Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak
www.afyan.com
“Apakah instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?” soalan begini begitu rutin kepada saya selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam.
Sebenarnya jawapan bagi soalan di atas sudah terkandung di dalam soalan tersebut!
Jawapannya ialah simpanan.
Ya, instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak adalah SIMPANAN!
Mungkin jawapan saya ini diskredit kepada saya selaku wakil takaful. Dan mungkin ada ejen unit amanah yang akan marah-marah kepada saya sekiranya saya katakan bahawa instrumen unit amanah (unit trust) bukanlah instrumen yang paling sesuai untuk membuat simpanan pendidikan.
(Nota: Saya juga adalah seorang ejen unit amanah yang berdaftar, tetapi tidak menjualnya)
Namun, hakikatnya ialah simpanan ialah simpanan.
Takaful ialah perlindungan. Takaful bukan simpanan, atau pelaburan.
Manakala unit amanah (unit trust) adalah pelaburan. Unit amanah bukan simpanan!
Kenal Pasti Instrumen Kewangan Anda
Saya pernah menyentuh perkara ini di dalam; Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!.
Lebih detail lagi, saya juga ada menerangkan tentang konsep pengurusan kewangan menggunakan 7 langkah di dalam tulisan bertajuk 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan, dan Modul Piramid Pengurusan Kewangan.
Lihat kembali ke Cashflow Piramid yang saya nyatakan itu, perhatikan kepada tiga langkah; SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.
Kombinasi ketiga-tiga elemen ini boleh digunakan untuk merancang pendidikan anak-anak.
Merancang Pendidikan Anak
Sebelum pergi lebih jauh lagi, dalam merancang pendidikan untuk anak-anak, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.
Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Contoh;
Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.
Untuk langkah ini, kira berapakah lama lagi tempoh yang kita ada untuk membuat perancangan. Jika anak kita berusia 6 tahun, sudah tentu berbeza tempohnya jika anak kita yang baru lahir.
Katakanlah umur anak kita setahun dan kita jangkakan dia akan masuk universiti pada usia 18 tahun. Maka tempoh yang ada adalah selama 17 tahun.
Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
Seeloknya mulakan dengan anggaran kos perbelanjaan yuran pengajian universiti sekarang dan anggaran untuk 17 tahun akan datang.
Katakanlah kos pengajian undang-undang bagi universiti tempatan adalah kira-kira RM 40K, dan anggaran 17 tahun akan datang adalah 80K. Ia adalah anggaran kasar berdasarkan trend inflasi semasa.
Anggaran RM 80K ini adalah untuk perbelanjaan yuran universiti sahaja, tanpa mengira perbelanjaan lain seperti makanan, buku, pengangkutan, penginapan dan sebagainya.
Ketiga; Jumlah kos pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
RM 80K dibahagikan dengan tempoh 17 tahun. Kita akan mendapat jawapan: RM 4706.00.
Maka, untuk mendapat jumlah simpanan bulanan yang perlu dilakukan, jumlah RM 4706.00 dibahagikan pula dengan 12 bulan.
Kita akan mendapat jawapan RM 277.00.
Maka, untuk mengumpulkan jumlah SIMPANAN pendidikan sebanyak RM 80,000.00 bagi anak kita yang berusia setahun pada usianya 18 tahun, kita perlu membuat simpanan rutin sebanyak RM 277 sebulan selama 17 tahun bermula daripada sekarang.
Ingat, ini untuk seorang anak. Bagaimana sekiranya saudara merancang untuk mendapat 5 orang anak?
Mungkin bersambung… 🙂
Salam,
Kena cari instrumen pelaburan yang selamat tetapi pulangan lebih tinggi drpd fixed deposit dan seumpamanya.
Akaun simpanan biasa not advisable…
Ya, saya bersetuju dengan pendapat Sdra Afandi.
Insya-allah saya akan menyambung lagi berkenaan perkara ini.
Mungkin Sdra Afandi dan pembaca lain ingin berkongsi maklumat?
Tabung Haji atau ASB nampak sesuai.Konsisten walaupun kurang dari 10% untuk dividen setiap tahun,RM4706 setahun kalau darab 17 tahun darab 5% pulangan setahun pun cukup cukup 17 tahun dah ada RM 127,685.00.(pusing balik dividen dan tak usik langsung)
jadi kalau nak menyimpan, kena di tempat yang betul. tapi kalau nak keselamatan dan penambahan harta, jadi duit gaji yang ada kena diperuntukan untuk, simpanan, keselamatan dan penambahan harta laa macam tu.
katakan saya baru nak mula menyimpan untuk bakal anak (sebab belum kawin), saya kena mulakan dengan menyimpan dahulu. selepas tu kalau isteri saya dah mengandung, baru beli takaful. sudah lahir, baru nak melabur.
kalau macam tu banyak duit nak pakai. duit yang ada kena simpan, takaful dan pelaburan. katakan saya setkan simpan RM 100,takaful RM 100 dan pelaburan RM 100. dah RM 300. baru seorang anak???
nampak gaya kena ajar anak-anak berniaga dari kecil juga laa. dapat duit simpan, belanja apa yang perlu sahaja. kena tanamkan hobi baru iaitu simpan duit lepas itu berbangga-bangga dengan kawan-kawan dia yang dia banyak duit dan pengaruh kawan-kawan dia supaya menyimpan untuk masa depan hehehe.
Saya update satu artikel khusus Untuk Sdra Amin 007 dan Sdra Mur 🙂