Proses Dan Prosedur Pentadbiran PUSAKA

Saya ambil inforgrafik ini dari FB Amanah Raya Berhad selepas nampak Tuan Ahmad Mustapha share.

Dalam banyak-banyak ilmu pengurusan kewangan, ilmu pusaka menjadi “blind spot” dalam perancangan kewangan.

Topik pusaka selalunya kurang mendapat sambutan. Dan kemungkinan juga posting ini.

Sebab, ia memperkatakan perkara yang tidak nampak iaitu – apa berlaku selepas mati.

Tak macam ilmu pelaburan, nampak depan mata. Nampak hartanahnya, nampak emasnya, nampak naik turun harga saham dan unit trustnya.

Orang yang ada pengalaman mencipta untung dalam pelaburan baik hartanah, emas, unit trust dan sebagainya – akan kongsikan pengalaman mereka.

Kalau rugi dalam pelaburan pun, mereka rasai sendiri.

Sama juga macam takaful, terutama medical card, nampak depan mata. Nampak dan rasai bagaimana masuk hospital pakai medical card.

Orang yang ada pengalaman masuk hospital, akan bercerita betapa pentingnya medical card.

Malah kalau GL medical card kena reject pun mereka akan rasai.

Begitu juga ilmu-ilmu kewangan kaitan seperti pengurusan hutang, membeli aset, zakat, cukai dan sebagainya – semuanya perkara yang dapat manfaatnya ketika hidup.

Ia adalah LIVING BENIFIT, manfaat yang diperolehi ketika hidup.

Sebab itu kalau ejen takaful promote takaful untuk persediaan apabila meninggal dunia, tak ramai yang celik sebab mereka tak nampak dan ia bukan LIVING BENEFIT.

Atas sebab itu juga ejen-ejen akan masukkan elemen “saving” dalam presentation takafil mereka untuk mengajak prospek melanggan takaful sehingga ia memberi persepsi kepada klien bahawa “kalau tak berlaku apa-apa, boleh dapat duit balik”.

Frasa “kalau tak berlaku apa-apa, boleh dapat duit balik” adalah misselling dana ajaran terbesar dalam mempromosi takaful.

Sama macam urus pusaka, ia bukan LIVING BENEFIT. Melanggan perkhidmatan urus pusaka bukan manfaaat yg mereka perolehi ketika hidup.

Kebanyakan orang akan respon “Tak apa, aku dah tak ada masa tu. Nanti pandai-pandailah waris aku uruskan”.

Hasilnya, dekat RM60,000,000,0000+++ harta beku!

Punca utama masalah pusaka ialah;

1. Pemilik harta tak merancang semasa hidup perancangan pusaka
2. Waris tak ada ilmu bagaimana mengurus pusaka.

Apa kesannya selepas mati apabila berlaku perkara di atas? Ada 2 fitnah yang akan berlaku;

1. Tak ada waris yang nak uruskan harta sehingga harta menjadi beku, dan

2. Waris-waris berebut harta arwah si mati sehingga berlaku pergaduhan dan pecah belah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

IKLAN: Belajar ilmu pusaka dengan menjadi perunding pusaka bersama kami. Detail di https://infaq.my/kerjaya-pusaka/

Leave a Reply