Filem “Terminator Salvation†mengingatkan saya tentang pertanyaan seorang prospek takaful saya.
Saya bertemunya di sebuah restoran.
Selepas menerangkan tentang perancangan kewangan, kedudukan takaful di dalam perancangan kewangan, peranan takaful dan sebagainya di bertanyakan soalan tersebut.
Dia bertanya;
â€adakah takaful memberi perlindungan apabila berlaku peperangan di negara kita seperti di Palestin?â€.
Saya terdiam seketika.
Bukan kerana tidak mengetahui jawapannya.
Terdiam kerana sepanjang ingatan dan pengalaman saya sebagai wakil takaful selama hampir 6 tahun, inilah pertama sekali saya ditanya soalan sebegitu rupa.
Selalunya soalan-soalan yang biasa diajukan ialah bagaimana takaful berfungsi, apakah takaful terbaik, bagaimana membuat tuntutan, berapakah sumbangan terendah dan sebagainya.
Tetapi kali ini adalah tentang tuntutan takaful apabila peperangan!
Inilah pertama kali saya diaju soalan sedemikian rupa!
Tetapi ia tidaklah seaneh soalan terganjil yang diutarakan di blog ustaz Hasrizal.
Memang benar, di dalam klausa kontrak mana-mana takaful dan insurans, memang telah dimasukkan tentang pengecualian perihal peperangan.
Cuma jarang-jarang kita membacanya dan memikirkannya.
Malah saya sendiri tidak pernah terfikir untuk memberikan penerangan kepada para pelanggan tentang pengecualian tersebut kerana merasakan ia tidaklah sebegitu penting.
Sekalipun perkara tersebut berada di dalam minda saya kerana ia memang diajarkan sewaktu latihan menjadi ejen, namun ia tidak pernah saya terfikir sehinggalah suatu hari dia bertanya tentangnya.
Beliau cukup proaktif dan futuristik apabila bertanyakan soalan tersebut.
Antara respon saya kepada beliau tentang perkara ini ialah; sememangnya ia telah termaktub di dalam polisi sebagai salah satu pengecualian risiko apabila berlaku peperangan.
Saya berterus-terang mengatakan memang tidak ada syarikat takaful (sepanjang pengetahuan saya) pun yang memberi perlindungan bagi sebarang risiko sama ada kematian atau kecederaan yang berlaku akibat peperangan.
Jika difikarkan logik pun, apabila berlaku peperangan tentulah kita semua tidak sempat memikirkan soal perlindungan takaful.
Cuba bayangkan seperti di dalam gambaran pengarah filem “Terminator”, apabila peperangan berlaku sempatkah kita memikirkan tentang takaful?
Sempatkah kita hendak membuat tuntutan takaful ketika peluru terbang ke sana ke mari, mayat-mayat bergelimpangan, bangunan musnah, bunyi bom siang dan malam, askar-askar berlari ke sana sini?
Sempatkah kita membuat laporan polsi ketika balai polis hancur musnah dibom?
Sempatkah kita membelek kandungan prosedur tuntutan takaful sedangkan hendak menyelamatkan nyawa kita dan ahli keluarga pun sudah tidak terdaya?
Atau hendak menghubungi ejen takaful ketika dia pun entahkan hidup entahkan mati?
Sekalipun kita adalah “John Connor” yang dikhabarkan oleh “Terminator” tentang peperangan yang bakal berlaku, adakah kita akan mengambil polisi perlindungan takaful, dan mengharapkan ia akan menjadi perlindungan apabila berlaku peperangan?
Saya tidak fikir “John Connor” akan melanggan polisi perlindungan insurans sekalipun dia tahu dirinya akan ditimpa musibah sewaktu “Judgement Day”.
Saya juga yakin bahawa “Sarah Connor” pun tidak akan mengambil polisi takaful pendidikan untuk “John Conner” sekalipun telah dikhabarkan bahawa anaknya itu akan menjadi ketua pasukan manusia untuk menentang robot-robot “Skynet”.
Dan saya juga yakin bahawa klien saya tadi bukanlah “John Connor” yang bakal menjadi menjadi ketua angkatan tentera manusia menentang robot-robot terminator!
Jika dia adalah “John Connor” sekalipun, saya tidak sanggup menjadi ejen takafulnya!
Nota: Saya masih belum menonton filem Terminator Salvation. Saya menunggu sehingga ia muncul di kaca television atau di pasar-pasar malam 🙂
ooo, tu macam kah???
ada juga jenis kemalangan yang tak termasuk dalam polisi takaful yer
Afif,
Macamana Sdra tahu ye? 🙂
“”Nota: Saya masih belum menonton filem Terminator Salvation. Saya menunggu sehingga ia muncul di kaca television atau di pasar-pasar malam :)””
Muncul di pasar malam, cetak rompak ke?
Hahaha