“Afyan, awak masih dengan takaful?â€, tanya seorang rakan selepas tamat satu program. Saya jarang-jarang sekali bertemunya.
“Ya,†jawab saya ringkas.
“Saya ingin mengambil takaful untuk anak saya yang baru lahirâ€, katanya.
“Oh, awak sudah dapat anak? Tahniah!†kata saya sambil menghulurkan tangan kepadanya, dan tersenyum.
Tersenyum kerana Allah mengurniakannya cahaya mata.
Tersenyum kerana Allah menggerakkan hatinya untuk menyertai takaful.
Tersenyum kerana Allah membuka pintu rezeki-Nya kepada saya apabila Dia menggerakkan hati kawan saya untuk memilih saya untuk mengambil polisi takaful.
“Awak ingin mengambil takaful untuk anak awak?â€, tanya saya untuk mendapat kepastian.
“Ya, takaful pendidikanâ€, katanya penuh yakin.
“Awak sendiri sudah memiliki polisi takaful?â€, tanya saya lagak seorang doktor yang menganalisis pesakitnya terlebih dahulu sebelum memberikan “ubat†yang sesuai.
“Errr… belum lagi.â€, jawabnya.
“Jika begitu, awak perlu mengambil polisi takaful untuk diri awak terlebih dahulu sebelum perkara yang sama dilakukan ke atas anak awakâ€, kata saya, mencadangkan “ubat†yang sesuai kepadanya.
“Kenapa perlu begitu? Saya ingin mengambil polisi takaful pendidikan untuk anak saya untuk menjamin simpanannya ke universiti sekiranya berlaku musibah ke atas sayaâ€, katanya menolak “ubat†yang saya cadangkan.
Daripada kata-katanya, saya mengagak dia memiliki sedikit sebanyak pengetahuan tentang takaful pendidikan sebelum mendatangi saya.