SOP Perunding INFAQ Kepada Pelanggan

Ini SOP perunding INFAQ kepada pelanggan.

1. Pertama, perunding kami akan berkongsi 7 Modul INFAQ yang merangkumi big picture tentang perancangan kewangan.

7 Modul INFAQ tersebut termasuk cashflow, nettworth, simpanan, perlindungan, pelaburan, penyucian dan pewarisan.

2. Kedua, selepas itu perunding kami akan mendapatkan maklumat latar belakang kewangan prospek. Maklumat tersebut termasuk gaji, perbelanjaan, aset hutang, tanggungan dan lain-lain.

Di peringkat ini sangat penting untuk pelanggan berkongsi maklumat kewangan yang tepat untuk mendapatkan nasihat dan solusi yang tepat. Ia termasuk maklumat simpanan kecemasan, polisi takaful, KWSP, hartanah dan sebagainya.

Ada format yang kami sediakan untuk rakan pelanggan isikan.

3. Ketiga, daripada maklumat yang diberikan oleh pelanggan, perunding kami akan melakukan analisa cashflow dan nettworth.

Daripada situ, kami akan tahu keadaan “kesihatan” pelanggan sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai.

4. Keempat, bergantung kepada matlamat prospek.

4.1 Jika prospek mahukan konsultansi takaful, perunding kami akan kongsikan tentang 3 fungsi takaful sebagai perlindungan pendapatan, pengkalan aset dan penyelesaian hutang.

4.2 Jika prospek mahukan konsultansi pelaburan, perunding kami akan berkongsi tentang matlamat akhir pelaburan untuk persaraan.

4.5 Jika prospek mahukan konsultansi tentang pusaka, perunding kami akan kongsikan step by step proses perancangan pusaka.

5. Selepas itu, akhir sekali barulah perunding kami kongsikan produk yang sesuai dengan situasi kewangan dan keperluan pelanggan. Bukan satu produk until semua pelanggan, atau semua produk untuk satu pelanggan. Lain situasi pelanggan, lain solusi produknya.

Produk hanyalah alat, sebagai solusi hasrat pelanggan. Lebih-lebih lagi produk kewangan, yang tidak dapat dilihat dengan mata, dan dipegang dengan tangan. Ia memerlukan khidmat nasihat yang betul untuk solusi produk yang sesuai.

NOTA
Sesi tersebut mungkin memerlukan beberapa kali temujanji dan perunding kami bersedia untuk bertemu dengan Tuan-Puan.
Ia boleh dilakukan secara online. Jika hanya untuk mendapat khidmat nasihat sahaja pun tidak mengapa. Tiada obligasi untuk melanggan produk dengan kami.
NOTA 2
Nak appoinment dengan saya? Maaf setakat ini saya fokus untuk bangunkan ejensi.
Jika join Team INFAQ sebagai konsultan, memang akan kerap bertemu saya ? Boleh baca  di sini
Kalau serius nak jumpa saya secara online, saya boleh sediakan slot selama lebih kurang 2 jam setengah dengan kos yang sangat minima.
Dapatkan video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop secara PERCUMA bagi setiap tempahan pre-order Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW di www.bukuBMW.com
Siap boleh repeat lagi appoinment ni.
NOTA 3
Nak set appoinment dengan perunding INFAQ?
Nanti saya minta rakan-rakan bisnes saya kongsikan maklumat mereka di ruang komen.

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan, isi maklumat dibawah:

Berminat ?Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply