Salah Faham Hibah

Guna Istilah Hibah Pada Tempatnya

1. Asal hibah, mesti takaful. Asal takaful, mesti hibah. Ini paling banyak disalah erti. Sama ada oleh ejen atau oleh pelanggan. Walhal hibah dan takaful adalah 2 perkara berbeza tapi berkaitan.

2. Hibah bukan takaful dan takaful bukan hibah. Hibah adalah proses pembahagian pampasan takaful selepas berlaku kematian sahaja. Kalau tak berlaku kematian, maka tidak berlaku hibah. Macam rumah dengan pintu. Jika rumah ibarat takaful, maka hibah ibarat pintu. Tapi bukan satu-satunya pintu.

3. Selain hibah, ada banyak lagi cara pembahagian pampasan kematian takaful seperti penamaan, absolute assignment. Daripada penamaan pula, boleh jadi ia menjadi faraid. Manakala daripada absolute assignment pula boleh jadi untuk bayar hutang, waqaf dan sebagainya.

4. Hibah bermaksud hadiah. Bagi duit singgit pun dah dikira sebagai hibah. Bagi pen harga singgit dua pun boleh dikira hibah. Tak tunggu ada takaful baru nak dikira sebagai hibah.

5. Bezakan antara hibah dalam takaful dengan hibah harta. Hibah takaful termaktub dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 tapi tidak bagi hibah harta.

6. Hibah takaful untuk bayar hutang? Ini satu lagi salah faham. Kan hibah tu bermaksud hadiah. Duit yang kita dah bagi orang lain sebagai hadiah, takkan kita nak minta orang tu bayar hutang kita guna duit yang kita hibah tadi?

7. Hibah lagi mudah daripada faraid? Hibah gantikan faraid? Sebenarnya, apabila hibah dilaksanakan, ia sudah terkeluar daripada harta pusaka maka tidak ada lagi urusan faraid di situ.

8. Tapi kena ingat, ramai yang ingat dia sudah lakukan hibah harta tapi rupa-rupanya tidak. Jika dalam dokumen wasiat ditulis “pemilik harta nak hibahkan harta selepas mati” – ia tak jadi hibah, tapi jadi wasiat. Maka ia tertakluk kepada persetujuan ahli waris faraid lain.

Setakat ini 8 dulu. Nanti lain saya tambah.

Ada nak tanya atau tambah?

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sambungan di sini

Join Telegram Channel utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

Leave a Reply