Apakah Income Protection Plan / Plan Penggantian Pendapatan?

Memahami INCOME PROTECTION PLAN / PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN - Oleh AFYAN MAT RAWI

Memahami INCOME PROTECTION PLAN / PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN – Oleh AFYAN MAT RAWI

Apabila melanggan produk takaful, perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai perlindungan kewangan sekiranya berlaku malapetaka kewangan, yakni;

  1. Kematian
  2. Lumpuh
  3. Sakit Kritikal
3 perkara yang menjadi MALAPETAKA KEWANGAN / FINANCIAL DISASTER: Kematian, lumpuh dan sakit kritikal

3 perkara yang menjadi MALAPETAKA KEWANGAN / FINANCIAL DISASTER: Kematian, lumpuh dan sakit kritikal

 

3 perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Kenapa saya katakan sedemikian rupa?

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan

  1. Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
  2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
  3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kemalangan.

 

Jadi, apakah solusinya?

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.

Bagaimana utk mengekalkan pendapatan RM5,000 sebulan / RM60,000 setahun jika berlaku MALAPETAKA KEWANGAN tadi?

Bagaimana utk mengekalkan pendapatan RM5,000 sebulan / RM60,000 setahun jika berlaku MALAPETAKA KEWANGAN tadi?

Contoh kes:

Sebagai contoh, seseorang yang berusia 30 tahun, dengan pendapatan 5,000 sebulan.

Berikut adalah cara pengiraaan income protection / penggantian pendapatan;

Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan = RM60,000

Ada dua cara untuk mengira jumlah coverage yang diperlukan;

  1. Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal)
  2. Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal)

Kaedah pertama ialah Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal), dengan cara berikut:

Dengan kaedah ini, jumlah coverage yang diperlukan adalah bersamaan dengan 10 tahun pendapatan seseorang.

Dalam kes di atas, jumlah coverage minima yang diperlukan ialah RM600,000 atau bersamaan dengan 10 tahun gaji.

Kenapa 10 tahun gaji? Sebabnya, supaya coverage tersebut dapat menggantikan pendapatan pemegang polisi selama 10 tahun. Jadi ada masa 10 tahun sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada pemegang polisi, untuk dia atau / dan keluarganya menerima pendapatan yang hilang akibat kematian atau lumpuh.

Kaedah ini juga diguna utk kes-kes sakit kritikal, dengan jumlah perlindungan bagi penyakit kritikal bersamaan 3 hingga 5 tahun pendapatan seseorang.

Income Protection Plan Penggantian Pendapatan (4) Income Protection Plan Penggantian Pendapatan (5)

 

Kaedah kedua pula dipanggil Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal).

Kaedah ini, memerlukan pengiraan berdasarkan “passive income” atau pendapatan pasif yang perlu dihasilkan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

Pasif income yang diperolehi adalah berdasarkan ROI yang paling mudah diperolehi, jika dalam konteks Malaysia adalah ASB atau Tabung Haji yang boleh memberi pulangan sebanyak 6% hingga 8%.

Berdasarkan sampel kes di atas, untuk mendapatkan pulangan dengan ROI 6% yang menyamai RM60,000 setahun adalah RM1,000,000. Ini bermakna, wang sebanyak RM1 juta diperlukan untuk diletakkan dalam Tabung Haji atau ASB untuk menjana pendapatan pasif / passive income sebanyak RM60,000 setiap tahun.

Jadi, melalui kaedah ini, seseorang yang berpendapatan RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun memerlukan perlindungan pendapatan sebanyak RM1 juta supaya sekiranya beraku kematian atau lumpuh, wang pampasan Rm1 juta tadi dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif yang bersamaan pendapatan bulanannya yang hilang akibat kematian atau lumpuh.

Kelebihan kaedah kaedah yang kedua ialah; wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang keuntungan sahaja.

Income Protection Plan Penggantian Pendapatan (6) Income Protection Plan Penggantian Pendapatan (7)

APAKAH SOLUSINYA?

Untuk menyediakan dana kecemasan sebagai INCOME PROTECTION PLAN atau PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN INI, hanya perlu memperuntukkan 10% sahaja daripada jumlah pendapatan utk plan ini.

Hanya peruntukkan 10% sahaja pendapatan utk plan ini

Hanya peruntukkan 10% sahaja pendapatan utk plan ini

Dalam contoh kes di atas, beliau hanya perlu peruntukkan RM500 maksima setiap bulan utk melanggan takaful bagi tujuan ini.

Sebagai contoh, ini contoh illustrasi dengan hanya RM400 sebulan yakni kurang 10% daripada jumlah tadi utk perlindungan;

  1. Kematian RM1,000,000
  2. Lumpuh RM1,000,000
  3. Sakit Kritikal RM300,000
  4. Waiver – sumbangan percuma apabila disahkan penyakit kritikal
Contoh illustrasi dengan sumbangan RM400 sebulan utk perlindungan kewangan sebanyak RM 1 juta dan RM300,000.

Contoh illustrasi dengan sumbangan RM400 sebulan utk perlindungan kewangan sebanyak RM 1 juta dan RM300,000.

 

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?

Isi borang dibawah (Hanya untuk sekitar Lembah Klang sahaja)

Comments 2

  1. nani May 27, 2015
    • afyan June 3, 2015

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!