MRTT vs MLTT – Perbandingan Lengkap

Tulisan dan infografik ini untuk perbandingan antara MRTT vs MLTT @ MRTA vs MLTA.

MRTT vs MLTT

MRTT MRTA vs MLTT MLTA (1)
MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful (atau dalam istilah insurans konvensional disebut MRTA), manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful.

MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful (atau dalam istilah insurans konvensional disebut MRTA), manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful.

Dalam konteks perancangan kewangan Islam, kita digesa untuk menyokong produk-produk patuh syariah, jadi MRTT dan MLTT adalah yang releven untuk tujuan ini.

Ia ditawarkan oleh kebayakan syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.

 

MRTT vs MLTT
Jadual perbandingan antara MRTT dan MLTT

 

Ini ialah jadual perbandingan di antara MRTT vs MLTT.

Setiap produk ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita dapat apa yang kita bayar, tanpa mengatakan bahawa MRTT lebih baik dari MLTT atau sebaliknya.

Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma MRTT perlu dibayar sekaligus manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran.

Apapun bagi MRTT kadang-kala ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk dimasukkan ke dalam bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibuat.

Pembayaran caruman sumbangan untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan, sebab itu ia lebih murah. Manakala pula bagi MLTT, ada sedikit nilai tunai.

Selain harga, perbezaan ketara bagi MRTT vs MLTT ialah;

  • MRTT memberi perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun.
  • Manakala MLTT pula memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi.

 

 

 

 

MRTT vs MLTT
Infografik perbandingan MRTT vs MLTT dari sudut perlidngan kewangan.

 

Coverage bagi MRTT adalah berdasarkan baki pembiayaan atau pinjaman perumahan yakni akan berkurangan setiap tahun, manakala coverage bagi MLTT pula adalah setara dari awal polisi hingga tamat.

 

MRTT MRTA vs MLTT MLTA (4)
Perbandingan MRTT dan MLTT; dalam situasi berlaku kematian atau lumpuh kepada penghutang atau pemilik rumah.

Jadi apa bila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh, polisi MRTT akan membayar baki hutang kepada pihak bank, manakala polisi MLTT pula membayar keseluruhan pampasan kepada penama dan tanggungjawab penama untuk selesaikan hutang si mati kepada bank.

Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan tersebut hanya melibatkan dua pihak, yakni bank dan syarikat takaful sahaja, dan kemudian ahli akan memperoleh rumah terbabit.

Manakala bagi kes MLTT pula, pihak penama atau ahli waris akan terlibat untuk menerima pampasan dari pihak syarikat. Selepas menerima pempasan tersebut, maka pihak waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki hutang kepada pihak bank.

Dalam kes ini, terserah kepada ahli waris untuk membayar sekaligus baki hutang atau secara ansuran. Lebihan wang pampasan adalah milik ahli waris, tertakluk kepada faraidh.

 

MRTT MRTA vs MLTT MLTA (5)
Perbandingan MRTT dan MLTT, kesan dan akibat apabila pemilik rumah membuat refinancing atau menjual rumah.

 

Bagi setiap polisi MRTT, penama atau pemegang amanah polisi ialah bank, manakala bagi polisi MLTT pula, pemilik polisi boleh meletakkan sesiapa sahaja seperti pasangan, isteri, suami, adik beradik, anak-anak dan sebagainya. Polisi MLTT juga kita boleh letakakan syarikat amanah seperti As-Salihin Trustee sebagai penama atau pemegang amanah.

Setiap satu polisi MRTT yang diambil hanya untuk satu pembiayaan atau pinjaman perumahan yang kita lakukan. Jadi sekiranya kita lakukan refinancing atau jual rumah tersebut sebelum tamat tempoh maka polisi MRTT tersebut akan terbatal.

Perkara ini tidak terjadi jika kita mengambil MLTT kerana setiap polisi MLTT boleh digunapakai untuk beberapa tujuan pembiayaan dan tidak terkesan sekiranya pemilik membuat refinancing atau menjual rumah tersebut sebelu tamat tempoh.

MRTT MRTA vs MLTT MLTA (6)
Contoh kes perbandingan bayaran bagi MRTT dan MLTT.

Ini adalah sampel kes, perbandingan “apple to apple” di antara MRTT dengan MLTT dari sudut bayaran dan nilai tunai bagi setiap polis.

Bagi polisi MRTT sudah tentu tiada langsung nilai tunai yang diperolehi manakala bagi MLTT  pula mempunyai nilai tunai. Ia tidak dijamin di dalam polisi tetapi mempunyai unjuran dengan jangkaan keuntungan pelaburan pihak syarikat takaful.

Jadual ini berdasarkan beberapa quotation MRTT dan MLTT dari bebrapa syarikat takaful di Malaysia, dan jumlahnya mungkin lebih rendah atau lebih tinggi bergantung kepada polisi syarikat.

MRTT MRTA vs MLTT MLTA (7)
Rumusan perbandingan MRTT dan MLTT

Secara umumnya,

MRTT sesuai untuk

  • Rumah untuk KEDIAMAN
  • Pembelian JANGKA PANJANG
  • TIDAK bercadang untuk melakukan RE-FINANCING
  • Umur 35 tahun ke atas

manakala,

MLTT sesuai untuk

  • Rumah untuk PELABURAN
  • Pembelian JANGKA PENDEK
  • Bercadang melakukan RE-FINANCING
  • Umur bawah 35
MRTT MRTA vs MLTT MLTA
Sekian

Boleh hubungi nombor di atas sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?

Isi borang dibawah:

 

24 thoughts on “MRTT vs MLTT – Perbandingan Lengkap

  1. Salam tuan . Pnrgn yg sgt jelas . Sy hndk btnya ttg mltt. Bila pmjm mati ktika tempoh pjmn 15 thn dr 30 thn. Mmg pnama akan dpt pnuh jumlah pmbiyaan 500k?

  2. Salam, tuan.

    Saya quote dari artikel di atas:
    “Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan tersebut hanya melibatkan dua pihak, yakni bank dan syarikat takaful sahaja, dan kemudian ahli akan memperoleh rumah terbabit.”

    Ini benar jika ahli mengalami TPD. Dalam kes kematian, adakah rumah berkenaan automatik menjadi pusaka atau ada kemudahan hibah kepada waris ditawarkan melalui polisi MRTT?

    • Salam.

      Fungsi MRTT adalah untuk melangsaikan hutang pembiayaan rumah sekiranya kita meninggal dunia atau TPD. Hutang perlu dibayar.

      Bab pusaka atau hibah sama ada rumah itu jadi milik isteri atau anak kita, ini dalam bab harta pusaka. Tidak berkaitan dengan takaful.

  3. assalam. sy nk tanya jika nk buat loan, kita boleh buat pilihan sama ada nak mrtt atau mltt ke atau bergantung kepada bank?

  4. salam tuan, jika kita mengambil loan perumahan dlm 400k, jadi bayaran balik yg perlu dibayar dalam 700k. Sekiranya kita mengambil MRTT nilai yng dilindungi hanya 400k. Jika berlaku kematian atau kecacatan kekal MRTT hanya cover yg ikut pinjaman kita kan? Maknanya lebihan 300k tersebut perlu diselesaikan juga ke oleh waris?

  5. salam tuan. saye nak buat loan, banker ckp kalau termasuk mrtt, interest cume dalam 4.85% tapi sekiranya mahu ambik mltt (tak mahu mrtt) interest akan naik 0.1% menjadi 4.95%. adakah berbaloi utk ambil mrtt?

  6. Assalamualaikum tuan.bagi pmbelian bsm. apabila penama 1 dcover ole MRTT slm 35thn manakala penama kedua hny dcover slm 22thn jg MRTT adakah bole skiranya kmi renew balik insurance utk penama kedua bagi tempoh pembiayaan baki yg tinggl?atau ada lg ka pilihan yg len?sekiranya tpks ambk jg insurance bru utk penama kedua,adakh byrn caruman insurance bdasarkn nilai hartanh semasa atau baki pembiayaan yg tggl?MRTT @MLTT sekiranya renew insurance?trm kasih tuan

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!