FAQ (7) : Beza PENAMA dan HIBAH

Soalan daripada Tuan Adan Ikhlas di FB Rahsia Takaful:

“perbezaan specific HIBAH dan PENAMA?”

 

Jawapan:

PENAMA adalah pemegang amanah yang akan menguruskan harta pampasan seandainya berlaku kematian terhadap pemilik sijil. Ia juga dikenal sebagai PEMEGANG AMANAH, dan tiada hak ke atas harta tersebut. Umur mestilah berusia 18 tahun ke atas.

Manakala HIBAH pula adalah cadangan pemberian harta pampasan takaful oleh pemilik sijil kepada penama tertentu. 

HIBAH adalah daripada bahasa Arab bermaksud hadiah. Penama dalam borang cadangan hibah berbeza dengan PENAMA / PEMEGANG AMANAH. Penama dalam borang hibah bakal memiliki harta pampasan takaful yang dihibahkan oleh pemilik sijil.

Penama HIBAH tidak semestinya 18 tahun ke atas, dan mungkin sama dengan PENAMA / PEMEGANG AMANAH.

Borang PENAMA wajib diisi oleh pemilik polisi manakala borang cadangan HIBAH tidak wajib, ia adalah pilihan.

Tuan Adan Ikhlas bertanya lagi;

“Jika orang yg di HIBAHkan tu meninggal dunia awal drpd pemilik sijil, adakah boleh di ubah nama dan kadar peratusan pembahagian pampasan?”

 

Jawapan:

Ya, boleh.

 

 

 


 

Adan Ikhlas Jika orang yg di HIBAHkan tu meninggal dunia awal drpd pemilik sijil, adakah boleh di ubah nama dan kadar peratusan pembahagian pampasan?

About afyan

AFYAN MAT RAWI adalah seorang perancang kewangan bertauliah Islamic Financial Planner (IFP). Beliau juga adalah Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS Sdn Bhd. Karier beliau selaku perunding takaful dan perancang kewangan peribadi bermula sebaik sahaja beliau bergelar graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Undang-undang (LL.B), pada tahun 2003. Dalam masa sama, beliau merupakan trainer dalam bidang perancangan harta dan kewangan peribadi.