Saya Pelanggan Yang Baik! Episod 3

Catatan ini dipetik daripada diari seorang pelanggan tanpa nama.

Pada hari yang lain, saya ke bengkel kereta dengan tujuan untuk penyelenggaraan. Setelah memilih-milih minyak enjin dan alat-alat ganti yang sesuai, saya membuat bayaran pendahuluan dan menyerah kunci kereta. Saya diberitahu bahawa saya boleh mengambil kereta saya dalam tempoh 20 minit lagi. Saya menanti dengan penuh setia sambil melakukan beberapa aktiviti untuk mengisi menanti 25 yang dijanjikan. Saya membaca akhbar, membaca poster-poster di dalam bengkel, menelefon, menulis SMS, berkhayal kosong dan sebagainya. 30 minit berlalu, kereta saya masih pada kedudukan yang sama seperti saya tiba tadi. Mungkin pekerja-pekerja bengkel ini menguruskan kereta-kereta yang lain. Saya bertanyakan kepada mereka tentang kereta saya, dan hanya diberitahu supaya bersabar sebentar. Memandangkan saya seorang pelanggan yang baik, saya terus menunggu. Selepas 45 minit datang salah seorang pekerja meminta kunci kereta daripada saya. Setelah diberitahu yang saya telah menyerahkannya tadi, barulah kereta saya dialihkan untuk diservis. Kemudian pekerja tadi datang sekali lagi untuk menanyakan jenis minyak enjin dan alat ganti yang perlu diservis. Sekali lagi saya memberitahunya yang saya telah memilihnya tadi. Rupa-rupanya minyak enjin yang saya pilih tadi telah diguna oleh kereta lain, dan itulah stok terakhir minyak enjin jenis tersebut yang ada pada hari berkenaan. Untuk tidak menyusahkan mereka mendapatkan stok lain, saya meminta memilih mana-mana stok yang ada. Setelah menanti kira-kira 70 minit, kereta saya siap diservis. Tidak mengapa, saya pelanggan yang baik…

(bersambung lagi laa… sabar, satu episod lagi je)

2 thoughts on “Saya Pelanggan Yang Baik! Episod 3”

  1. sedihnya ceriter2 ni (episode 1 – 3) .. tapi mgkn tajuk nya boleh ditukar kepada perkataan yang lebih tepat iaitu ‘Saya Pelanggan Yang Malang’..hehe :p

    Reply

Leave a Reply