Takaful / Insurans Daripada Syarikat Belum Cukup

Dalam satu temujanji, seorang pegawai tinggi sebuah syarikat antarabangsa berkata kepada saya;

“Saya sudah memiliki perlindungan insurans daripada syarikat saya.”

“Baguslah begitu,” kata saya.

“Boleh saya tahu, berapa banyak?” tanya saya.

Saya akan menyelidiki bakal pelanggan saya terlebih dahulu sebelum mencadangkan produk yang sesuai.

Saya berpegang kata sifu saya, doktor pakar tidak akan memberi ubat yang sama pada semua penyakit.

“Saya tidak pastilah,” kata prospek saya itu.

“Oh, tidak mengapa. Mungkin Tuan boleh bawa maklumat tersebut dalam temujanji yang akan datang”, cadang saya.

Dia senang hati dengan cadangan saya.

Dan doktor pakar juga membuat pertemuan demi pertemuan dengan pesakit sebelum mencadangkan ubat yang sesuai.

Ia menjadi rutin kepada profesion saya selaku perunding takaful dan kewangan.

Untuk mendapatkan seorang klien, memerlukan beberapa kali pertemuan dan temujanji. Dalam pada itu, ada juga yang terus menjadi klien pada pertemuan pertama. Malah tidak kurang juga beberapa kali temujanji tidak menghasilkan sebarang pelanggan.

Kata sifu saya; cepat, lambat atau lambat laun!

Seterusnya, pertemuan kedua.

“Nah ini dia insurans yang saya ada,” katanya sambil tunjukkan salinan polisi yang dibiayai oleh syarikatnya.

“Kalau tidak silap saya, sebagaimana yang diberitahu oleh pihak pengurusan syarikat, perlindungan yang saya dapat adalah sebanyak RM 1 Juta!” katanya dengan penuh keyakinan.

Ternyata dia masih ingat soalan pertama saya tentang berapa jumlah perlindungan yang dia miliki.

“Tahniah kerana Tuan memiliki perlindungan tersebut,” kata saya sambil membelek-belek salinan polisi yang bernilai Rm 1 juta tersebut.

Dia tersenyum.

“Tahniah juga kerana jarang orang yang berpeluang menyertai syarikat yang Tuan berada sekarang, yang begitu prihatin tentang kebajikan pekerjanya,” sambung saya lagi.

“Tapi tahukah Tuan yang perlindungan ini masih belum cukup untuk Tuan,” soal saya.

Senyumannya menjadi tawar, dan bertanya; “RM 1 Juta belum cukup?”


“Ya!”
jawab saya.

“Kerana ia hanya untuk kemalangan ketika bekerja,” kata saya.

“Ha????” dia betul-betul terperanjat.

Saya menunjukkan kandungan polisi tersebut. Jenis polisi yang diambil oleh majikan syarikat tempat beliau bekerja adalah jenis perlindungan Pampasan Pekerja atau kata lain Workmen Compensation.

Ia hampir sama dengan Personal Accident, tetapi hanya untuk kemalangan disebabkan kerja.

Contohnya, kemalangan tersebut ketika menjalankn tugas. Atau kemalangan ketika bertolak pergi dan balik dari tempat kerja. Juga kemalangan ketika out-station.

Namun, ia tidak melindungi ketika bercuti. Atau ketika makan angin bersama keluarga. Atau bersiar-siar. Apa sahaja yang tiada kaitan dengan kerja, maka tiada perlindungan.

Seterusnya saya menerangkan kepadanya tentang konsep perlindungan menyeluruh iaitu income protection plan.

Selepas penerangan tersebut, cepat-cepat beliau bertanyakan tentang borang takaful dan maklumat yang perlu diisi.

Dan doktor yang bijak akan sentiasa bersedia dengan ubat-ubatannya yang sesuai…

3 thoughts on “Takaful / Insurans Daripada Syarikat Belum Cukup

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!