Jangan Ambil Polisi Takaful Pendidikan Anak!

Jangan Ambil Polisi Takaful Pendidikan Anak!
www.afyan.com

 

takaful pendidikan anak

Takaful pendidikan anak bertujuan untuk menabung bagi memastikan simpanan universiti anak-anak berterusan sekalipun musibah berlaku ke atas ibu / bapa. Ia adalah extension kepada perlindungan untuk kategori perlindungan kematian, lumpuh dan penyakit kritikal. Dalam masa sama ia turut memberi sedikit perlindungan kepada anak.

Namun anda masih belum perlu untuk mengambil polisi takaful pendidikan anak sekiranya menepati salah satu daripada syarat-syarat berikut;-

1. Anda sendiri masih belum memiliki perlindungan untuk diri anda sendiri.
Apalah gunanya sekiranya perlindungan yang diberikan hanya kepada anak sedangkan perlindungan utama kepada ayah / ibu tiada.

Pernah terjadi satu kejadian apabila seorang balu menuntut pampasan ka atas kematian suaminya. Selepas semua dokumen lengkap, maka syarikat takaful / insuran telah meluluskan pampasan kematian bagi perlindungan yang diambil. Namun, alangkah terkejutnya si balu apabila polisi-polisi yang dimiliki oleh arwah suaminya adalah polisi takaful pendidikan anak! Pampasan yang diberikan adalah pengecualian premium sehingga umur anak-anaknya mencecah 18 tahun.

Baca juga: http://afyan.com/ver1/?p=249

2. Anda mempunyai harta yang banyak yang tidak akan habis sehingga 7 keturunan.

Jika anda sekaya Syed Muhtar Bukhari atau Donald Trump, maka anda tidak perlu memiliki polisi takaful pendidikan anak anda, kerana wang anda sudah lebih mencukupi untuk membiayai anak anda ke universiti.

Atau mungkin juga anak-anak anda boleh mewarisi harta kekayaan anda tanpa perlu masuk ke universiti.

3. Anak-anak anda sebijak Adi Putra atau secerdik Madihah.

Jika anak anda mempunyai tahap IQ yang tinggi seperti Adik Adi Putra, atau mendapat keputusan 20A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia seperti Adik Nor Madihah, maka akan ramailah penaja-penaja atau universiti-universiti akan sudi menghulurkan bantuan untuk membiayai pelajaran anak-anak anda untuk menyambung pelajaran ke universiti. Jika bernasib baik, mungkin mendapat rumah baru πŸ™‚

 

Apa pun, tahniah buat Adik Nur Madihah yang mendapat 20A di dalam SPM baru-baru ini!

21 thoughts on “Jangan Ambil Polisi Takaful Pendidikan Anak!”

  1. Afyan,

    Benar tu… masih ramai yang belum jelas tentang kegunaan dan faedah sesuatu produk kewangan ni..

    Maka jadi tanggungjawab para agen/perunding untuk memberikan khidmat nasihat sebaik mungkin…

    Jangan jadi macam sesetengah agen tu yang hanya nak kejar target sales aje..! Langsung tak pentingkan keperluan sebenar pelanggan…pakai redah je..!

    Bukannya apa …takut komisyen yang dapat tu ..menjadi kurang berkat!

    Reply
  2. Thinkerrich,

    Itulah yang memburukkan industri insurans / takaful ini. Sebilangan ejen yang tidak amanah menyebabkan seluruh ejen / wakil dicop begitu πŸ™

    Reply
  3. Melihat tajuk posting ni, saya agak berminat. Jangan ambik insurans pendidikan. Tp rupanya menggunakan psikologi. Huhu… Tlg nasihat sikit. Ada agen suruh saya surrender polisi pendidikan anak2 (yg sampai umur 20 tahun) untuk ambik polisi juvana (yg sampai umur 80 tahun). tq.

    Reply
  4. Puan Ani Munirah,

    ia bergantung kepada matlamat kewangan untuk kita mengambil takaful untuk anak-anak.

    Jika dilihat kepada tujuan mengambil polisi untuk anak sememangnya untuk pendidikan. Justeru, ambillah polisi yang sesuai dengan matlamat tersebut, iaitu polisi takaful pendidikan yang umur matang maksimum selalunya sehingga umur 23 tahun.

    Namun, sekiranya ia adlah bertujuan untuk memberi perlindungan kewangan kepada anak untuk jangka masa panjang sehingga mereka dewasa, maka polisi takaful tradisional yang sesuai.

    Apa-apa pun ia kembali kepada matlamat kewangan kita.

    Jadi, apa matlamat kewangan Puan Ani apabila mengambil polisi pendidikan untuk anak-anak Puan? Hanya Puan sahaja yang mengetahui, saya hanya menunjukkan jalan πŸ™‚

    Reply
  5. Syabas Afyan,

    Ana juga sebenarnya berfikiran serupa.

    Lebih baik buat simpanan pendidikan di Tabung Haji. Pulangan lebih baik dari simpanan biasa, syariah compliant, perniagaan dizakatkan dan tidak berisiko.

    Unit Trust? Perlu ada ilmu dan kefahaman yang baik untuk mendapat pulangan. Kalau main ikut cakap ejen, hampeh jadinya.

    Reply
  6. salam..

    ttg insuran pendidikan, bg pendapat saya ia sama penting utk insuran ketua keluarga. setahu saya seperti d prudential, jika berlaku tpd, critical illness atau kematian caruman yg dibayar oleh parents akan diambil alih oleh prudential.jd percuma. saving jalan, medical card pun jalan. sekurang kurangnya jaminan simpanan anak anak terjamin. kalau hanya simpan asb, tabung haji dan sebagainya jika berlaku apa apa pada parents siapa yg akan teruskan simpanan anak2?bagaimana nasib anak2
    kalau parentsnya kaya mcm donald trump tak apala..kalau tak???
    perlu bergantung pada saudara mara ke??
    sy berharap ada org lain yg boleh memberi penjelasan jelas mengenai perkara ini..jika saya salah maafkan saya

    Reply
  7. Salam…betul kt Fouziah tu..cr insuran yg cover medical n saving wlaupun pembayar dh xde(mati le)..dan kalau bole pembayar pun belila insuran utk tmbhkan lg kewangan keluarga..bsusah2 dulu bsng2 kemudian..

    Reply
  8. as salam….nk tnye la berkaitan

    Produk takaful pendidikan tiada gunanya seandainya ayah / ibu tidak mengambil perlindungan takaful untuk diri sendiri.

    parents perlu amik insurans yg same ajen ke ngn ank2 atau x kisah ajen ape pn……

    ank2 punye dh amik….tp utk dr sndr blm wat pape kptsn….

    lg satu knp insurans ank2 jd x de guna lau parents x amik insurans??????

    Reply
    • Begini Cik Puan Mawar,

      Sekiranya ibu/bapa hanya ambil polisi pendidikan sahaja tanpa mengambil utk diri sendiri, seandainya berlaku kematian / lumpuh / sakit kritikal kepada ibu/bapa, keluarga TIDAK MENDAPAT SATU SEN pun untuk manfaat polisi pendidikan tersebut.

      Yang ada hanyalah MANFAAT SAMBUNG BAYAR polisi tersebut.

      Jadi, jika Cik Puan sekarang dalam situasi tersebut, masih ada masa untuk mengambil tindakan sementara masa masih ada. Saya sudi membantu πŸ™‚

      Reply
  9. btol kate afyan 2..klau kte ad duit yg lebih bole la kte ambk takaful pndidikn utk anak2 tp yg pnting parents pon kne ambk tp ikut bajet kwangan msing2 la..~

    Reply
  10. maksudnya kalau parents meninggal, insuran akanm sambung bayar premium tu je..itu aje ke? manfaat apa lagi yg boleh diguna..adakah anak tu akan dapat manfaat dari insurans tu setelah tempoh matang…tolong jelaskan

    Reply

Leave a Reply