Berita ini diambil dari StraitsTimes Singapore:
Mengisahkan seorang balu yang menerima pampasan dan sumbangan orang ramai hampir $1 selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan ngeri beberapa tahun lalu. Yang menjadi berita utama ialah bagaimana wang sejumlah itu akhirnya “hilang” begitu sahaja selepas setahun!
Membaca berita ini mengingat saya kisah peneroka yang menjadi jutawan segera di Felda LBJ, Negeri Sembilan. Mereka mendapat pampasan RM1 Juta selepas kerajaan mengambil alih tanah Felda mereka untuk pembangunan Lapangan Terbang KLIA.
Mereka hanya memegang status sebagai jutawan hanya kira-kira beberapa tahun sahaja apabila harta tersebut diguna sedikit demi sedikit. Malah ada kisah kereta mewah yang dibeli ketika menjadi jutawan ditarik bank.
Fenomena ini biasa berlaku kepada orang yang mendapat wang besar secara tiba-tiba. Ini kerana minda mereka tidak bersedia dengan wang sebegitu besar.
Orang yang tidak biasa dengan duit sebesar itu akan condong menggunakan duit itu sehingga akhirnya mereka kembali kepada kedudukan kewangan asal mereka.
Sebagaimana para pelajar universiti yang menerima wang pinjaman / biasiswa yang sedebuk banyaknya pada awal semester, akan condong untuk menggunakan wang tersebut secara melulu seperti membeli gajet, laptop, dan sebagainya.
Di awal semester makan lamb chop, di hujung semester makan meggi.
Tabiat sama dibawa selepas grad, apabila menerima gaji pertama kerja, cenderung untuk membuat pinjaman membeli kenderaan semaksimum mungkin.
Akhirnya, wal hasil balik asal. Awal bulan makan lamb chop, hujung bulan makan meggi.