Majlis Fatwa Silap, Insurans Halal – ‘Pakar’ Insurans

Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang ‘pakar’ insurans.

Mungkin bagi para pembaca yang mengikuti perkara ini di Facebook saya, sudah mengetahui akan perkara ini.

Ia bermula apabila saya terbaca satu tulisan oleh ‘pakar’ tersebut berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu hukum insurans konvensional.

Kata pakar tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama telah tersilap dalam mengeluarkan hukum berkenaan kerana mereka bukan pakar insurans. Baginya, hanya pakar insurans yang layak memberi hukum tentang insurans.

Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa yang menghukum insurans konvensional haram adalah satu kesilapan.

Di ruang komen, saya memberi pandangan saya untuk mempertahankan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan hujah-hujah saya.

Dia membalas hujah-hujah saya.

Kemudian saya membalas hujah-hujahnya.

Kemudian, dia membalas balik hujah-hujah balas saya.

Kemudian, saya membalas balik hujah-hujah balas ke atas hujah-hujah balas saya.

Begitulah yang berlaku dalam masa beberapa jam.

Ia berlaku di ruang Facebook beliau. Melalui ruang komen tulisannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun entah kenapa, akhir sekali dia membuang kesemua diskusi tersebut dari ruan komen.

Tetapi, saya sempat menyimpannya.

Para pembaca boleh membuat penilaian sendiri….

CaptureCapture 2Capture 3Capture 4Capture 5Capture 6

Inilah tulisan tersebut. Dia sendiri yang menulis dia mewakili “pakar” insurans. Saya cuba menyemak perkataan “pakar insurans” di dalam website Malaysian Insurance Institute, tetapi tidak berjumpa. Saya tidak pasti siapa yang mengiktiraf ke”pakar”an tersebut.

Diskusi tersebut berlangsung di https://www.facebook.com/notes/azha-syazri-azizan/laporan-muzakarah-isu-halal-haram-insurans-15-november-2009/178787439140 yang saya telah diblok dan unfriend.

Berikut adalah sebahagian daripada diskusi tersebut yang sepatutnya terdapat di ruang facebook tersebut tetapi telah dibuang. Hanya ini sahaja yang sempat saya “selamatkan”.

114

12

13

11

8

7

10

9

53 4
2

Selepas itu, saya tidak lagi boleh masuk lagi ke dalam FB tersebut. Mungkin saya telah di”block”.

Namun, saya masih lagi boleh mengikuti perkembangannya melalui pengkhabaran rakan-rakan FB lain.

Malahan, ada juga yang menyambung diskusi tersebut yang mempertahankan Majlis Fatwa akhirnya diban dan diblok untuk masuk.

Yang paling mengejutkan, akhir sekaliartikel dan  diskusi itu ditutup terus daripada dipaparkan.

Atas ihsan seorang rakan FB, beliau sempat menyimpan tulisan penuh tersebut.

Jika ada yang ingin membacanya, sudi-sudilah menyertai saya di Facebook 🙂

47 thoughts on “Majlis Fatwa Silap, Insurans Halal – ‘Pakar’ Insurans”

  1. Saya sukar mengikuti perkembangan diskusi ini kerana tidak ikuti dari awal. Tetapi saya agak terkilan, sebagai pakar dalam bidang insuran konvensional, mengapa tidak dilanjutkan sahaja perbincangan ini. Tindakan memblok dan menutup diskusi itu salah satu tanda yang menyekat budaya perbincangan. Saya tidak nampak unsur-unsur serangan melainkan penghujahan.

    Jika tuan dapat keluarkan satu artikel berkenaan Majlis Fiqh Sedunia tahun 70-an itu mungkin dapat mencerahkan lagi perbincangan ini. Usah ditutup perbincangan ini dengan tertutupnya kehendak tuan yang disebut pakar itu daripada membincangkannya.

    Saya kira tuan itu pun keliru juga dalam pemilihan panel, mengapa dengan kredibiliti beliau tidak digunakan mengadakan muzakarah melibatkan panel dalam majlis fatwa sendiri. Bimbang program itu menjadi program belasahan sahaja.

    Reply
  2. Assalamualaikum Tuan,
    ini fenomena biasa masyarakat kita masa kini.Cuba berhujah,bukan dengan rasional bahkan membawa kepada emosional.

    http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/12/blog-20-rasional-vs-emosional.html

    Benar,ulama’ mungkin bukan serba serbi tahu mengenai insurans.Tetapi menuduh ulama’ memutuskan hukum tanpa rujukan kepada pakar bidang tertentu ialah 1 kenyataan yang emosional lagi membelakangkan(kata lembut bagi biadap)terhadap kepakaran ulama’ sendiri.

    Ilmu syariah,walaupun tak menjadi pakar insurans,bermula dari ilmu Usul Fiqh ilmu mengenai cara mengeluarkan sesuatu hukum hinggalah menyentuh mengenai ilmu muamalat(kewangan,insurans dan yang berkaitan).Memperkatakan sesuatu hukum,Imam Malik ada menyebut akan menentukan seseorang yang mengeluarkan hukum itu sama ada berada di syurga atau neraka!

    Jangan sekadar bermuzakarah di FaceBook , bermuzakarahlah sendiri dengan Majlis Fatwa.

    Dunia,dunia akhir zaman…ulama’ dilecehkan.

    Reply
  3. Terima kasih atas respon semua.

    Saya sendiri terlibat di dalam diskusi tersebut secara tidak sengaja.

    Malah tidak merancang pun untuk membuat satu posting khusus tentang perkara ini.

    Tidak salah untuk tidak bersetuju, namun biarlah kena dengan cara dan hujah, bukan dengan menyerang peribadi.

    Pertama kali membaca tulisan tersebut, ia menyerang kredibiliti Majlis Fatwa kebangsaan.

    Yang paling ditekankan di dalam tulisan tersebut, penulis mendakwa dirinya sebagai “pakar insurans” dan pakar ugama tidak layak memberi pendapat tentang insurans.

    Beliau mencabar pakar-pakar ugama untuk bermuzakarah dengan beliau, namun ruang muzakarah dia dengan saya pun ditutup sama sekali.

    Wassalam

    Reply
  4. fikir secara logik.
    1.Mungkin dia tutup sbb tak nak layan dengan orang2 yang tetap dengan pendirian tanpa mahu berfikir secara lebih terbuka.
    2.Apa yang saya nampak sbg pelanggan:- Agent takaful selalu menekankan konsep halal haram semata2. Tidak dari segi benefit kepada cust. Sedangkan apabila dicompare produk, mereka tidak dapat compete dr segi harga.
    3.Saya sbg pengguna hanya mahukan yg terbaik dengan nilai duit yg saya keluarkan. Asalkan produk tu halal pelaburannya saya tidak kisah samada takaful@ insurans.
    4.Yg sy tak suka-kalau agent tu melampau2 mengutuk produk org lain.Produk dia aje yg betul.Kalau jumpa agent macam ni, saya terus tak nak dengar dan BLAH dari tempat penerangan

    Reply
  5. Kalau nama takaful, mesti problematik dia punya operasi. Banyak makan duit orang, claim susah, suka luputkan org punye takaful walaupun dah byar bulan2. kalau insuran, sangat cekap. Ini berdasarkan pengalaman saye

    Reply
  6. Saya cuba mengakses laman web simpanduit.com tapi tidak dapat akses. Maka saya akses guna cara kedua. Saya puji cara presentasi web beliau. Memenuhi prinsip online marketing. Susunan artikel, pemilihan tajuk entri dan cara beliau mencipta heading semuanya selesa untuk pengunjung. Mungkin presentasi teks sahaja perlu gunakan font lebih besar.

    Web beliau keseluruhan mesra pembaca.

    Reply
  7. Salam Afyan,
    Berkaitan tentang halal tentang halal haram insuran nie, saya memang amat confuse. Setiap agen memberi penerangan yang berbeza. Saya ada ambil takaful dgn prudential, tapi yg sy diberitahu prudential tu haram.tetapi agen saya kata mereka ada lesen takaful.soalan saya:jika saya ambil takaful drp syarikat konvensiaonal, adakah hukumnya haram?bagaimana lesen takaful diperolehi?saya ada dgr lesen nie boleh dibeli.harap dapat jawapan yg jelas dr afyan. terima kasih.

    Reply
  8. hairan juga kenapa pening2 dgn insuran dan takaful..pada saya ia ibarat mcm ni….katakan kita ada anak bini.kita tak kerja.kita nk bg anak bini makan minum.adakah dibolehkan kita merompak dan menyamun utk dptkan duit.niat kita baik nk bg anak bini makan.atau kita cari kerja halal @ berniaga,dpt duit bg anak bini makan….seperti itu jg ibaratnya insuran & takaful..niatnya sama.
    kalau masih ragu2,pendapat saya ikut saja ulamak.kerana kalau fatwa kebangsaan dan ulamak fiqh dunia itu salah,sudah tentu syarikat konvensional besar2 saman dorg sbb ia merosakkan bisnes mereka.maknanya tuduhan tersebut melulu dan fitnah.mengharamkan mereka sesuka hati tanpa mengkaji insuran.hairan juga saya.spt juga prudential membuka takaful.kenapa mereka tak pertahankan bahawa fatwa tu salah seperti kata pakar insuran kita tu…dan adakah pakar tersebut juga seorang yg hafaz quran,tafsir serta hadis utk menidakkan fatwa ni.mereka berfikir dr sudut dunia semata2.
    cthnya seorang pelacur yg mempunyai 3 anak.kita kata melacur itu haram.kenapa pula haram katanya?saya melacur dgn niat nk membesarkan anak saya,nak bg mereka makan.urusan jual beli sy sbg pelacur sah apa?saya melacur,sesudah itu mereka bayar.harga saya sudah tetapkan awal2.tiada sebarang unsur gharar dll…
    walau apapun,ada baiknya bertukar kpd takaful.kenapa nk pertaruhkan pendapat ulama dan memekakkan telinga.kata fatwa ada unsur riba didalam insuran.riba al-fadl & an-nasiah dll.menurut hadits thabrani,satu dirham terlibat riba..dosa sama spt 36 kali zina..kata abu hurairah pula,terlibat riba dbalasi 70 dosa dan yg paling ringan adalah seperti lelaki menjimaki ibunya sendiri.hadis ini dtgnya drpd apa yg Rasulullah SAW sabdakan.jadi sanggup ke kita nk berjudi dan berkeras mempertahankan insuran dan terus mengambil nsuran…renung2kan

    Reply
  9. Salam.. syabas tuan! terkadang mereka akan memutar belitkan segala bagi membenarkan hujah mereka.. saya juga dulu buta pasal kewangan Islam… tapi dengan bloggers seperti Ust Zaharuddin, Pakdi dan bloggers seperti anda.. Alhamdulillah.. saya kini jadi lebih jelas..

    sekarang pun dah jadi agen takaful.. hehe.. InsyaAllah, di samping dapat mencari pendapatan tambahan.. say juga harap dapat mempertingkatkan sistem ekonomi dan perbankan Islam… InsyaAllah

    Reply
  10. dah lama saudara simpan duit ni dok menegakkan insuran itu halal.
    kalau cari kat forum, nick dia “simpanduit” xsilap saya.
    mmg ramai dah yg dok berdebat dengan dia tentang halal haram insuran ni.
    mmg dia selalu mengiktiraf diri dia sebagai PAKAR insuran.
    saya pun tak faham apa yg cuba dia perjuangkan. jarang ada orang yg nak lawan dengan majlis fatwa ni..
    apa pun, teruskanlah usaha kita dengan takaful

    Reply
  11. Syabas Tuan Afyan,

    Hujah tuan memang baik dan tuan berada di pihak yang benar…

    Sebelum ini saya pernah terbaca post tersebut dalam FB beliau dan agak terkejut dan terkilan…

    Saya kira untuk mendakwa sesuatu perkara itu biarlah kita belajar dan lihat kepada kedua-dua sisi…

    Jangan hanya melihat pada satu sisi dan kemudian menghukum satu sisi yang lain tanpa belajar terlebih dahulu…

    Apabila kita terlalu taksub kepada satu – satu ilmu yang kita ada, maka kita mula menutup minda kita daripada lebih terbuka untuk menerima ilmu yang lain pula..

    Sebelum nie, saya tergerak juga nak ‘perbetulkan’ kenyataan beliau yang mengatakan “Insuran itu halal”..tetapi tak sempat nak berhujah..

    Alhamdullilah, tuan dah melaksanakan tanggungjawab tersebut…

    p/s: Hujah ‘Lawyer’ VS Hujah ‘Pakar Insuran’..mesti lawyer menang punya 🙂

    Reply
  12. Salam

    Terima kasih Sdr Afyan kerana masih bercerita di belakang saya. 🙂

    Saya tak pernah delete posting tersebut. Saya block sdr sebab sdr tak pernah jawab apa jua counter-argument yang saya berikan. Sebaliknya, sdr acap-kali cuba mencari sesuatu untuk dipersalahkan atau dipertikaikan dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, sedangkan topik yang ingin dibincangkan itu (iaitu hujah hujah halal haram insurans), langsung sdr tidak ketengahkan satu persatu.

    Sdr boleh rujuk balik chatlog dan komen komen di atas and see what you did. In the end, sdr sibuk nak lakukan personal attack dengan mempertikai kepakaran saya, sedangkan saya jauh lebih arif tentang insurans daripada sdr sendiri. Apatah lagi ulama ulama yang buta insurans.

    Kawan2 sdr yang saya block, bukan kerana saya tak kasi mereka baca, sebab mereka melakukan spamming di wall & notes saya. Pun terikut ikut gaya personal attack sdr. So, jangan sekadar pandai menuduh tanpa mendapatkan penjelasan sebenar. Itu bukan cara Islam.

    Reply
  13. Rakan-rakan,
    Saya tidak sekali-kali menyekat / mem’block’ / men’delete’ sebarang perbincangan di blog ini sekalipun ia bertentangan dengan pendapat saya, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas saya.

    Teruskan…

    Reply
  14. Ulama-ulama buta Insuran? fuhh ayat….Jangan tunggu sakaratul maut tiba!!

    Kerna Duit…ramai yg pandai membuat hukum sendiri dan cakap Para Ulama tidak tahu apa2. Sama keadaan macam kes SwissCash.

    Orang lain pun buat Insuran juga tak lah semacam ini…….heran aku.

    Reply
  15. Hujjah pakar insuran bab produk ok ,bab agama kena tanya pada pakar agama.bab hukum tentulah kena rujuk pakar agama.Hujjah Afyan betul

    Reply
  16. saudara kata ulama buta insuran. bagi mereka pula saudara ni buta hukum.
    saudara kata mereka, baru kerja bank dah anggap faham insuran.
    saudara pula baru belajar agama dah nak lawan majlis fatwa..

    saudara kena pakar insuran dan pakar hukum.. bukan sekadar pakar insuran dah boleh perbetul hukum..

    senang je, berubah la kepada takaful.. kenapa nak terus menegakkan benang yang basah.
    orang lain pun ada gak buat insuran lagi.. tp dah tau salah tu diam2 dah ler.. xyah kecoh2 lg.. :p

    Reply
  17. Assalamualaikum saudara Afyan dan saudara-saudara yang lain

    saya terjumpa blog ini dan saya bersedia untuk bermuzakarah dengan saudara atas perkara ini kerana saya rasa saya telah banyak menulis tentang takaful dan ramai wakil-wakil takaful telah membaca buku saya, “Takaful Teori dan Praktis” yang diterbitkan pada tahun 1997 dan telah menggunakan hujjah-hujjah didalamnya untuk memasarka produk-produk takaful. Walaubagaimanapun saya dapati kebanyakan tidak membacanya dengan teliti dan ramai wakil-wakil takaful telah membuat kesilapan yang besar dan saya harap dapat kita selesaikan perkara ini. saya boleh dihubungi di azmanwong@gmail.com tel : 03-78809200 atau 016-9776007

    Reply
  18. Assalamualaikum wmt wbt saudara Afyan dan saudara-saudara yang lain

    Saya ingin mengadakan muzakarah dengan saudara2 kerana saya rasa ramai wakil-wakil takaful telah membuat kesilapan yang besar dan tidak mengetahui selok belok insurans dan takaful. Saya boleh dihubungi di azmanwong@gmail.com atau tel 03-78809200 atau 016-9776007

    Reply
  19. Assalamualaikum amt wbt saudara Afyan dan saudara2 yang lain

    Saya terbaca blog ini dan ingin bermuzakarah dengan saudara2 kerana saya rasa ramai wakil wakil insurans mahupun takaful tidak mengetahui selok-belok insurans dan takaful dan telah melakukan kesilapan yang sangat besar. saya boleh dihubngi di azmanwong@gmail.com atau tel 03-78809200 atau 016-9776007

    Reply
  20. Ada sesiapa yang sudi untuk mengaturkan satu diskusi terbuka di antara “Pakar Insurans” dengan ahli Syariah?

    Saya sedia untuk memanggil panelis yang mewakili ahli dalam bidang syariah dan muamalah Islam. Oh, buakn saya orangnya. Saya hanya seorang wakil takaful.

    Saya akan memanggil rakan-rakan saya yang bekerja sebagai Pegawai Syariah di mana-mana syariakt takaful atau bank.

    Reply
  21. macamnilah,..saya nak tanya pakar insuran,ada beza tak antara tinggal sebumbung dengan awek kita tanpa kahwin dengan tinggal sebumbung lepas kahwin???

    Reply
  22. Salam sdr afyan,

    Good presentation.
    Nabi SAW juga menghadapi perkara2 ini dalam perjuangan dakwah baginda. Bahkan sehingga menumpahkan darah. Inilah yang dikatakan hakikat perjuangan.
    Teruskan sdr afyan menyampaikan dakwah.
    Saya juga sedang bergiat menyampaikan misi dan visi dakwah ini di seluruh negara. Mudah2han ALLAH SWT membantu perjuangan kita dan memberikan kemenangan buat Muamalah Islam.

    Reply
  23. Assalamualaikum

    Saya menyokong perbualan seperti ini…walaupun setakat ini ia tertutup, namun banyak pengalaman yang kita boleh ambil daripada muzakarah ini…apapun, kita mesti ingat, HIDAYAH tu datang daripada Allah swt…sedangkan bapa saudara Nabi saw sendiri Allah swt tak beri hidayah atas sebab2 tertentu dan adakah disebabkan bapa saudara Nabi saw itu orang yang lemah pengetahuan ttg Islam? jawapannya, tidak. Beliau juga adalah pakar agama dan tahu tentang selok belok Islam. Jadi, dalam konteks muzakarah kita ni, kedua2nya merasakan diri adalah benar, masakan kebenaran itu hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Walaubagaimanapun, berpihak kepada ulama’ adalah jalan terbaik kerana Allah menyediakan “ulil amri” sebagai rujukan kes2 semasa. Maha Suci Allah yang masih memberi rahmatnya melalui ulama’…Subhanallah

    Reply
  24. saya dah baca diskusi ni dari awal….now bukan soal insuran halal atau haram, tapi kredibliti para ulama dalam majlis fatwa tu jer….hukum yang lebih besar yang melibatkan kepentingan ummah sperti yang disarankan oleh Al-Quran….hudud, Takzir dan Qisas…tak berani deme nak buat muzakarah dan buat fatwa….knape, takut miss syoruu…ulama taik minyak. Saya memang mengaku keluar tajuk, tapi saja nak bagi tau….gua tak respek sama itu ulama yang cari makan…

    Reply
  25. Terima kasih atas respon rakan-rakan, semoga tulisan ini dapat dikongsi-untuk manfaat semua. Saya masih menanti jika ada mana-mana pihak yang mempertikaikan perkara ini, terutama Sdra Azha untuk aturkan disusi terbuka. Saya bersedia untuk menyediakan panelisnya.

    Reply
  26. Salam kepada semua pembaca-pembaca,

    Isu yang dibincangkan amat menarik dan sememangnya menjadi tanda tanya khususnya dalam masyarakat islam dan juga dikalangan pengamal2 insurance@takaful itu sendiri.Bahkan bukan ini sahaja yang menjadi persoalan malahan industri kewangan islam secara keseluruhannya.

    berdasarkan perbincangan diatas izinkan saya yang juga perunding insurance@takaful berkongsi pendapat.walaupun saya ini bukanlah pakar insurance atau pakar agama dan pengetahuan saya amatlah cetek dlm topik ini.Dan saya pun mencari jawapan mutlak atas isu ini agar kita mencari rezeki dan berkongsi kebaikan konsep perlindungan ini dengan lebih yakin dan paling utama diredhai Allah S.W.T dan diterima sebagai ibadah.Insyaallah

    saya pernah bekerja di syarikat insurance dan kami diberikan latihan bagaimana operasi(back end process) insurance@tafal dijalankan dari segi pembahagian duit premium@caruman.salah satu perbezaan yang dapat sy kongsikan adalah pembahagian duit lebihan underwriting dimana syarikat konvensional akan mengambil lebihan tersebut sebagai keuntungan manakala syarikat takaful akan membahagikan lebihan tersebut mengikut persetujuan(mungkin 70:30,60:40).ternyata sememangnya ada perbezaan antara keduanya dalam menjalankan perniagaan.mungkin ini adalah salah satu elemen yang “tidak jelas” kepada pelanggan.Ini adalah salah satu contoh dimana para ulama boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengikut hadis.

    dalam kita memberikan pendapat kita tidak dapat lari dari terpengaruh dalam menegakkan pendirian,pemahaman,falsafah,prinsip dsb atau erti kata lain “sedapkan hati” kerana takut menghadapi kebenaran.dan tidak adil sekiranya kita menjatuhkan hukum@menilai tahap keimanan seseorang sekiranya ada persoalan yang agak radikal.ilmu kita amatlah cetek seperti mata jarum yang dicelupkan ke dalam lautan luas jika nak dibandingkan dengan ilmu Maha Pencipta kita.oleh sebab itu kita perlukan para ulama yang berlandaskan al-quran dan hadis agar boleh memberikan kita “guideline” agar tidak menyebabkan “niat menghalalkan cara”.

    cadangan untuk mengadakan muzakarah secara terbuka amatlah dialu-alukan dan lebih baik sekiranya ianya bukan sahaja mengenai insuran malahan produk kewangan islam yang lain seperti unit trust,kad kredit,pinjaman,asb dsb.mungkin saudara afyan boleh menjadi penggerak untuk majlis ini? 😉

    maaf sekiranya ada salah dan silap.semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk.amin

    Reply
  27. Kalau setakat memiliki sijil PCEIA (Pre Contract Examination for Insurance Agents) walaupun gred ‘A’, CFP (Certified Financial Planner) dan RFP (Registered Financial Planner), pengalaman sebagai fulltime consultant dalam industri dan menerbitkan lebih 90 artikel di majalah dan akhbar tempatan, bukanlah boleh dianggap pakar insurans lagi.

    Seseorang yang benar-benar boleh dianggap ‘pakar insurans’ perlu melalui beberapa tahap dan lulus peperiksaan professional insurans lain lagi seperti berikut: –

    1. CMII (Certificate of the Malaysian Insurance Institute)

    2. DMII (Diploma of the Malaysian Insurance Institute)

    3. AMII (Associateship of the Malaysian Insurance Institute)

    4. FMII (Fellowship of the Malaysian Insurance Institute).

    Dan jika dia ingin mendapat pengiktirafan antarabangsa perlu pula mendapatkan kelayakan professional insurans daripada Chartered Insurance Institute, London, UK berikut: –

    5. Certificate In Insurance

    6. Dip CII (Diploma of the Chartered Insurance Institute)

    7. ACII (Associateship of the Chartered Insurance Institute)

    8. FCII (Fellowship of the Chartered Insurance Institute)

    9. Chartered Insurer/Chartered Insurance Practitioner/Chartered Insurance Broker.

    Sememangnya, bukan senang dan bukan calang-calang orang yang boleh dipanggil sebagai ‘pakar insurans’. Untuk lulus peperiksaan ini juga mengambil masa bertahun-tahun lamanya walaupun lulusan MII (Malaysian Insurance Institute) boleh mendapatkan pengecualian (exemption) bagi beberapa subjek di peringkat CII (Chartered Insurance Institute).

    P/S: Chartered Insurance Institute, London, UK juga mengiktiraf perbezaan insurans dan takaful. Mereka yang menduduki peperiksaan professionalnya, boleh mengambil satu subjek khas ‘Principles of Takaful’ jika mereka ingin mendalami hukum-hakam dan perbezaan insurans dan takaful.

    Wallahu’alam.

    Rujukan:

    http://www.insurance.com.my
    http://www.cii.co.uk

    Reply
  28. Assalam…..
    Berkaitan bab syariah dan muamalat ni, saya setuju 100%. Sedangkan terang lagikan nak bersuluh tetapi dalam bab INSURANS ni ia boleh diperdebat dan ada kekhilafan walaupun pendapat ulama’ sendiri. Inilah yang saya belajar dari Dato’ Yusof Ismail, mantan mufti tganu. Terdapat 3 fukaha yang dinyatakan iaitu golongan yang mengharamkan sepenuhnya, golongan yang mengharuskan sepenuhnya dan golongan yang mengharuskan tetapi bersyarat. Majlis Fatwa Kebangsaan adalah benar! Majlis Fatwa Dunia juga benar! dan hujah-hujah sesiapa pun adalah benar selagi ada sokongan dan kajian yang teliti dan akhirnya ia kembali kepada iktikad kita sendiri CUMA kita jangan memburukkan mana-mana agensi/syarikat.

    Fahaman saya mengenai ISLAM adalah seperti contoh berikut; Seorang imam dan juga skumpulan kariahnya yang duduk bersembang di kedai kopi. Imam tidak boleh sama sekali pandang serong, syak wasangka lagikan mengata pada mereka yg duduk2 di kedai kopi. Kenapa? kerana jika imam mengata, pahalanya akan pergi pada org2 yang dia kata dan ketakwaan org2 di kedai kopi itu mahupun imam, hanya Allah yang boleh menilainya. Peranan imam, ajak org2 di kedai kopi tu sama2 solat atau jalan terakhir adalah DOA.

    Dalam hal ini, takaful adalah benar kerana ia diiktiraf oleh bank negara di bawah perbankan islam dan takaful. Insurans juga benar tetapi ia menjurus kepada harus dan harus bersyarat. jadi, ia bergantung kepada kajian kita. namun kedua-dua juga boleh jatuh HARAM sekiranya terma2 yang digariskan oleh islam tidak diikuti……

    Reply
  29. Moga-moga si Perasan Pakar Insurans tu insaf dengan apa yang dia dah lakukan sebelum malaikat maut menjemput dia menghadap yang Esa..

    Kalau asyik nak menegakkan sistem, konsep, dan ideologi ekonomi masyarakat barat yang rata-ratanya bukan islam, dan amalkan riba, gharar, dan judi itu hak that self claimed insurance expert..

    However, kalau dah sampai menyesatkan dan mengelirukan umat Islam sampai ada yang bersetuju, dan ragu-ragu keharaman insurans dari segi kontrak, akad dan operasi.. maka itu dah jadi tanggungjawab seluruh umat islam yang berilmu untuk menyekatnya dari merebak jadi lebih buruk lagi kesannya kepada masyarakat Islam.

    Syabas.. Moga-moga Allah sentiasa membantu perjuangan hambanya dalam memperjuangkan Islam dan menentang orang-orang kafir.

    Reply
    • Saya doakan beliau diberi hidayah Allah. Saya mendapat maklum, syarikat yang beliau wakili sudah menjual entiti bisnes insurnasnya kepada syarikat insurans lain dan hanya fokus kepada bisnes takaful sahaja. Mungkin Allah hendak tunjukkan sesuatu.

      Reply
  30. Rase2nye if dah ade akad/persetujuan antara customer and salesperson tu, halal je la kot. Yang risaunye, if salesperson tu x jujur dlm jual insurance. Contohnye, x bg detail insurance tu betul2, time jual ckp laen, buyer faham laen, time buyer nk claim insurance, company xbg-selalunye sbb salesperson x terangkan betul2 policy insurance tu so buyer faham lain. Itu dah kes aniaya, duit yg patutnye halal, jd haram. Sebab tu bahaya kalau buat kerja libatkan duit org ni.

    Reply
    • Benar pendapat tuan. Kebaikkan takaful adalah berdasarkan derma Tabarru’ peserta. hal ini sama seperti satu kariah memberikan dana terkumpul setiap orang yang menderma untuk dijadikan Khairat.

      Reply
  31. susah jugak org mcm ni. saya pon pernah membaca tulisan org mcm ni. mungkin org yang sama kot. bercakap mcm pandai, tp membelakangkan alim ulamak, majlis fatwa.

    Reply
  32. Salam,

    Sayangnya bagi pengikut blog baru tuan tidak dapat membaca sendiri apa yg sebenarnya berlaku pada 3 tahun lepas. Tp kalau mengikut komen2 yg ada di block tuan sy dapat rasakan ianya lahir dari cetusan emosi.

    Mohon kalau pihak tuan dapat hidupkan kembali post ini dgn menyertakan screenshot yg belaku sekitar 3 tahun lepas.

    Sekian.

    Reply

Leave a Reply