semasa melihat polisi, ada menyatakan nama fund yg dilabur. Namun saya masih was-was.
Sila komen.
Terima kasih
Wallahua’lam, sebab saya tidak melihat bagaimana polisinya
Mungkin Sdra boleh rujuk tulisan sahabat saya di sini sebagai panduan: http://www.pakdi.net/bagaimana-nak-tahu-sesuatu-produk-itu-islamik-atau-tidak/