Saya Pelanggan Yang Baik! Episod 4 (akhir)

Catatan ini dipetik daripada diari seorang pelanggan tanpa nama.

Pada suatu petang pula, saya berjalan-jalan di tepi sebuah taman rekreasi untuk menenangkan fikiran. Kemudian saya singgah di sebuah warung di tepi taman tersebut yang menjual keropok lekor dan goreng pisang. Keropok lekor merupakan antara makanan kegemaran saya. Dan ternyata keropok lekor yang dijual di situ benar-benar membuatkan liur saya terliur. Saya meminta keropok lekor yang rangup dan baru digoreng. Penjual tersebut membungkus beberapa keping keropok lekor untuk saya, dan saya membayar. Kemudian saya duduk di sebuah bangku di tepi taman untuk menikmati keropok lekor tersebut. Apabila menyentuh keropok tersebut, ternyata ia bukanlah yang baru digoreng. Walaupun saya tidak beitu pandai memasak, namun saya dapat bezakan makanan yang baru dimasak dengan yang sudah lama dimasak. Mungkin dia hanya mendengar yang saya meminta keropok yang rangup sahaja, dan tidak mendengar yang saya meminta keropok yang baru digoreng. Apabila keropok tersebut masuk ke mulut saya, seolah-olah saya mengunyah getah berperisa ikan! Tidak mengapa, saya masih pelanggan yang baik.

Ya, saya pelanggan yang baik dan saya tidak akan datang lagi!

4 thoughts on “Saya Pelanggan Yang Baik! Episod 4 (akhir)”

  1. Kesimpulannya?

    Kesimpulannya, “Ya, saya pelanggan yang baik dan saya tidak akan datang lagi!”

    Maksudnya, jangtan mengharapkan semata-mata pelnggan yang baik untuk datang menjadi pelanggan kita, kerana pelanggan yang ‘baik’ tersebut tidak akan datang lagi….

    ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply