Takaful X, Takaful Y dan Takaful Z? Peninglah!

”Kenapa banyak sangat syarikat takaful?”

”Eh, bukankah Syarikat X adalah syarikat insurans konvesional. Bagaimana syarikat tersebut ada produk takaful?”

”Afyan, awak ejen Takaful Ikhlas, bukan? Sama ke dengan Takaful Ikhlas dengan Takaful Y”?

“Takaful Z? Eh, ada juga syarikat Takaful Z??? Tidak pernah pula saya dengar”

Akhir-akhir ini, saya agak kerap diajukan oleh para pengunjung blog www.afyan.com serta para pelanggan saya tentang kekeliruan mereka terhadap produk dan syarikat takaful yang agak banyak di pasaran.

Malah ada yang terperanjat besar apabila saya katakan yang sekarang ini ada kira-kira 10 syarikat takaful beroperasi di Malaysia! Terkejut yang betul-betul terkejut seakan-akan tidak percaya.

“Kenapa? Tidak percaya”, tanya saya dengan meniru skrip dan gaya iklan BCB suatu ketika dahulu. 🙂

Ya, ia merupakan cabaran bagi perunding-perunding takaful sedia ada seperti saya yang masih kerdil dalam industri ini. Malah, apabila syarikat-syarikat insurans konvesioanl gergasi turut terjun ke lautan ini, sedikit sebanyak ia menggugat ikan-ikan kecil seperti saya.

Berbalik kepada persoalan yang selalu ditanyakan kepada saya tentang pertambahan syarikat-syarikat takaful di Malaysia, saya mengganggap ia adalah satu kelebihan. Ya, kelebihan untuk pengguna.

Bagi pengguna, ia adalah satu kelebihan apabila setiap syarikat menawarkan produk yang terbaik untuk para pelanggan mereka. Justeru, para pengguna akan mendapat pilihan yang terbaik bagi mereka.

Saya selalu umpamakan situasi ini dengan makanan dan restoran. Saya menggunakan analogi dengan makanan ini untuk memudahkan membuat perbandingn kerana ia adalah rutin setiap manusia. Tambahan pula halal dan haram bukan setakat pada makanan sahaja.

Sebelum ini saya juga pernah menggunakan analogi makanan bagi menerangkan perbezaan di antara takaful dan insurans konvesional di dalam tulisan saya; Takaful vs Insurans (dan yong-tau-fu): Bukan Sekadar Beza Nama.

Jadi, untuk menerangkan situasi persoalan yang dikemukakan di awal tulisan ini, sekali lagi saya menggunakan analogi makan. Tambahan pula saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengulas isu ini dengan hujah Quran dan hadith.

Kita nisbahkan syarikat-syarikat takaful ini dengan restoran-restoran. Setiap restoran dimiliki oleh pemilik yang berbeza, tukang masak berbeza dan menyediakan makanan yang berbeza.

Restoran mamak dengan masakan karinya, restoran makanan laut dengan kelebihan tomyamnya, manakala restoran selera timur pula dengan nasi dagang dan nasi kerabunya. Tetapi kesemuanya menawarkan produk dan tujuan yang sama, iaitu makanan.

Begitulah juga analogi dengan persoalan awal tadi. Setiap syarikat takaful dimiliki oleh pemegang-pemegang saham berbeza dan menwarkan produk-produk takaful yang berbeza. Kesemuanya menawarkan produk yang sama iaitu produk perlindungan berasaskan syarak, iaitu takaful.

Mudah bukan analogi ini? Saya tidak mampu untuk menggunakan dalil al-Quran dan Hadith kerana ia di luar kepakaran saya. Saya hanya ulama mi celup 🙂

Berkenaan dengan syarikat konvesional yang turut mendapat lesen takaful adalah seperti restoran-restoran atau makanan-makanan produk orang bukan islam atau daripada luar negara yang mendapat pensijilan halal daripada JAKIM seperti McDonald,Kentucky Fried Chicken, Starbucks, Yoe’s, Nestle dan sebagainya.

Dari segi syarak, kesemuanya telah mendapat Logo Halal JAKIM. Begitu juga syarikat-syarikat takaful tadi, kesemuanya mendapat kelulusan dairapada Bank Negara dan memiliki Majlis Pengawasaan Syariah masing-masing.

Cuma tentulah berbeza makan makanan halal yang diperbuat daripada orang bukan Islam dengan makanan halal yang diperbuat daripada orang Islam sendiri sekalipun kedua-duanya tetap halal.

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah artikel daripada seorang sahabat, Ustaz Termizi Mohd Din, seorang Pegawai Jabatan Pematuhan Syariah di sebuah syarikat takaful.

Beliau menulis tajuk “Mempromosikan Takaful Dan Insurans Secara Bersama” di dalam blognya http://www.termizidin.wordpress.com.

Arikel ini menjawab beberapa persoalan yang hampir sama secara lebih detil berpandukan hujah al-Quran dan Hadith.

Di sana tiada analogi-analogi makanan dan restoran seperti di sini 🙂

Jadi, tunggu apa lagi. Sila lawati;

8 thoughts on “Takaful X, Takaful Y dan Takaful Z? Peninglah!”

  1. salam ziarah afyan. analogi yg bagus dan mudah difahami. idea yg bagus menggunakan analogi kedai makan. cuma kadang2 kita xsedar kedai2 makan mamak sekarang shareholdernya adalah non muslim yg cuma nk untung saja.. 😀

    teruskan mempromosikan takaful. dakwah tu.salam

    Reply
  2. ok gak..tapi seperti mengelirukan…saudara x penah mkn kat kfc,McD ker…hehehe
    Saya ni slalu gak mkn kfc ngn McD ni..ape hukum die?
    Pasal syarikat takaful lain…Takaful ikhlas ni milik MNRB kan pas2 MNRB milik PNB…Nak kata 100% x campur x jugak..camne ye..fenin2..

    Reply
  3. feninla pasal sykt takaful kat malaysia ni..maknanya same jela kalo nak ikut dari segi owner die.bknla 100% x campur..huhu.beza die local n international la..

    Reply
  4. adalah tidak menjadi kesalahan walau ianya 100% milik bukan islam asalkan produk, tadbir urus dan perjalanan operasinya adalah berlandaskan syariah. Rasulullah sendiri bermualah dengan Yahudi dan tidak ada nas yang melarang bekerjasama dengan bukan islam dalam soal muamalah.

    Reply

Leave a Reply