Dewasa ini penggunaan takaful medical card semakin meluas dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak syarikat takaful turut menyediakan pelan perlindungan ini. Ia semakin mendapat sambutan khususnya untuk orang Melayu.
Beberapa hari berada di hospital menemani orang yang tersayang di hospital, menemukan saya kepada beberapa peristiwa dan pengalaman peribadi yang melibatkan penggunaan medical card.
Saya bahagikan kepada dua segmen; segmen A menceritakan beberapa pengalaman dan peristiwa tersebut. Dan segmen B adalah beberapa panduan dan tips.