Tulisan dan infografik ini untuk perbandingan antara MRTT vs MLTT @ MRTA vs MLTA.
MRTT vs MLTT
MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful (atau dalam istilah insurans konvensional disebut MRTA), manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful.
Dalam konteks perancangan kewangan Islam, kita digesa untuk menyokong produk-produk patuh syariah, jadi MRTT dan MLTT adalah yang releven untuk tujuan ini.
Ia ditawarkan oleh kebayakan syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.
Ini ialah jadual perbandingan di antara MRTT vs MLTT.
Setiap produk ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita dapat apa yang kita bayar, tanpa mengatakan bahawa MRTT lebih baik dari MLTT atau sebaliknya.
Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma MRTT perlu dibayar sekaligus manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran.
Apapun bagi MRTT kadang-kala ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk dimasukkan ke dalam bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibuat.
Pembayaran caruman sumbangan untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan, sebab itu ia lebih murah. Manakala pula bagi MLTT, ada sedikit nilai tunai.
Selain harga, perbezaan ketara bagi MRTT vs MLTT ialah;
- MRTT memberi perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun.
- Manakala MLTT pula memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi.
Coverage bagi MRTT adalah berdasarkan baki pembiayaan atau pinjaman perumahan yakni akan berkurangan setiap tahun, manakala coverage bagi MLTT pula adalah setara dari awal polisi hingga tamat.
Jadi apa bila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh, polisi MRTT akan membayar baki hutang kepada pihak bank, manakala polisi MLTT pula membayar keseluruhan pampasan kepada penama dan tanggungjawab penama untuk selesaikan hutang si mati kepada bank.
Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan tersebut hanya melibatkan dua pihak, yakni bank dan syarikat takaful sahaja, dan kemudian ahli akan memperoleh rumah terbabit.
Manakala bagi kes MLTT pula, pihak penama atau ahli waris akan terlibat untuk menerima pampasan dari pihak syarikat. Selepas menerima pempasan tersebut, maka pihak waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki hutang kepada pihak bank.
Dalam kes ini, terserah kepada ahli waris untuk membayar sekaligus baki hutang atau secara ansuran. Lebihan wang pampasan adalah milik ahli waris, tertakluk kepada faraidh.
Bagi setiap polisi MRTT, penama atau pemegang amanah polisi ialah bank, manakala bagi polisi MLTT pula, pemilik polisi boleh meletakkan sesiapa sahaja seperti pasangan, isteri, suami, adik beradik, anak-anak dan sebagainya. Polisi MLTT juga kita boleh letakakan syarikat amanah seperti As-Salihin Trustee sebagai penama atau pemegang amanah.
Setiap satu polisi MRTT yang diambil hanya untuk satu pembiayaan atau pinjaman perumahan yang kita lakukan. Jadi sekiranya kita lakukan refinancing atau jual rumah tersebut sebelum tamat tempoh maka polisi MRTT tersebut akan terbatal.
Perkara ini tidak terjadi jika kita mengambil MLTT kerana setiap polisi MLTT boleh digunapakai untuk beberapa tujuan pembiayaan dan tidak terkesan sekiranya pemilik membuat refinancing atau menjual rumah tersebut sebelu tamat tempoh.
Ini adalah sampel kes, perbandingan “apple to apple” di antara MRTT dengan MLTT dari sudut bayaran dan nilai tunai bagi setiap polis.
Bagi polisi MRTT sudah tentu tiada langsung nilai tunai yang diperolehi manakala bagi MLTT pula mempunyai nilai tunai. Ia tidak dijamin di dalam polisi tetapi mempunyai unjuran dengan jangkaan keuntungan pelaburan pihak syarikat takaful.
Jadual ini berdasarkan beberapa quotation MRTT dan MLTT dari beberapa syarikat takaful di Malaysia, dan jumlahnya mungkin lebih rendah atau lebih tinggi bergantung kepada polisi syarikat.
Secara umumnya,
MRTT sesuai untuk
- Rumah untuk KEDIAMAN
- Pembelian JANGKA PANJANG
- TIDAK bercadang untuk melakukan RE-FINANCING
- Umur 35 tahun ke atas
manakala,
MLTT sesuai untuk
- Rumah untuk PELABURAN
- Pembelian JANGKA PENDEK
- Bercadang melakukan RE-FINANCING
- Umur bawah 35
Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?
Isi borang dibawah:
Salam tuan . Pnrgn yg sgt jelas . Sy hndk btnya ttg mltt. Bila pmjm mati ktika tempoh pjmn 15 thn dr 30 thn. Mmg pnama akan dpt pnuh jumlah pmbiyaan 500k?
Akan dapat jumlah perlindungan penuh RM500k..waris akan gunakan Wang terse but untuk selesaikan baki hutang bank… Selebihnya menjadi hakmilik waris..
Salam, tuan.
Saya quote dari artikel di atas:
“Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan tersebut hanya melibatkan dua pihak, yakni bank dan syarikat takaful sahaja, dan kemudian ahli akan memperoleh rumah terbabit.”
Ini benar jika ahli mengalami TPD. Dalam kes kematian, adakah rumah berkenaan automatik menjadi pusaka atau ada kemudahan hibah kepada waris ditawarkan melalui polisi MRTT?
Salam.
Fungsi MRTT adalah untuk melangsaikan hutang pembiayaan rumah sekiranya kita meninggal dunia atau TPD. Hutang perlu dibayar.
Bab pusaka atau hibah sama ada rumah itu jadi milik isteri atau anak kita, ini dalam bab harta pusaka. Tidak berkaitan dengan takaful.
assalam. sy nk tanya jika nk buat loan, kita boleh buat pilihan sama ada nak mrtt atau mltt ke atau bergantung kepada bank?
Boleh pilih.
salam tuan, jika kita mengambil loan perumahan dlm 400k, jadi bayaran balik yg perlu dibayar dalam 700k. Sekiranya kita mengambil MRTT nilai yng dilindungi hanya 400k. Jika berlaku kematian atau kecacatan kekal MRTT hanya cover yg ikut pinjaman kita kan? Maknanya lebihan 300k tersebut perlu diselesaikan juga ke oleh waris?
Jika berlaku kematian, bank hanya minta prinsipal sahaja. Tak termasuk profit.
adakah sama seperti MLTT, waris hanya perlu membayar prisipal sahaja?
betul sama
🙂
maksudnya? maaf, tak berapa nak faham.
Bahagian mana ya tak faham ? 🙂
Salam tuan, apa maksud tuan MLTT boleh refinancing? Maaf ilmu saya masih cetek dlm hal ehwal hartanah.
Maknanya, kalau re-finance tak memberi kesan kpd polisi MLTT
Assalam.. saya nk tya klu saya berumur 40 tahun.. bermakna saya tidak boleh pilih MLTT?
Boleh
untuk pembelian secara loan bersama, nak re-finance balik atas nama satu individu boley pilih ke antara MRT atau MLTT?
Boleh sepatutnya
salam tuan. saye nak buat loan, banker ckp kalau termasuk mrtt, interest cume dalam 4.85% tapi sekiranya mahu ambik mltt (tak mahu mrtt) interest akan naik 0.1% menjadi 4.95%. adakah berbaloi utk ambil mrtt?
Kalau saya, cari bank lain dulu
Assalamualaikum tuan.bagi pmbelian bsm. apabila penama 1 dcover ole MRTT slm 35thn manakala penama kedua hny dcover slm 22thn jg MRTT adakah bole skiranya kmi renew balik insurance utk penama kedua bagi tempoh pembiayaan baki yg tinggl?atau ada lg ka pilihan yg len?sekiranya tpks ambk jg insurance bru utk penama kedua,adakh byrn caruman insurance bdasarkn nilai hartanh semasa atau baki pembiayaan yg tggl?MRTT @MLTT sekiranya renew insurance?trm kasih tuan
Tuan, kalau kita dah ada MRTT boleh ka kita ambil MLTT tuk rumah yg sama?
Boleh
SAlam tuan,saya nk tya syarikat mana yg menawarkan insurans MLTT yg terbaik?
Ia subjektif. Boleh isi borang di atas utk sesi konsultansi
Salam tuan, katakan Najib membeli sebuah rumah bernilai RM300,000. Najib juga telah memilih insurans MLTT bagi tempoh pinjaman 25 tahun. Katakan selepas 5 tahun, Najib berhasrat untuk menjual rumah tersebut. Soalan saya, berbaloikah Najib memilih MLTT dan berapa pulangan tunai secara kasar akan diperolehi Najib? Atau adakah break even point untuk memastikan tahun sepatutnya kita menjual hartanah tersebut. Sekian terima kasih
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing sebagaiman yang ditulis di atas.
Salam..bagaimana saya nk tau insurans yg saya beli tu mltt..sbb bila tgk pada agreement tulis life insurans…bila saya tanya bank saya tidak ada melanggan mltt atau mrtt…saya confius..
MLTT bukan produk. Ia adalah konsep, alternatif kpd MRTT.
Produk yang digunakan mungkin life policy, mungkin Investment link, mungkin produk term dll
Salam, saya nak tanya. Jika seseorg itu membeli rumah atas 2 nama. Yang muda telah mengambil MRTT di dalam bank loan. Satu penama lagi tidak mengambil apa2 policy. Boleh kah dia mengambil MLTT secara berasingan jika loan rumah telah lulus. Dan di manakah MLTT boleh didapati? Adakah semua bank menyediakan MLTT atau cuma syarikat insurans yang menyediakan MLTT?
Assalam, saya masih lagi belum membeli rumah atas faktor kerja. Boleh tak saya saya mengambil polisi MLTT dahulu walaupun takde rumah lagi? My concern is by the time saya beli rumah, caruman polisi pun mahal sbb faktor umur. mohon pencerahan
Ya, boleh.
Isikan borang di atas dan kami akan berikan kpd ejen berdekatan.
Assalamualaikum Tuan.
Sekiranya saya ambik MLTT, tetapi sepanjang tempoh, saya dpt melangsaikan hutang tersebut.. Adakah saya akan dpt wang tunai, selepas itu?
Bergantung kepada jenis polisi
Salam Tuan. Sekiranya sy ambil MLTA dulu, boleh ke transfer jadi MLTT bila saya refinance to Islamic Home Loan? Wss
Boleh
Assalamualaikum tuan.. ingin bertanya.. jika kita jual rumah adakah kita akan dpt pulangan mrtt ( refund)?
Tidak semestinya.
Ada ke bank yang bg insurans mltt n tuan?atau mltt perlu di beli dgn agent takaful kt laur sja.
Kena rujuk ejen
Tuan saya nak tanya rumah pertama saya adalah mrta, sekiranya saya beli rumah kedua bolehkah saya ambik mrtt dan rumah pertama tadi saya cancel kan mrta, kerana saya dapati jika sudah mempunyai mrtt rumah keseluruhannya saya tidak perlu membeli mrta/mrtt. Hanya 1 mrtt untuk cover semua rumah
Jika MRTT – tak boleh. Satu hartanah satu polisi MRTT.
Jika MLTT – boleh.
salam tuan.. jika saya buat early settlement sebelum tempoh pinjaman 30 tahun, .adakah ada refund@ rebat jika saya ambil MRTT
Bergantung kepada polisi.
boleh tak sy mengambil info tuan diatas untuk dikongsikan?
Boleh ambil. Jangan lupa kredit website ini.
Tuan, bolehkah tuan estimate utk loan 350k selama 30tahun. Jika MRTT dalam 14k perlu dibyr sekali gus (include dlm loan) . Jadi soalan sy jika ambil MLTT berapakah pula anggaran bulanan yg kena bayar? Adakah kena byr sehingga 30 tahun juga?
Salam Tuan.
tuan tahu ke berapa lama nak siapkan mrtt pembeli? sekarang dah hampir sebulan, saya follow up dgn pihak bank, katanya masih belum settle hal mrtt. bila saya tanya, ada masalah ke? pihak bank cakap tiada masalah.
Selalunya sebulan sahaja
Salam tuan jika saya ambil mrta dan loan 2 nama dan salah seorang meninggal ianya akan dikira mcm
Jika MRTT cover separuh sahaja, maknanya masih perlu tanggung separuh lagi
Assalam.. kat mana boleh saya mohon MLTT?
waalaikmussalam. sekiranya berminat, mohon tuan isi borang di atas. ataupun reply dnegan isi maklumat di bawah:
Nama
No Tel
Umur
Pekerjaan
email
Lokasi
Assalammualaikum nk tanya,
BNM scheme 2 – Approved 100%
RM230000 + MRTT RM16779
35yrs, 4.65%
Instalment: RM1191
Diminta terangkan & adakah berbaloi atau saya telah ditipu agent?
Terima kasih
Apa benda tu?
assalam tuan….1) MRTT…single contribution 12k…wakalah fee 5k…wakalah fee ni tuk apa ya? loan rumah cover sekali single contribution…tp tidak wakalah fee…2) ada yearly contribution tuk renewal takaful policy tuk MRTT….RM450…mcm mana nilai ni dikira ya? bukan MRTT hanya sekali byr dlm bentuk single contribution sehingga policy tamat? terima kasih
1. Waklah fees ialah yuran wakalah. caj yang dikenakan oleh syariakt takaful untuk perlindungan yang disediakan.
2. MRTT lump sum. MLTT bayar bulanan
Salam tuan, ada kaedah hibah ke untuk baki selepas langsaikan hutang bg term MLTT?
Jangan guna hibah, gunakan kaedah absolute assignment atau penamaan biasa.
Assalamu’alaikum Tuan. Boleh terangkan sedikit tentang hibah/absolute assignment/penamaan biasa ni? Kenapa jangan guna hibah ye? Sebab saya dinasihatkan untuk buat hibah ni. Terima kasih.
Dalam link ni ada beberapa artikel berkaitan soalan: https://afyan.com/hibah-takaful-bukan-untuk-bayar-hutang.html/